Bab 29

7.5K 455 20
                                    

"Abang rasa isteri abang ni terlebih tenang la." Pipi si isteri digeser dengan belakang telapak tangan. 

"Terlebih tenang macam mana maksud abang?" Pelik Yara dengan soalan Attar. 

"Abang rasa orang lain kalau kena kutuk macam tu memang dah tarik muka tapi muka dear macam orang tak ada perasaan. Dear, tak marah ke? Tak rasa macam nak tarik rambut mak cik tu ke apa." 

Yara tergelak kecil sambil mata terpejam. Ritma jantung Attar membuatkan dia berasa mengantuk. Ditambah lagi dengan kehangatan tubuh si suami yang memeluknya. 

"Tenang Yara cuma pada luaran. Dalam hati, segala ribut petir ada. Abang mungkin tak nampak. Kalau abang nampak, silap-silap hari bulan, abang sendiri pun terkejut. Susah Yara nak cakap. Kalau abang tanya, marah ke tak, marah. Tapi, kalau Yara lepaskan marah tu, puas yang Yara rasa sekejap je. After that, I will think about the consequences of my action for days. Sangatlah tak berbaloi. Lagipun, ketenangan tu mahal." 

Attar menggangguk. Jari dilarikan pada helaian rambut  Yara. Lembut dan wangi. Tidak henti-henti rambut wanita itu dihidunya. Parah!

"Untuk Yara sampai ke tahap ni tak mudah. It takes a lot of practice and courage. Masa kecil-kecil dulu, Yara seorang yang kuat tunjuk perasaan but with times, Bila perasaan sendiri tak dipedulikan, pendam tu dah jadi perkara biasa. Marah Yara lebih ke arah dalam daripada luar. Yara tak ada pilihan selain memalsukan ketenangan sampai ianya jadi perkara biasa bagi Yara." 

"It's not good, sayang. Abang lebih rela Yara baling pasu ke apa daripada pendam perasaan seorang diri." Banyak masalah hati berpunca daripada tekanan yang tidak diurus dengan cara yang sihat. Attar tidak mahu perkara itu berlaku kepada isterinya. 

"Itu pun satu contoh marah yang tak sihat la abang. Yara ada jumpa satu video dekat tiktok daripada Dr Belal Assad. Dia cakap kan, secara biologinya bila seseorang tu marah, proses pertimbangan akan dilambatkan 10 saat. Meaning that if the anger wins, maksudnya rasa marah tu terlebih dahulu mendahului pertimbangan kita ke atas situasi yang berlaku. Selepas marah tu keluar, baru kita fikir. Sebab tu kadang-kadang kita boleh terlepas cakap kalau tengah marah sampai mengguris hati orang lain. Lebih kurang macam tu la. Abang faham tak?" Panjang lebar penerangannya. 

Kepala didongak ke atas untuk menatap wajah si suami. Hampir sahaja bibir mereka bercantum. Huru-hara irama jantung Yara dengan kelakuannya sendiri walaupun tanpa sengaja.  

"Dear nak kiss abang ke?" Sepantas kilat wanita itu menggeleng. Attar tersenyum sebelum bibir isterinya ditekup dengan telapak tangan. Bibirnya didaratkan atas tangan sendiri. Terkelip-kelip mata Yara dengan tindakan luar jangka suaminya.

"I can hear your heartbeat sayang. Or is it mine? Could be ours though." Kali ini, dua kelopak mata si isteri pula dikucup. Yara sudah mengeras. Kus segala semangat yang ada. 

"Abang... pernah tengok drama korea ke?" Terpacul soalan yang entah apa-apa daripada mulutnya. Apa yang dilakukan Attar kepada dia sebenar tadi setahunya cuma berlaku dalam drama korea. Yara tidak sangka babak itu boleh terjadi pada dirinya. 

"Tak pernah, sayang. Kenapa? Nak abang temankan dear layan cerita korea ke?" Hidung mancung Yara dilurut lembut dengan jari telunjuk. 

"Tak. Yara pun dah jarang tengok sekarang. Saja tanya." Butang baju Attar dimainnya. Kejap buka, kejap dibutang semula. Habis bosan agaknya. Rasa mengantuk pun dah hilang gara-gara si suami. Jadi cerah mata.

"Menarik sangat ke butang baju abang, sayang?" 

"Yara bosan. Abang la ni. Elok je Yara mengantuk tadi, terus cerah mata." Bibir dibuat muncung tanda protes. Berderai tawa Attar melihat wajah isterinya yang mencuka. 

"So, abang la punca si rama-rama kecil abang ni tak boleh tidur, hmm? Ok, apa kata kita main satu game." 

"Game apa malam-malam macam ni abang? Kalau permainan tu memerlukan Yara untuk bergerak, tak naklah. Kalau berfikir, Yara boleh lagi." Sengal pada badan bukannya boleh hilang mudah-mudah. Memang tak la dia nak bergerak. 

"Tak, sayang. Tak perlu bergerak. Abang akan bagi lima soalan dekat Yara. No matter how silly those questions are, Yara jawab je dan Yara kena ingat setiap jawapan yang Yara sebut sebab jawapan-jawapan tu akan membentuk satu ayat. Boleh tak?" Yara mengambil masa untuk menyahut. Masih berfikir. Dengar macam susah. 

"Tak ada yang mudah sikit ke abang?" 

"Mudah je sayang. Ok, abang mula ni. Dear kena fokus. Kalau tak fokus, Yara kena cakap 'I love you, abang.' seratus kali." Sebelah kening Attar menari-nari. Suka hatinya dapat kenakan si isteri. 

"Eh, tak adil la macam tu." Sampai terduduk Yara dibuatnya. Wajah Attar dijeling tidak puas hati dengan mata yang sengaja dikecilkan. 

"Soalan pertama, apabila beluncas matang dan keluar daripada kepompong, dia jadi apa?" Tubuh Yara ditarik semula ke dalam dakapan. 

"Rama-rama" Cepat sahaja soalan itu dijawab Yara. 

"Kedua, perkataan berlawanan bagi besar?" 

"Kecil." 

"Ketiga, kalau kita cintakan seseorang, apa yang kita ucap?" 

"I love you." 

"I love you too, sayang. Okay soalan keempat, Seluruh isi alam ini kita panggil apa?" Sempat lagi si isteri dikenakan Attar. 

"Hm... dunia?" Attar menggangguk sambil tersenyum. 

"Soalan terakhir, Alam apa yang kekal selamanya?"

"Akhirat." 

"Now, combine those answers into sentence, sayang. Jadi apa?" 

"Rama-rama kecil I love you dunia akhirat. Abang sengaja kan nak bagi hati Yara dugun-dugun?" Tersenyum lebar wanita itu apabila dia berjaya menggabungkan jawapan-jawapan daripada soalan yang dilontarkan oleh si suami. Leher Attar dirangkul. Satu ciuman dihadiahkan pada rahang jejaka itu. Hati Yara bukan sahaja berbunga-bunga tapi sudah jadi taman bunga yang dipenuhi rama-rama. 

Attar tersenyum suka. Bukan suka sikit-sikit. Suka yang teramat. Kalau dia tahu hasilnya begini, hari-hari main teka-teki pun dia sanggup. Dicium isteri kesayangan dengan rela, suami mana je tak suka? 

"Pandainya isteri abang. Rama-rama kecil, I love you dunia akhirat." Dahi Yara dikucup lama. 

"I love you too, abang." 

"Dah, tidur. Cakap nak ikut abang jogging esok?" 

Kepala si isteri dirapatkan ke dada, rangkulan pada tubuh kecil itu dikemaskan. Al-Fatihah dibaca bersama dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah. Penutupnya pastinya doa tidur.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now