𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 38 | 3 pagi

869 50 3
                                    

"Abang..." Ammar disebelahnya dikejutkan. Digoncang - goncang lengan Ammar.

Ammar tersedar. Dia mencapai telefon miliknya. Terpapar diskrin pukul 3 pagi. Dia menoleh pada Adira disebelahnya.

"Kenapa sayang?" soal Ammar dengan suara serak basah. Dia ke posisi duduk. Perut Adira diusap lalu dia melabuhkan ciuman di atas dahi Adira.

"Sayang kenapa?" soalnya.

"Dira lapar la abang. Dira nak strawberry" kata Adira sambil memuncungkan mulutnya seperti itik.

Ammar menepuk dahi. "Ya Allah sayang. Mana nak cari strawberry? Kalau sayang bagitahu abang pukul 10 atau 11 macamtu mungkin ada" mata Adira mula berlinang. Isyaratnya Adira mahu menangis.

"Cameron Highlands ada" Ammar menepuk dahi lagi sekali. Adira tersengih nakal sambil itu matanya berkaca. Teringin strawberry from Cameron Highlands.

"Sayang... sekarang ni pukul 3 pagi macam mana abang nak cari strawberry. Esok - esok je la kita pergi ye?" Adira pantas menggeleng. Dia merengek seakan budak - budak. Nak Strawberry juga!

"Nak juga!" bentak Adira.

"Ye ye okay sayang jangan nangis. Kita pergi cari ye?" Adira mengangguk. Dia menyeka air mata.

"Ta-tapi Dira nak dari Cameron Higlands" huh sudah Cameron Highlands pula.

Nak cari strawberry dekat Cameron Highland pukul 3 pagi? Gila ke apa?

"Erk sayang"

"Nak juga! Nak strawberry dari Cameron Highland" Ammar hanya mengganguk supaya isterinya berhenti menangis.

Pasrah aje la. Pergi Cameron Highland pukul 3 pagi. Semata - mata nak cari strawberry.

"Abang pergi siap kejap. Sayang duduk rumah" handak sahaja Ammar bangkit Adira pantas menarik tangannya.

"Nak ikut" digoncang - goncangnnya tangan Ammar.

"Tak boleh sayang. Sayang kan tengah mengandung"

"Nak juga!" bentak Adira lagi. Nak taknak terpaksa la juga angkut dia ni sekali.

"Okay. Sayang pergi mandi. Abang kemas baju kejap. Kita check in hotel okay?" Afira mengangguk. Yes dapat juga akhirnya. Jangan salahkan dia okay baby yang minta bukan dia.

Adira bangkit dari katil dan menuju ke bilik air. Ammar mengambil lagguage lalu dimasukkan baju - baju didalam.

Usai mandi dan berpakaian semua, Adira berjalan mendekati Ammar yang tengah menyikat rambut. Belakang tubuh Ammar dipeluk. Ammar terkaku seketika. Terkejut juga ada kerana tiba - tiba sahaja Adira memeluknya.

"Abang handsome... boleh tak tolong ikatkan sanggul rambut Dira?" Tanya Adira dengan lembut.

Ammar mengangguk. Kemudian dia menolong ikatkan rambut Adira. "Dan abang handsome boleh tak tolong dukung Dira? Dira tak larat nak jalan" Ammar tersengih. Kenapa la comel sangat isterinya ini? Haish

Setelah dia mengikat rambut Adira dia mendukung Adira dan dibawanya masuk ke perut kereta. Lagguage sudahpun dimasukkan ke dalam kereta terlebih dahulu. Ammar mengunci pintu rumah dan keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah mereka.

Usai dalam perjalan mereka ke Cameron Highlands mengambil masa dalam beberapa jam akibat mereka banyak berhentikan kereta. Alhamdulillah ada juga beberapa kereta yang mengikut laluan situ. Dan sekarang jam menunjukkan pukul 6 pagi. Ammar memberhentikan keretanya di R&R hanya untuk membeli makanan dan tak lupa juga solat pada waktu yang sama. Adira menunggu Ammar. Sementara itu dia melelapkan matanya. Dan sekarang pukul 6 pagi sudah banyak kereta. Mungkin mereka mahu balik kampung ke kan. Tetapi Adira hanya melelapkan matanya sementara menunggu Ammar.
Usai Ammar menghabiskan solat subuh, dia pantas berlalu ke arah stesyen minyak untuk membeli makanan dan minuman.

Walaupun sudah banyak kali dia memberhentikan kereta tetapi Adira tetap berasa lapar. Ye la mengandungkan mesti la lapar. Kalau baby lapar mak dia pun mesti lapar. Dia mengambil roti dan air milo kotak. Dia ke arah kaunter pembayaran dan membayar lalu berjalan ke arah keretanya. Dia masuk ke dalan kereta dan terlihat Adira disebelahnya sedang nyenyak tidur. Ammar mengukir segaris senyuman. Kemudian dikucupnya dahi si isteri. Tanpa menghabiskan masa Ammar pantas menuju ke destinasi tersebut.

Adira membuka matanya perlahan "abang..." Ammar sedang focus memandu tersentak apabila Adira memanggilnya.

"Ye sayang?"

"Lama lagi ke nak sampai?" ujarnya dengan suara serak basah.

"Sikit je lagi sayang. Kejap lagi sampai la. Sayang tidur dulu" Adira mengangguk. Lalu melelapkan matanya.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now