𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 4 | janji

979 62 1
                                    

"Aku dah buat apa yang kau suruhkan? Kau janga berani mungkir janji kau El. Don't make a mess with me" Jelingan tajam seseorang membuatkan Cyra mengetap gigi.

"Alright. Whatever. I don't even care" balas Cyra selamba.

El atau nama sebenarnya Cyra Eleoner. Dia adalah bekas kawan kepada Adira Sofia. Mereka menjadi bekas kawan akibat Cyra telah membuat kesalahan yang paling besar dalam persahabatan. Iaitu khianati.

Dahulu Cyra Eleoner adalah yang paling rapat dengan Adira Sofia namun semuanya berubah setelah Cyra mengkhianati Adira.

"Aku cau dulu. Ingat apa yang aku cakap. Don't make a mess with me El. If you make a mess with me you'll die" Kata seseorang itu. Anak matanya tajam menikam tepat pada anak mata Cyra sebelum melangkah pergi. 

"Kau bodoh Dira. Dua hari kau tak sedar kan diri. Dia yang jaga kau Adira Sofia. Kenapa kau buat dia seolah-olah tak ubah seperti hamba abdi? Argh lantaklah. Padan la muka dia sapa suruh basahkan kertas kerja aku. Padan muka dia. Dah la cacat. Kotor pulak tu" Monolog Adira sendiri.

"Kenapa walid nak sangat jodohkan aku dengan laki tu? Dah la cacat lepastu miskin pulak tu. Why walid? Why? Ke ada benda yang walid sorokkan dari aku? Tak mungkin la. Tapi make sanse juga sebab tiba-tiba je kahwinkan aku dengan laki cacat tu. Sengkek. Malu aku."  Adira meraup rambut panjangnya kebelakang. Apalah nasibnya dikahwinkan dengan lelaki cacat macam Ammar itu.

Semua benda dia yang buat contohnya kalau pembantu rumahnya mengambil cuti. Dia la yang terpaksa buat. Kalau ikutkan nak je menyuruh Ammar. Tapi malang tak berbau. Sedap punya sedap mengelamun tiba-tiba mata terasa mengantuk. Dan akhirnya dia terlena

"Papa" Suara budak kecil menyapa gegendang telinganya. Dia keluar dari perut kereta.

Budak kecil dalam lingkungan 3 tahun itu dipandang sekilas sebelum menutup pintu kereta. Budak kecil itu berlari mendapatkan bapanya.

Tubuh kecil itu didukung. Terus melebar senyumannya apabila papanya sudah pulang.

"Ye sayang? Kenapa lari ni? Nanti jatuh karang. Jom masuk rumah" Gadis kecil itu mengangguk. Tubuh kecil itu dibawa masuk ke dalam rumah.

"Abang dah balik?" Sapa seorang wanita.

"Sorry abang lambat balik. Tadi jumpa kawan tu yang lambat balik" Wanita yang bergelar isteri kepada jejaka itu mengangguk "Ye abang, takpe. Ni abang naik atas mandi dulu okay?" Dia pantas mengangguk. Tubuh kecil anak perempuannya diletak ke bawah.

Dua hari sudah berlalu dengan pantas. Adira masih sama dalam tempoh dua hari ini dia selalu menyakiti Ammar. Tidak cukup dengan hina kini dia memukul Ammar menggunakan kayu yang ada di dalam rumah mereka.

"Aku benci kau Ammar. Apa lagi yang kau nak huh sial! Bodoh kau tahu tak aku malu hadap kawan-kawan aku? Sebab kau la! Setiap kali aku jumpa dia orang je tak habis-habis dia orang cakap pasal kau. Mana aku nak letak muka!" Tempelik Adira. Tubuh yang terbaring lemah di atas lantai itu dipukul-pukul menggunakan kayu.

Makwan berlari mendapatkan Ammar yang sudah terbaring lemah itu.

"Adira sudah la! Kesiankan la Ammar ni. Adira sudah" Makwan menolak-nolak tubuh Adira.

"Sa-sakit Dira" Rintih Ammar.

"Adira sudah! Jangan la pukul Ammar Makwan merayu. Tolong jangan pukul Ammar" Adira mengabaikan sahaja. Tubuh tua itu ditolak.

Kayu ditangannya dilibas-libas ke tubuh Ammar. Ammar hanya mampu mengetap gigi. Sakit yang tak terkata. Apa salah dirinya? Jijik sangatkah dia?

Soalan-soalan itu masih lagi terngiang-ngiang difikirannya.

"Adira! Ya Allah apa Adira buat ni" Marah Pakdaus. Sampai sahaja dirumah itu terlihat Ammar dipukul menggunakan batang kayu.

"Diam la kau orang tua! Kau dengan isteri kau sama je! Bodoh!" Makwan mampu mengalirkan air mata. Kara-kata Adira sungguh menyayat hatinya. Kenapa Adira berubah sampai macamni sekali?

"Bawa mengucap Adira. Ni suami Adira. Adira perlu hormat" Kata Pakdaus dengan nada menahan sebak.

"Kau diam la orang tua! Kau tu yang patut bawa mengucap. Sengkek!" Tengking Adira. Kayu ditangannya dicampak ke lantai.

"Kau dengar sini orang tua. Kau jangan nak mengadu dekat keluarga aku kalau aku dapat tahu... aku pecat kau. Kau faham?" Ugut Adira seraya itu jari telunjuknya menunjuk ke arah Makwan.

Adira memandang sekilas suaminya sebelum dia melangkah meninggalkan mereka disitu.

Sampai sahaja ditingkat atas bilik dikuak lalu dia menghempaskan dirinya di atas katil empuk miliknya.

"Abang..." Rintih Adira. Air mata dicelah tubir matanya mengalir. Cecair jernih itu tidak diseka malah dibiarkan sahaja.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now