Bab 13

8.7K 577 21
                                    

"Emir, kau suka makanan korea tak? Jepun ke?" Emir pandang sahabatnya dengan pandangan pelik. 

"Kau kenal aku bukannya sehari dua. Ada pernah nampak aku makan makanan korea ke, jepun ke? Tekak aku tekak Melayu kot. Kenapa tiba-tiba? Yara lagi?" 

Attar mengangguk laju. Pantas sahaja wajahnya dihiasi senyuman manakala Emir sudah buat muka tidak puas hati. Setiap kali dia mengajak Attar keluar lepak, mesti ada sahaja cerita pasal Yara. Dalam kepala Emir mungkin sudah ada satu wikipedia tentang wanita kesayangan Attar itu. Jangan dia disalah tafsir sudah. 

"Yara suka, itu yang aku tanya kau. Aku nak belajar buat. Aku dah Google cara-cara dia. Tak ada la susah sangat. Cuma kalau aku buat? Siapa yang nak rasa?" Emir tak makan. Dia apatah lagi. Kalau makanan barat boleh juga dia pertimbangkan. 

"Elma kan ada? Kau lupa ke yang adik aku hantu drama korea. Bukan setakat drama, sekali dengan makanan, bahasa, semua dia bedal. Makanan Jepun pun dia makan je rasanya." Dia pun tak tahu apa yang menariknya. Cita rasa mereka memang jauh berbeza walaupun seibu sebapa. 

Dahi ditepuk. Sudah lama Attar tidak bersemuka degan Elma. Almaklumlah, Elma Qabila atau lebih mesra dengan panggilan Elma merupakan seorang peguam bela. Sibuk aja memanjang. 

"Ye tak ye jugak kan. Tapi kalau Elma cirit birit sebab makan sushi yang aku buat macam mana?"

"Kau letak apa dalam sushi tu sampai adik aku nak cirit birit? Satu sudu wasabi? Satu gelas cuka epal? Agak-agak la bro." 

Tergeleng kepala Emir. Suka betul fikir yang bukan-bukan. Macam la tak boleh tengok resepi. Zaman dah moden. Semuanya dekat hujung jari. Attar pasang sengih seperti kerang busuk. Dia memang suka buat Emir pusing kepala dengan kesengalannya. Serius memanjang pun tak baik untuk kesihatan.

"Malam ni aku pergi rumah kau. Aku gerak dulu. Nak pergi cari bahan-bahan untuk buat sushi." Punggung diangkat untuk berlalu pergi. Kunci kereta jenama Audi e-tron GT yang berehat di atas meja digapai. 

"Rumah aku?" 

"Yup, aku pinjam dapur kau eh malam nanti. Dapur ummi, nanti aku kena bebel. Tak pasal-pasal ummi ingat aku buang tabiat. Nak guna dapur rumah sendiri belum siap renovate. Dapur rumah kau je la yang jadi mangsa aku." Ucap Attar tanpa rasa bersalah. Siap dengan pakej kenyit mata. 

Terjatuh rahang Emir mendengar balasan daripada rakannya. Sudahlah malam nanti dia agak sibuk. Tidak ada hari lain ke untuk lelaki itu mengganggunya. Nak dimarah itu bukan pertama kali. 

"By the way, cakap pasal rumah, aku ada tanya Yara dia nak rumah yang macam mana. Kau tahu apa yang dia cakap?" Emir naikkan sebelah keningnya sebagai signal untuk Attar meneruskan kata-kata. 

"Saya tak kisah, asalkan rumah tu berbumbung dan berdinding." Hampir sahaja Emir tersembur air yang disedut ketika itu. Tawanya lepas. Sungguh Attar memang sentiasa ada cara untuk menghiburkan hatinya. Hilang sekejap tekanan terhadap kerja. 

"Aku suka bakal isteri kau. Ok la tu. Maksudnya, dia tahu nak bersyukur walaupun kawan aku yang seorang ni pakai kad kredit premium. Bak kata orang, black card. Ye tak? Oh, lupa nak tanya, Dia dah ok ke?” Jumpa hati tu asyik mengeluh je. Katanya risaukan Yara. 

"Jangan nak suka sangat. Alhamdulillah, Ok la agaknya. Itu yang aku harapkan." Mencerlung mata Attar mendengar ayat pertama Emir. 

"Aku ada tengok satu video ceramah daripada Ustazah Asma. Dia cakap, sabar seorang anak jarang sekali dilihat. Penat dia, harapan dia, kecewa dia, tak mudah untuk dia ucap kepada orang tuanya. Tetapi tidak ibu bapa. Mereka bebas untuk menyatakan penat, harapan, dan kekecewaan, yang mereka rasa dan inginkan daripada anak-anak mereka." Attar mengangguk setuju. 

"Mereka lupa agaknya. Anak mereka juga ada hati dan perasaan seperti mereka. Tidak mudah untuk seorang anak menyatakan ketidakpuasannya kepada ibu bapa. Kata-kata anak itu mungkin akan disalah tafsir atau ego mereka jauh lebih penting. Balik-balik anak yang akan dicop biadap, kurang ajar, tidak tahu hormat orang tua. Mungkin sebab itu juga, banyak yang memilih untuk memendam daripada meluahkan isi hati. Itu belum lagi masuk gaslighting. Satu bentuk manipulasi psikologi yang membuatkan seseorang berasa ragu-ragu dan end up salahkan diri sendiri.”

Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Emir. Dia belum menjadi seorang bapa jadi dia tidak dapat mendalami hal itu lebih dalam. Cuma sedikit sebanyak, kekhuatiran itu ada. Andai saat itu tiba, Attar tidak mahu anaknya nanti akan melalui hal sebegitu biarpun pada akhirnya, ibu bapa juga adalah manusia. Kalau dah namanya manusia, tidak mungkin akan terlepas daripada celanya. 

“Nak cakap lebih-lebih, suatu hari nanti aku pun akan jadi bapa kalau Allah izin. Bercakap dan mengkritik, semua orang boleh buat selagi tak kena dekat batang hidung sendiri. Tak ada ibu yang normal nak suka-suka hati sakitkan hati anak sendiri. Begitu juga bapa.” 

"The best we can do is berdoa. Baik dan buruk mereka datangnya daripada Allah. Hanya Dia yang mampu mengubah apa yang tidak dapat diubah oleh kita, manusia." Attar sudah terduduk kembali dek bebelan Emir. 

"True. Eh, sorry aku dah curi masa kau. Sana gerak. Nak cari barang bukan sekejap. Jangan terlepas maghrib sudah."

"Surau kan ada? Kau buat macam aku pergi membeli-belah dekat UK. Assalamualaikum. Jumpa nanti. Love you, bro." 

"Love you too, brother. Drive save."

Satu flying kiss dilayangkan kepada Emir. Perilaku Attar cuma dijeling oleh jejaka itu. Dia sudah terbiasa.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now