Bab 42

6.7K 452 0
                                    

Yara berharap sangat apa yang dilaluinya ketika itu cuma mimpi ngeri tetapi tidak. Attar memang berada di hadapannya. Kepala ditoleh pantas ke belakang. Terkedu lagi dia saat kelibat Jawhara dan Kafeel sudah lesap. Sejak bila dua orang itu keluar tanpa dia? Sampai hati mereka membiarkan dia berdepan dengan lelaki itu seorang diri. Wajah suaminya ditatap semula dengan riak dingin. 

“Nak marah, marah je la. Memang Yara salah pun.” Tak mampu nak bertentang mata lebih lama, anak mata dibuang ke arah lain. Kenapa la mulut ni jahat sangat? 

Attar menghembus nafas kasar. Kedua belah tangan wanita itu diraihnya. Tapak tangan si isteri ditilik dengan hati yang dirundung sesak. Ada luka yang terbentuk daripada tekanan keras kuku pada telapak tangan kecil itu. Kanan dan kiri. Wajah diraupnya kasar sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia. Kepala dijatuhkan ke dalam telapak tangan, mencari kekuatan yang hampir saja putus sejak dia mengintip isterinya daripada luar pintu kaca ruangan tinju itu. 

“Benci sangat ke dengan abang sampai sakitkan diri sendiri macam ni, hmm?” Bergetar suaranya menahan perit di dada. 

Yara terpempan. Waktu seakan-akan terhenti ketika melihat wajah suaminya kini basah dengan titisan-titisan jernih. Irama jantung tidak lagi tenteram. Berhati-hati dia mendekati jejaka itu dengan perasaan bersalah yang tak dapat diungkap dengan seribu kata. Bodohnya dia kerana terlupa akan hal itu. Attar pernah ingatkan dia untuk tidak mencederakan diri sendiri.

“Abang…” Serunya lemah. 

“Jahat sangat ke abang pada Yara? Abang cuma minta sedikit masa daripada awak, sayang… Perlu ke dear nak tunjuk perasaan dengan sakitkan diri sendiri? Yara nak abang rasa bersalah ke?” Langkahnya diatur ke arah beg tinju yang tergantung beberapa tapak di hadapan. nafas ditarik dalam sebelum punching bag itu ditumbuknya keras beberapa kali dengan tangan yang tidak bersarung. 

“ABANG!” 

Terjerit wanita itu melihat apa yang dilakukan oleh suaminya. Laju  tangan Attar dicapai dengan air mata yang menggugur deras. Perih hati terasa melihat gerigi tangan suaminya yang terluka. Tubuh yang hampir rebah ke lantai pantas disambar si suami. Semakin kuat tangisan wanita itu. Tangan naik mencengkam dada. 

“Suka tak tengok abang terluka macam ni?” Diangkatnya dagu si isteri dengan jari telunjuk sehingga mata mereka bertembung.   

“Orang bodoh je suka tengok orang yang dia sayang terluka.” Balas Yara dengan suara yang tersekat-sekat menahan tangis. Tersiat hatinya dengan tindakan bodoh Attar. 

“EXACTLY, YARA AMEENA. Dear rasa abang tak sakit ke tengok isteri kesayangan abang buat macam ni dekat diri sendiri?” Luruh lagi air mata jantannya. Ubun-ubun Yara dikucup lama sebelum dia menemukan dahi mereka.

“TIKAM JE LAH JANTUNG YARA KALAU NAK SAKITKAN YARA SANGAT.” Jerkah wanita itu. Dada Attar dipukul sekeras-kerasnya sehingga badannya yang bergetar ditarik rapat ke dalam rangkulan si suami. Benci. Dia benci dengan apa yang suaminya buat. 

“Suka betul kan cakap benda bodoh macam ni.”  Semakin kuat Yara cuba untuk merungkai dakapannya, semakin kuat dia mengunci pergerakan si isteri. 

“Istighfar, sayang.” 

“Diam! Yara benci abang. Abang pentingkan diri sendiri. Kalau tak boleh nak handle Yara, kenapa kahwin dengan Yara? Pergi la cari perempuan yang tak mental dekat luar sana. Abang pun sama je.”

“Yara Ameena…” 

“CUMA TAHU NAK TAMBAH LUKA LAGI DEKAT HATI YARA.” Terpejam matanya dengan raungan si isteri. Dalam hati, dia beristighfar panjang. Tersedu-sedan wanita itu menghamburkan perasaan. 

“Ya sayang.. abang salah. abang yang salah.” Belakang badan isterinya digosok lembut. Lama mereka berkeadaan seperti itu sehingga Yara sendiri yang merungkai pelukan suaminya. Deruan nafas sudah semakin stabil. Begitu juga debaran jantung. 

“Yara nak balik.” Tangannya disambar Attar setelah beberapa tapak dia melangkah ke arah pintu keluar.

“Abang hantar. Emosi sayang tak baik lagi. Abang risau.” Tenaganya sudah habis jika mahu bertengkar lidah lagi. Malas-malas Yara mengangguk. 

“Jangan lupa rawat luka dekat tangan tu nanti. Kena potong padan muka.” Tegur wanita itu dengan riak kosong. Bukan tak mahu merawat, cuma egonya terlalu kuat menegah. Attar menggumam senyum. Itu barulah Yara yang dia kenal. Yara yang nampak dingin pada luaran tetapi hangat dalamannya. 

“Baik, sayang.”

Sakit bahunya dipukul Kafeel berkali-kali. Minta tolong balutkan luka pun nak marah. Lagi satu, sejak bila pula Yara ada bodyguard? Boleh pula si Kafeel ni  membela isterinya. Dasar kawan makan kawan. Memang dia je yang terpaling bersalah dalam dunia ni. 

“Geram aku dengan kau ni. Kesian Yara. Apa la nasib dapat lelaki bebal macam kau ni jadi suami.” Tuturnya tak berlapik. 

“Amboi mulut. Walaupun aku ni lelaki, aku pun tau sakit. Takkanlah setiap masa aku nak kuat? Susah jadi lelaki ni Kaf… nak meluah, takut nampak lemah. Tak meluah, pendam sampai sebu dada ni rasa.” 

“Habis tu? Kau nak jadi perempuan. Come on la Attar. Kau berahsia macam ni cuma akan sakitkan bini kau lagi. Saling bersandar la antara satu sama lain. Dia sedih ke, ada masalah ke, kau pinjamkan bahu. Mesti Yara pun nak benda yang sama daripada kau. Jangan sampai dia fikir yang kau tak percayakan dia, Attar. Nanti kau sendiri yang sakit.” Benda mudah macam tu pun tak boleh nak fikir. Apa gunanya kahwin kalau tak boleh nak gembira sama-sama, sedih sama-sama? 

“Kau ni jangan la cakap yang bukan-bukan. Aku sayang bini aku tau. Dah banyak hari dah aku tak boleh nak bermanja dengan dia.” Attar juga serabut dengan kebodohannya sendiri. Apa yang dia takutkan sangat sebenarnya?  

“Dah kau benak sangat. Boleh berambus sekarang. Aku nak buat kerja. Kau pergi balik pujuk bini kau.” Dihalaunya Attar keluar seperti lelaki itu mengusir dia dan Jawhara tadi. Penat dia nak melayan luahan hati sepupunya. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now