Bab 2

16K 764 41
                                    

"Yara Ameena. Dah tiga kali saya panggil nama awak." Jari dipetik di hadapan wajah Yara untuk menyedarkan wanita itu daripada terus hanyut dengan emosi.

"Maaf. Awak cakap apa tadi?" Keluhan kecil dilepas. Ah, macam mana fikiran dia boleh melayang jauh sedangkan Attar masih statik di sisi. Apa yang dilakukannya sangat tidak wajar. 

"Saya tak paksa awak, Yara. Saya tahu, at the end of the day, awak pasti akan jumpa solusinya cuma jangan sedih lama-lama. Dah berapa kali awak termenung." Sekalipun dia tidak dapat membaca fikiran wanita itu, apa yang dilihatnya sudah terang. Tetapi untuk berkata lebih, dia bukan siapa-siapa. 

"Saya tak sedih. Saya cuma... Entahlah. Awak tak perlu risau. Saya ada cara saya sendiri untuk saya luahkan isi hati saya." 

"Seperti menulis?"

Soalan berupa tekaan daripada Attar membuatkan keningnya terangkat sebelah. Tidak sedikit pun Yara menyangka lelaki itu dapat menebak dengan tepat untuk kali yang kedua. Setahu Yara, tidak ada pula dia terlepas cakap yang dia seorang penulis. 

‘Ahli nujum ke mamat ni? Tak pun stalker. Takkanlah ada superpower macam mind-reading tu.’ Kepala digeleng pantas lantaran prasangka yang langsung tidak masuk akal.

“Awak kenal saya ke?” Soal Yara sedikit curiga. 

“Awak nak saya kenal awak ke?” Senyuman terukir manis pada wajah Attar. 

Kepala digeleng setelah dia pasti tidak ada riak terkejut pada wajah si jejaka. Biarpun soalannya dibalas semula dengan soalan, malas Yara hendak panjangkan cerita.  

"Tak jugak dan ya. Meluahkan perasaan dengan cara menulis jauh lebih selesa bagi saya. Banyak yang suka meluah kepada sesama manusia dan banyak juga yang lebih memilih untuk pendam. Takpun meluah hanya pada Allah SWT. Saya yang kedua.”

“Eh, saya tak maksudkan pendam yang tak sihat tau. Macam yang saya cakap, saya ada cara saya untuk melepaskan emosi." Tambahnya lagi. 

"I see. That's good to hear. Wanita yang cantik kena terus kuat."

"Saya cantik ke?"

Untuk kesekian kali, Attar diusik lagi. Wajah pemuda itu direnungnya bersama senyuman yang dibuat manis. Selalunya, sukar untuk dia mesra dengan mana-mana lelaki tetapi entah mengapa dengan Attar, Yara rasa agak selesa. Jawapan untuk itu, dia tidak ada. Cuma hatinya tidak berbohong.

"Semua wanita yang diciptakan oleh Allah SWT itu cantik. Saya harap sangat mereka tahu, tak semua yang mata hatinya terbuka untuk menyedari kecantikan yang Allah SWT telah anugerahkan untuk mereka, kaum hawa. It takes the right eyes to see beyond what others couldn't see. Dan ya, Yara. Awak cantik." Jawabnya panjang lebar.

Ayat terakhir yang meniti daripada bibir Attar membuatkan dirinya terpaku sejenak waktu. Oh, dia dapat rasa melodi jantungnya semakin kehilangan rentak. ‘Itulah, ingat hati itu kental sangat tadi. Padanlah muka.’

"Ehem, boleh tahan manis mulut awak. Terlebih glukosa ke hari ni?" Rasa gugup yang hadir tanpa diundang cuba ditutupnya sebaik mungkin. Yara tidak rela dibuai dengan kata-kata kosong dan kalah dengan emosi.

Sejak azali lagi dia tidak mudah percaya dengan mulut manis Kaum Adam. Attar mungkin tidak seperti sangkaan jahatnya tetapi Yara faham kenapa seorang gadis mentah mudah sekali jatuh ke pangkuan lelaki yang terlebih gula mulutnya. Terutamanya gadis yang mengalami konflik keluarga.

Mungkin rasa kasih itu tidak sampai ke hati mereka. Ada satu kata yang dia pernah baca dan jujur ayat itu memang panah tepat ke hati. 'If you said that you love me, then you love me in the ways that I do not understand.' Lebih kurang macam itulah bunyinya. Yara cuma ingat-ingat lupa.

"Bukan itu maksud saya, Yara. Maaf kalau saya buat awak tak selesa."

"Eh, tak! Saya faham. Apa yang awak cakap itu betul. Saya cuma terkedu. Itu aje." 

"Adil la sekarang kan? Asyik awak je yang kenakan saya." Terbuntang mata Yara mendengar. Boleh pula dia tersenyum dengan riak tak bersalah. 

"Jadi awak perasan yang saya usik awak?" Mata dikecilkan sebagai tanda tidak puas hati. Ini yang buat dia rasa nak protes ni. 

"Seperti yang awak lihat, saya orangnya boleh tahan teliti." Ucap Attar sedikit banga. 

"Well, yang itu saya tak boleh nak bantah." Yara lebih rela mengalah. lagipun, ada benarnya

"Hari dah nak gelap, Lebih baik kita masuk dalam." 

Yara mengangguk tanpa banyak kata. Dia ingin bertanya di mana Attar  menginap. Adakah lelaki itu datang ke Pantai Tengah ini balik hari atau tinggal di resort di hadapan mereka seperti dirinya tetapi mereka baru sahaja kenal. Kurang manis kiranya dia bertanya lebih.

"Yara, awak menginap di mana?" 

"Umm, Kedah?" 

"Menginap, Yara Ameena. Maksud saya resort awak. Mesti awak menginap di sini kan?" 

"Ohhhh, PARKROYAL Langkawi Resort. Yup, sinilah."Ditepuknya dahi. Itu la, dah nak dekat Maghrib masih lagi berkeliaran dekat luar. 

"Comel! Then, see you when I see you, small butterfly." 

Balas si jejaka sebelum dia berlari anak menjauh daripada Yara. Separa keliru wanita itu dibuat Attar. Sekali pun lelaki itu tidak menoleh kembali. 

"Seriously? Was that a kind of flirting?" Kepala digeleng. Dia tidak mengerti dengan tingkahyang ditunjukkan oleh Attar. Perlukah dia faham? Tak rasanya.

Attar bukannya ada nombor telefon dia. Itu, satu. Sudahlah lelaki itu memanggilnya 'small butterfly'. Comel lagi. Ahh, malas Yara hendak fikir jauh. Kalau Allah SWT izinkan, terpisah jauh macam mana pun mereka, pasti Yang Esa akan menemukan mereka kembali.

Selesai menunaikan solat fardhu Isya', tubuh dihempas ke atas katil. MuseNote dibuka. MuseNote merupakan salah satu aplikasi menulis yang dimajukan khas untuk mereka yang berminat dalam bidang penulisan seperti dirinya.

Dengar-dengar, major developer untuk aplikasi yang digunakannya itu adalah anak muda daripada Malaysia sendiri. Walaupun Yara tidak tahu siapakah gerangan yang genius itu, dia bangga. Kerana MuseNote juga, cerita yang ditulisnya berjaya dibukukan menjadi sebuah novel dan diterbitkan di bawah Ittar's Creative. Salah satu syarikat penerbitan novel.

Yara bersyukur kerana novel berselit puisi yang ditulisnya mendapat sambutan yang baik melalui aplikasi tersebut. Dari situ, kerjaya dia sebagai seorang penulis bermula. Sungguh, perancangan Allah itu teramat cantik. Tidak ada cacat celanya. Tangan ligat menari di atas papan kekunci MacBook. 

Ada saatnya kau berfikir yang segalanya sudah berakhir, 
Sehingga kau mempersoalkan watak yang kau bawa di dunia ini, 
Dunia yang seakan-akan cuma tahu untuk meruntuhkan engkau,
Tetapi kebenarannya tidak mungkin seperti yang kau sangka,
Kau cuma alpa untuk sedar perancangan Allah melebihi segalanya, 
Mungkin sahaja titik permulaan yang baru sedang menghampiri engkau,
Utuhkan semula kepercayaan kau yang lemah pada Dia Yang Esa, 
Insya Allah setiap urusan kau pasti akan mendapat redha-Nya. 
Anggap sahaja Dia menyayangi kau lebih daripada mereka yang lain. 

-Yara Ameena

Dibacanya sekali lagi puisi yang ditulis. Dengan lafaz bismillah, Butang publish ditekan. Karangan novel bagi bab 35 itu diakhiri dengan puisi. Mereka yang mengikuti akaun penulisan Yara dapat mula membacanya. Nafas dihela perlahan. Mata terasa berat dek waktu yang semakin lanjut.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now