𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 18 | pertemuan kembali

1K 75 5
                                    

Suasana dipetang hari menjadi saksi bahawa mutiara jernih jatuh mengalir kepipi. Nafas cuba diaturkan. Di pantai itu kelihatan hanya beberapa orang sahaja yang ada kerana kebanyakkan orang sudah pulang. Adira membuka heelsnya lalu diletakkan ke dalam perut kereta.

Angin juga turut membuatkan sesuana sejuk dipantai itu. Cincin yang tersarung di jari manisnya dipandang sekilas kemudian kembali memandang ombak-ombak berhempasan.

"ARGHHH!" Jerit Adira sekuat-kuat yang boleh.

"Aku benci kau Ammar! Arghhh!" Lagi dan lagi jeritan itu semakain kuat.

"Kenapa perlu benci?" Celah seseorang bersuara garau. Suara itu macam seolah dia pernah mendengar. Tetapi di mana ye?

Adira berpaling pada sosok tersebut dibelakangnya.

Tidak. Tidak mungkin. Lelaki itu...

Abang kandungnya!

Lelaki itu mengukir senyuman. Mata Adira sekali lagi berlinang.

"A-abang?"

"Hey sayang?"

"Abang!" Adira pantas berlari memeluk tubuh abang kandungnya. Aedy Spencer.

Lama. Sangat lama pelukan itu. Sudah lama dia ingatkan abangnya sudah tiada tetapi abangnya masih hidup.

Robot ke abang dia ni? Mati hidup balik?

Aedy membalas pelukan adiknya. Rindunya. Air mata Adira mengalir deras.

"A-abang... Hisk hisk.. Kenapa abang tipu adik? Adik i-ingat kan hisk abang dah hisk takde.." Tersedu-sedan Adira. Tak ubah seperti budak-budak mencari bapanya.

"Abang terpaksa sayang. Abang terpaksa buat macam ni. Untuk maruah adik juga. Abang taknak maruah adik tercalar" Kata Aedy. Ibu jarinya naik menyeka air mata si adik.

"M-maruah? Kenapa?" Aedy tersenyum melihat adiknya yang tidak ubah seperti kanak-kanak. Cute.

"Nanti abang cerita ye? Sekarang ni abang nak tanya adik. Kenapa adik sanggup buat Ammar macamtu? Tak kesian ke dekat dia? Dia kan tengah sakit" Soal Aedy menukar topik. Dia taknak adiknya berasa sedih disebabkan itu la dia terpaksa menukar topik.

Sayang adik la katakan.

"Kita cakap dekat cafe nak? Adik lapar" Aedy tergelak kecil. Sepatutnya mereka sekarang ni sedih tapi lain pulak jadinya. Aedy semakin tergelak besar apabila melihat Adira menunjuk perutnya yang sudah lapar itu.

Aedy mengangguk. Mereka berjalan bersama. Sampai sahaja di Cafe. Aedy ke tandas terlebih dahulu. Dan secara tibanya Aira masuk ke dalam cafe itu dan mengambil tempat dihadapan Adira.

Adira terkaku sekejap. Ni hantu ke apa? Tiba-tiba je muncul?

"Aira? Kau buat apa dekat sini? Aku ingatkan kau masih dekat kedah" Aira mampu tersenyum tetapi tidak membalas percakapan Adira. Adira mengerut dahi. Apa kena dengan kawan dia sorang ni? Datang-datang terus ambil tempat duduk lepastu tersenyum macam kerang busuk!

Dah kena sampuk hantu ke apa. Pelik betul...

"Woi!" Adira menepuk meja membangunkan Aira yang seakan dilamun cinta itu."sorry" balas Aira sempoi.

"Macam mana kau tahu aku ada dekat sini?" Soal Adira. Aira menunjuk ke arah seseorang yang berada tidak jauh dari mereka. Adira melihat ke arah yang ditunjuk.

Ternyata yang ditunjuk itu adalah abangnya sendiri.

Adira mengecilkan matanya. "Wait maksudnya kau dah tahu la yang abang aku sebenarnya tak mati? Takpun kau dah tahu dari awal? Cakap dengan aku" Aira mengambil nafas sebelum memulakan perjalanan ceritanya dari awal sehingga akhir.

"Sebenarnya..." belum sempat Aira memulakan ceritanya terlebih dahulu Aedy memotong. Dia melabuhkan punggungnya di  atas kerusi bersebelahan Adira.

"Sebenarnya adikku... Aira takde kena mengena pun pasal ni. Dia pun sebenarnya baru tahu yang abang masih hidup. Dan abang dah cerita dekat dia pasal apa yang terjadi. Dia la orang pertama yang tahu abang hidup. Abang suruh dia rahsiakan ni dan jangan call adik sebab abang sendiri nak face to face dengan adik. Dia juga ada cakap pasal hubungan adik dengan Ammar. Adik ada sakitkan Ammar ke?" Ujarnya. Dia memandang wajah adiknya yang sudah kemerahan itu.

"A-adik... Adik tak suka dia. Adi benci dia. Dia cacat. Dia tak sempurna.." Aedy mengeluh berat.

"Adik... Dengar cakap abang. Semua orang dalam dunia ni tak sempurna. Adik jangan la sakitkan Ammar. Adik tahu tak dulukan abang la yang paling rapat dengan Ammar. Dia senang berkomunikasi. Lepastu selalu tanya abang kalau ada salah ke apa yang dia buat dalam company tu. Dia sebenarnya baik adik. Adik jangan la marah dekat dia. Abang pun terkejut tua bila dapat tahu Ammar tu jadi macam tu sebab nak selamatkan walid. Kesian dia adik. Dia dah la takde bapa. Kita ni kena la tolong dia. Adik sebagai isteri kena la jaga suami bukan sakitkan dia.." Ujar Aedy panjang lebar. Tangan naik memeluk pinggang Adira. Adira melentokkan kepalanya di bahu Aedy.

Maafkan aku Ammar...

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

Before korang sambung ke next  chapter boleh tak tolong vote nd comment banyak2 ✌ iloveu and tq

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now