Bab 9

8.4K 554 23
                                    

"Kakak, dah boleh keluaq dah. Sempat lagi tu dok pi baca novel." Geleng kepala Yasna dengan perangai kakaknya. 

"Aku nervous la gila. Hang tau apa." Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Yasna. 

Pintu bilik tidur dibuka. Nafas ditariknya sedalam yang mampu. Dengan lafaz bismillah, langkah diatur keluar. Semakin kacau-bilau degupan jantung Yara jadinya.

Wajah-wajah yang tidak dia kenal mula menyapa mata. Biarpun canggung dengan keadaan itu, Yara tetap menyalami tangan beberapa orang wanita yang hadir ke majlis pertunangannya. Yang lelaki tak mungkinlah dia nak salam. Bibir mereka tidak lepas daripada memuji kecantikan rupa paras Yara. Senyuman separa ikhlas tidak lekang pada wajahnya bagi menutup gugup di hati.

Selesai bahagian itu, langkah diheret ke arah Puan Madeena yang sedang tersenyum manis menantinya di atas pelamin yang dibuat oleh mamanya. Simple dan klasik, itu yang dia rasa. Lensa kamera daripada telefon pintar yang giat memfoto dan merakam dirinya tidak diendahkan. 

"Assalamualaikum, bakal menantu ummi." Ucap Puan Madeena bersama senyuman yang tidak lokek. Sekali pandang sahaja dia sudah tahu pilihan Attar tidak salah.

"Waalaikumussalam... Ummi." Dengan teragak-agak, wanita itu digelarnya ummi. Jujur tangan Yara sudah bergetar dan sejuk seperti ais batu. Muka juga mungkin sahaja sudah pucat. Tanpa membazir waktu, tangan Puan Madeena disalam. 

Belakangnya  diusap lembut oleh wanita itu. Tersentuh hati Yara dengan tindakan ibu Attar. Dia dapat merasakan Puan Madeena merupakan seorang yang lembut dan penyayang. Kelembutannya jelas terserlah. Berkurang satu persepsi jahatnya terhadap bakal ibu mentua seperti yang dipertontonkan dalam drama.

"Comel orangnya. Tak hairanlah hati anak ummi awak curi." Hidung Yara dicuitnya manja. 

"Yara... Biasa-biasa ja ummi." Ah, sumpah dia segan. Entah apa yang diceritakan Attar kepada umminya. 

"Ummi sarungkan cincin ya?" Tangan Yara sudah pun berada di dalam genggaman Puan Madeena. Dia mengangguk sebelum jari manis itu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan batu permata kecil. Bentuknya rama-rama. Tangan Puan Madeena disalam sekali lagi. Kali ini sedikit lama. Memberi ruang kepada jurukamera dan tetamu untuk merakam momen  mereka berdua.  

"Cantik." Bagaimana Attar boleh tahu saiz jarinya? Cincin itu ditilik penuh minat. Senyuman Yara pada saat itu tidak lagi janggal. Tanpa dia sedar, tingkahnya diperhatikan oleh jejaka itu daripada luar. Tersenyum lebar Attar apabila wajah cantik Yara menghiasi matanya. 

"Attar yang pilihkan. Ummi ikut aje." Jauh di sudut hati, Yara berharap sangat yang dia tidak akan mengecewakan wanita itu dengan masa gelapnya. Dia bukan wanita sempurna. Malah terlalu jauh. Dirinya penuh dengan serba kekurangan. 

"Ha, boleh masuk dah cheq kalau nak masuk. Depa nak ambik gambaq kot, bagi depa ambik gambaq pulak. Hat lain boleh keluaq pi makan " Mak Ngah yang semestinya kuat berceloteh sudah mula bersuara.

"Ambik gambaq apa lagi aih. Tunggu lepaih akad nikah nanti la ambik. Bukannya halal lagi." Sampuk Mak Long kurang berpuas hati. 

"Allah, hang ni Zura. Bukannya nak suruh depa pegang ka apa. Ambik gambaq besa-besa ja buat kenangan." Bidas Mak Ngah. Mak Ngah dengan Mak Long kalau bertentang mata, memang begitulah jadinya. Asyik nak bertekak ja. 

Yara dan Puan Madeena tersenyum sesama sendiri. Kali ini, pipi Yara pula dicuit olehnya. Menyedari kehadiran Attar yang mendekati mereka, Yara dongakkan kepala. Pandangan mereka bersabung untuk beberapa. Attar sudah tersenyum manis. Boleh cair serta merta hatinya melihat  lekuk pada wajah si jejaka.

"Cantiknya bakal isteri saya. Kenapa cantik sangat ni?" Ligat Attar mengusik.

"Awak pun apa kurangnya. Nampak lagi segak dari sebelum ni. " Yara tidak tipu. Kekacakan Attar membuatkan dia segan untuk bertentang mata lama-lama dengan lelaki itu.

"Maksudnya, sebelum ni saya kurang segak la ya?" Gigit bibir Yara dengan perangai sengal Attar. Masalahnya sebelum ini pun lelaki itu memang kacak habis. Cuma hari ini ketampanannya lebih terserlah. Kalau tak, tak akanlah dia asyik nak melarikan anak mata sahaja. 

Kurta hijau mint dengan seluar jeans putih yang dipadankan Attar hampir buat fokusnya hilang. Wajah pemuda itu usah dibahas lagi. Nasib hati Yara boleh tahan kebal. Mak Ngah tidak habis-habis memuji. 

"Ehem, ummi masih ada dekat sini tau. Dah tak nampak ummi ke?" 

"Alah Ummi ni, Attar cuit bakal menantu ummi sikit je. Walid usik ummi Attar diamkan je." Attar membela diri. ‘Kacau line betul la ummi ni.’ 

"Awak ni Deena. Buat apa dekat sini lagi? Saya tunggu je awak keluar. Bagilah anak awak privasi sikit. Kalau iya pun tak nak lepaskan Yara, sabar sekejap." 

Tuan Abbas yang datang entah dari mana itu pantas menyelit. Tanpa mendengar balasan si isteri, Puan Madeena dibawa menjauh. Tersenyum Yara melihat gelagat keduanya. Dada berasa sedikit lapang. Adakah dia dan Attar juga akan seperti ummi dan walid suatu hari nanti? 

Mereka yang lain sudah keluar  mengisi perut. Yang tinggal cuma dia dan Attar. Jurukamera mereka juga sedang seronok menjamu selera. 

"By the way, Yara dah jumpa ke maksud nama Yara?" 

"Jumpa. Saya dah cari dekat Google. No wonder la awak suka panggil saya small butterfly. Tapi bukan ada makna lain lagi ke?" 

"Ada, dear. But small butterfly is the only one that caught my eyes." 

Panggilan yang keluar daripada bibir lelaki itu untuk pertama kali membuatkan tubuh Yara kaku sesaat. Dear? Dia tak salah dengar bukan. Pandangan mereka bertembung. Satu kenyitan mata dihadiahkan untuk wanita itu. Tergeleng kepala Yara dengan tingkah Attar. Siapa yang lagi tua sebenarnya? 

“Jangan nak berdear dear sangat. Saya belum halal untuk awak.” Jeling Yara. 

“Baiklah, si cantik.” Dia tergelak kecil. Pantang diusik betul gadis comel itu. 

"Okay, photoshooting time." Jurukamera yang diupah oleh Attar mula bersuara. Yara sudah dapat merasakan tenaganya akan habis di situ. Mata sudah terbayang katil di dalam bilik. ‘Sabarlah menantiku duhai katil!’

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now