𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 7 | ubat

935 62 1
                                    

"What?" Terkejut Adira.

"How could you not tell me you guys go to Dubai." Marah Adira ditalian.

"Walid minta maaf okay? Bukan walid taknak bagitahu tapi walid terlupa nak bagitahu Sofi. Sorry ye sayang?" Kata Dato Faizal.

Adira sudah bengang. Pergi Dubai bukan nak ajak. Lepastu beri alasan terlupa.

"Dah la Sofi malas nak layan Walid." Pantas button merah talian ditekan. Dato Faizal tak sempat nak berkata lagi talian diputus. Dato Faizal menggeleng. Kenapa la hati anaknya sekarang keras? Keras sekerasnya.

"Dira? Adira okay? Kenapa ni?" Tanya Ammar dengan nada lembut.

"Diam la kau! Menyemak je! Blah la" Marah Adira. Dia sempat mengerling sekilas Ammar yang duduk di atas kerusi roda itu.

"Adira Ammar sakit. Ammar nak kena makan ubat tapi ubat Ammar dah habis boleh tak kalau Ammar minta Dira pergi beli sekejap?" Kata Ammar takut-takut. Adira sedari dari tafi bermain handphone terus berpaling ke arah Ammar.

"Woww kau ni kan bukan main lagi nak suruh beli. Kau ingat aku bibik? Suruh la orang tua tu pergi beli. Ada duit ann? Pergi je la beli. Aku busy" Kata Adira. Dia kembali melabuhkan punggugnya di atas sofa gazebo itu.

Saja duduk di gazebo untuk mengambil angin malam. Tapi lain pulak jadinya. Mukanya merah. Tandanya dia sedang marah.

Ammar menggeleng "Amnar tak boleh drive. Ammar kan cacat. Lepastu Makwan dengan Pakdaus keluar beli barang dapur. Dia orang kata takpayah susah-susah nak beli esok" Katanya.

"Asal lak? Kau dah tahu diri kau tu cacat buat je la cara cacat. Bodoh. Aku ni takde masa. Lagipun kau ada telefon kan? Call je la dia orang" Bengang Adira. Ammar tergamam. Sampai macamtu sekali isterinya berkata padanya.

Cacat?

Ye dia cacat. Dia juga sedar siapa diri dia sendiri. Miskin. Tidak sempurna pulak tu. Siapa je nak terima betul tak?

"Umm sebenarnya battery telefon Ammar habis. Ammar pun lupa nak bagitahu Makwan suruh beli ubat tadi sebelum dia orang keluar. Tapi kalau Adira taknak keluar takpe la. Ammar masuk dalam dulu. Adira jangan tidur lambat-lambat tau. Goodnight" Ujarnya. Adira hanya mengerling sekilas. Malas mahu melayan. Makin dilayan makin teruk laki cacat tu.

Ammar menolak sendiri tayar kerusi roda itu menggunakan tangannya. Hilang sahaja kelibat Ammar, Adira mencapai kembali telefonnya yang berada di atas meja berhadapan sofa gazebo itu.

Nombor seseorang didail.

Angin malam di Dubai membuatkan suasana sejuk pada malam itu. Bunyi hempasan ombak-ombak ith sangat menbuatkan suasana tenang. Datin Haila kembali membuka kedua-dua kelopak matanya. Wajahnya sangat dalam kerinduan.

Rindu terhadap seorang insan yang bergelar anak, Tengku Aedy Spencer. Anak sulong dari dua adik beradik. Rindunya terhadap arwah anaknya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Air mata mengalir kepipi.

Perit yang dirasainya apabila mengimbas kembali kenangan dahulu.

"Kalau la Aedy ada lagi mesti Adira takkan berubah jadi pemarah. Bonda harap Amnar dapatlah ubah Sofi. Aedy... Kalau Aedy ada mesti Aedy la orang pertama yang akan dengar luahan hati bonda. Bonda rindu Aedy. Bonda harap Aedy tenang disana ye. Bonda, Walid dengan Adik Aedy sentiasa sayangkan Aedy. Tenang la disana wahai anak-Ku. Semoga kita bertemu lagi" Ujar Datin Haila. Langit malam menyaksikan bahawa air mata seorang ibu jatuh menitis.

"Eh Makwan dah balik?"

"Ni Makwan ada belikan ubat untuk Ammar" Kata Makwan seraya itu menunjuk ubat yang dibelinya kepada Ammar.

"Tapi Ammar--"

"Adira yang suruh beli. Dia kata ubat Ammar dah habis" Ammar terkaku. Makwan meletakkan ubat itu di atas meja ruang tamu itu sebelum melangkah pergi.

Makwan tersengih kecil. Sayang tapi ego. Aih la Adira ni. Kalau dah sayang tu cakap je la.

Sejahat-jahat mana pun dia, dia tetap ambil berat pasal aku. Kata Ammar di dalam hati.

Tangannya mencapai ubat yang diletakkan di atas meja.

"Terima kasih Makwan, Pakdaus" Mereka berdua mengangguk.

"Makwan dengan Pakdaus masuk bilik dulu la. Kalau Ammar nak apa-apa ketuk je pitnu bilik tu eh?" Ammar mengangguk. Kelibat Adira memang dah takde di gazebo. Mungkin dia dah masuk bilik kot.

"Ammar pun nak masuk tidur juga ni dan pukul lapan nak dekat pukul sembilan dah ni. Selamat malam Pakdaus, Makwan" Kata Ammar.

"Selamat malam Ammar" ujar mereka serentak.

Ammar menolak kerusi rodanya menggunakan tangganya. Pimtu dikuak dan dia menapak masuk ke dalam dengan kerusi roda itu. Sekarang misinya untuk naik ke atas katil tanpa bantuan orang lain.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now