𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 20 | berbaik

1.1K 70 5
                                    

Usai breakfast pagi tadi. Adira mengajak Ammar mengambil udara segar diluar. Tidak salahkan ajak suami pergi berjalan-jalan dipagi hari. Udara di taman itu sangat membuatkan Adira berasa tenang.

Ammar sedari dari tadi memandang wajah Adira yang berseri-seri dipagi hari. Ammar mengukir senyuman. Tidak pernah lagi dia keluar bersama Adira.

Adira menutup kedua-dua belah kelopak matanya sebelum dicelik kembali.

"Adira..." Adira mendengar sahaja namanya dipanggil terus berpaling pada Ammar "Ye?" Soal Adira berkerut.

"Kenapa tiba-tiba? Maksud Ammar... Adira lain" Adira tersenyum. Dia mengambil nafas sebelum dihembuskan kembali. Salah ke Adira nak berubah? Adira nak jadi isteri yang baik untuk Ammar. Kenapa? Ammar tak suka ke?" Soalnya perlahan.

Ammar menggeleng "bukan Ammar tak suka. Ammar suka tapi Ammar pelik tu je" Kata Ammar duduk di atas kerusi roda tersebut. Adira bangkit dan duduk bercangkung dihadapan Ammar. Dia menggengam tangan Ammar. "Adira betul-betul minta maaf. Adira khilaf. Adira salah. Adira tak patut pukul Ammar, hina Ammar, caci Ammar semua. Adira salah. I'm so sorry. Maafkan Dira. Dira janji Dira akan jadi isteri yang baik untuk Ammar." Air mata Adira mengalir. Kalau betul-betul dia sudah menyesal, Alhamdulillah.

"Ammar dah lama maafkan Dira. Jangan la nangis. Ammar tak suka bila Dira nangis. Dah jangan nangis. Ammar dah maafkan Dira" Adira tersenyum kelat. "Thanks abang sebab sudi maafkan Dira. Dira janji Dira akan jaga abang dengan sepenuh hati Dira. Dira sayang abang" Adira bangkit dan memeluk Ammar. Dia membengkokkan sedikit tubuhnya.

Ammar membalas pelukan itu. Tanpa mereka sedar ada sepasang mata memerhati mereka dari sudut jauh.

Dia mengukir senyuman sinis.

"Tak lama lagi. Rumah tangga korang bakal hancur" ujar seseorang itu. Dia lekas meninggalkan tempat itu.

"Jom kita pergi cafe nak?" Ammar mengangguk tanda setuju.

Usai sampai di sebuah cafe berdekatan taman itu, Adira menelefon seseorang. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Ammar. Masa sudah menunjuk tepat pada pukul 12 tengah hari.

Ammar seakan tidak biasa ditempat-tempat sebergitu. Cantik tempatnya. Rasa macam tak sesuai la pulak dengan dia yang duduk dikerusi roda.

"Hey bro" Sapa seseorang bersuara garau. Ammar mangangkat wajahnya dari melihat telefon miliknya. Tidak. Tidak mungkin lelaki itu sama seperti Aedy. Tolong katakan itu mimpi sahaja.

Tapi tak hakikatnya itu adalah betul. Aedy masih hidup.

Ammar melarik senyum apabila melihat sosok tersebut. Dia... adalah Tengku Aedy Spencer. Abang iparnya. Atau merangkap kawannya.

"Aedy?"

"Yup that's me" Aedy memeluk Ammar yang masih duduj di atas kerusi roda itu.

Mereka berpelukan. Satu keluhan dilepaskan "Aku ingatkan kau dah takde" Aedy mengukir senyuman "aku masih ada cuma.. Nanti la aku cerita sekarang ni perkenalkan ni anak aku. Haura Safiera. Haura salam papa Ammar dengan mama Dira" Haura hanya akur apa yang dikatakan Aedy. Dia menyalam tangan Ammar kemudian tangan Adira pula. Alahai kenapa comel sangat ni. Bisik hati Ammar.

Aedy mengambil tempat berhadapan Ammar manakala Aira mengambil tempat bersebelahan Aedy. Adira tersenyum bahagia apabila teringat apa yang diterangkan oleh abangnya, Aedy.

Flashback

"Jadi macamtu la cerita dia. Hak penjagaan Haura memang dapat dekat abang. And one more thing abang memang dah kahwin tapi abang ceraikan dia. April Syuhada bekas isteri abang. Mama kepada Haura. Bila difikirkan kembali Haura perlukan mak jadi abang rasa Aira la orang yang terbaik sebab abang kan cintakan Aira dari dulu" Adira mengangguk faham. Patut la kawan dia ni semacam je bila abang dia masih hidup. Tapi bila abang dia dah takde terus lain jadinya si Aira ni.

"So bila abang jumpa dengan mak abah Aira abang cakap la nak peristerikan Aira. Dan now kita orang dah officialy tunang. Not married yet" Aira mengangguk. Adira meng'o'kan aje.

End Of Flashback

"Ni korang bila berbaik?" soal Aedy selamba. Aira menyiku dan mengecilkan matanya. Aedy hanya beriak selamba.

"Baru je. Haura come duduk dekat mama" Haura mengagguk. Aiskrim ditangannya dijilat-jilat. Dia menurun dari peha Aedy dan menuju ke peha seterusnya. Adira mengangkat Haura naik di atas pehanya. Haura tidak bercakap malah hanya menjilat-jilat aiskrimnya itu. "Ada can la abang nak dapat anak buah kan?" soalnya kening diangkat-angkat. Adira merenung abangnya tajam.

"Lambert....lagi" Aedy tersengih nakal. Tak masuk akal betul jawapan adiknya ini.

Ammar bermain dengan tangan si kecil Haura. Haura tersengih-sengih apabila tangannya bermain di telapak tangan Ammar.

"Nak ikit?" ditunjuk-tunjuknya aiskrim itu kepada Ammar. Ammar tersengih tetapi menggeleng. "Taknaklah.. Tu kan Haura punya" Haura mengangguk menandakan iya. Adira merenung Ammar. Kenapa suaminya ini suka sangat bermain dengan budak-budak? Mungkin sebab suaminya tidak sabar nak dapat anak kan. Manatahu. Tapi macam yang dikatakan tadi lambert.. Lagi.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAحيث تعيش القصص. اكتشف الآن