𝐴𝑚𝑚𝑎𝑟𝐻𝑎𝑞𝑒𝑒𝑚 6 | Dubai

881 52 1
                                    

"Woww bestnya tempat ni aunty.." Kata Mia dan Aidan serentak. Teruja.

Suka mereka apabila Datin Haila dan Dato Faizal membawa mereka bercuti di resort mereka sendiri yang terletak di Dubai. Kalau ikutkan Puan Nuha, dia tidak mahu menyusahkan besannya sendiri tetapi mereka yang paksa ikut ke Dubai. Katanya nak pergi bercuti bawak budak-budak.

"Apa nama tempat ni aunty?" Soal Mia.

"HF resort. Cantikkan tempat ni? Ni la resort aunty dengan uncle" Mia meng'o'kan sahaja.

"Mak cantikkan tempat ni?" Soal Aidan pula.

"Cantik. Terima kasih ye Haila. Ni pertama kali kami bercuti dekat Negara orang. Tak pernah lagi kami ke sini ye la orang miskin kan" Datin Haila mampu tersenyum. Bila sahaja melihat riaksi Mia dan Aidan sangat membuatkan dia berasa sedih kerana mereka tidak pernah menjejak kaki ke Negara orang.

"Tapelah Nuha. Kami tolong mana yang patut. Lagipun Mia dengan Aidan suka apa ke sini. Kalau nak datang sini hari-hari pun boleh. Pasal duit tu semua takpayah risau la. Kami memang dah plan nak bawak budak-budak ni pergi bercuti" Puan Nuha tersengih malu. Malu dengan besan sendiri. Dah banyak kali keluarga menantunya menolong mereka.

"Saya tak tahu nak balas jasa Haila dengan keluarga macam mana. Dah banyak kali Haila dengan Faizal dah tolong. Saya dah tak tahu macam mana nak balas jasa korang" Kata Puan Nuha. Tangan Datin Haila diraih.

"Eh takpelah Nuha. Saya tolong pun sebab awka besan saya juga. Kami ni dah anggap keluarga Nuha macam keluarga kami sendiri" Jawab Datin Haila dengan nada gembira.

"Dah dah la tu. Meh sini kita bergambar" Celah Dato Faizal secara spontan.

"Ish la dia ni kacau je la. Baru nak buat drama air mata tadi" Puan Nuha dan yang lain tergelak kecil. Melihat telatah Datin Haila.

Patut la anak cantik. Tengok la mak dia siapa. Ini Datin Haila Haryna la. Kau ada? Takde kan... Pergii aaa

Ammar yang terbaring di atas meraup kasar rambutnya kebelakang "Kalau la kau masih ada Aedy mesti Adira takkan berubah sampai macamtu sekali. Aku pun rindukan kau Aedy" Gumam Ammar.

Sejak mula-mula masuk kerja Aedy sudah membuat Ammar seperti kawan walaupun dia adalah pekerja baru. Tetapi mereka hanya berkawan empat tahun sahaja apabila Aedy ditakdirkan meninggal kerana kemalangan.

Umur mereka sama. Aedy dan Ammar dua puluh tahun manakala Adira lima belas tahun. Namun, Aedy meninggal saat Adira berusia lapan belas tahun. Dan sekarang Adira sudah berusia dua puluh tahun dan Ammar dua puluh lima tahun. Tetapi takdir tidak selalu indah. Adira kehilangan abangnya dan Ammar kehilangan sahabatnya.

"Aku rindu kau Aedy. Adira pun rindukan abang dia. Susah Aedy untuk ubah dia. Dia macam taknak berubah. Aku dah cuba tapi tak boleh Aedy setiap hari pasti aku akan dapat pukulan. Sakit Aedy. Tapi aku sayangkan dia. Aku bersabar kerana aku cintakan dia. Aku pasti suatu hari nanti dia akan berubah juga" ujar Ammar seakan bayangan Aedy berada disitu untuk mendengar luahan hatinya.

"Aku rindukan kau Aedy. Walaupun dia susah untuk terima aku tapi aku tetap akan cuba ubah dia. Itu janji aku pada kau Aedy Spencer" Monolog Ammar sendiri di gazebo.

Mia, Aidan dan Puan Nuha menapak masuk ke dalam bilik resort itu "Woww bestnya siap ada kolam lagi dalam bilik resort ni" Kata Aidan teruja. Wajahnya tidak lekang dari senyuman.

HF Resort ialah kepunyaan Datin Haila Haryna dan juga suaminya Dato Faizal Amirul. Besar Resort kepunyaan mereka yang terletak di Dubai.

Bilik resort itu menjadi santapan untuk dipandang. Sangat menarik dan cantik. "Bestkan? Nak mandi swimming pool pun boleh. Kejap lagi kita keluar makan lepastu kita enjoy tau" Kata Dato Faizal. Mia dan Aidan mengangguk. Beg galas diletak di atas katil.

"Ni abang Sofi tahu ke kita ke sini?" Tanya Datin Haila. Dahi dikerut.

"Abang tak call lagi. Abang lupa semalam nak call dia. Nanti malam abang call dia" Balas Dato Faizal seraya itu fokuc bermain dengan Mia dan Aidan.

"Umm ye la. Mungkin dia orang tengah bahagia sekarang. Tak sabar saya nak ada cucu kan Nuha?" Puan Nuha mengangguk. Cakap pasal cucu dia pun teringin nak ada cucu. Dia takut jika dia tidak sempat melihay cucu-cucunya.

Ya Allah aku berharap sangat sebelum aku pergi aku nak sangat tengok cucu-cucu aku. Kata Puan Nuha dicelah tubir matanya berair. Maafkan mak Haqeem.

𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑩𝑼𝑵𝑮

C | MR. TENGKU ADIRA SOFIAWhere stories live. Discover now