Bab 48

7.2K 462 12
                                    

“Lepas kejadian tu, banyak benda yang abang perlu telan walaupun abang tak bersalah. Tatapan mata dia orang buat abang rasa macam penjenayah and at one point, I began to believe that I am the one at fault. Pernah satu masa abang terima sekotak hadiah but it’s not really hadiah. dalam kotak tu ada seekor tikus yang dah mati. Tak tau siapa dan macam mana kotak tu boleh ada dalam bag abang. Yang paling ekstrem, abang pernah terima satu kertas putih yang diconteng dengan darah. Sayang faham-faham je lah darah apa. Dekat kertas tu ada tulis, kill yourself.” 

Wajah si isteri yang tidak henti menumpahkan air mata sejak dari dia mula bercerita diseka Attar berkali-kali. Bukan setakat air mata, hingus pun dah meleleh. Sedih sangat agaknya cerita dia. Sepatutnya, dia yang menangis tetapi tidak. Jiwa Attar seakan dibalut tenang ketika dia dapat meluahkan segala-galanya kepada wanita itu. 

“Ada juga yang pura-pura jadi Isaac. Guna nombor palsu lepas tu hantar mesej yang bukan-bukan dekat abang. Kononnya hidup abang tak akan tenang, kononnya hantu Isaac akan balas dendam. Bila fikir balik sekarang, kelakar jugak. Tapi ada betulnya apa yang dia orang cakap sebab setiap malam, abang termimpi-mimpi pasal Isaac terjun depan mata abang. I even had to take sleeping pills sebab kalau tak ambil, tak boleh tidur. Rasa berat sangat ujian yang Allah SWT bagi waktu tu. Nak cerita dekat ummi dengan walid, abang tak sanggup.” 

Sampai satu tahap, dia juga pernah mempersoalkan takdir. Pernah terfikir untuk mengikut jejak Isaac tetapi alhamdulillah. Attar masih waras untuk tidak mencabul hak Allah. Masih tahu pegangannya sebagai orang Islam. Sesakit apa pun ujian yang dia perlu hadap, Attar tahu yang Allah SWT tidak akan membebani hambanya melebihi apa yang terdaya. 

Yara mengetatkan lagi pelukan pada badan suaminya. Wajah disembam ke dada bidang Attar. Sedahsyat itu rupanya ujian yang suaminya terpaksa tempuhi seorang diri selama ini. Bodohnya dia kerana cuma tahu mendesak sedangkan kalau Yara sendiri yang lalui semua itu, awal-awal lagi dia mungkin dah menyerah. 

“Yara minta maaf sebab paksa abang. Yara tak tau seberat itu dugaan yang abang tanggung seorang diri selama ni. Yara cuma tau mendesak. Teruk betul Yara ni kan, abang?” 

Attar tergelak kecil. Hidung runcing Yara yang merah seperti badut dicuit dengan jari telunjuk. Helaian rambut isterinya yang jatuh menutup wajah, Attar selit ke belakang telinga. Satu kucupan dilekat lama pada ubun-ubun Yara. 

“Kenapa abang gelak? Orang tengah sedih ni. Abang suka tengok Yara nangis ke?” Luruh kembali air mata yang hampir sahaja kering sebentar tadi. Entah kenapa hati semakin hari semakin sensitif. Yara sendiri ikut geram dengan perubahannya. 

“Ya Allah, isteri abang ni. Ke situ pulak dia fikir.” 

“Otak Yara, biar la nak fikir apa pun. Abang tak suka otak Yara ke?” Tangisannya bersambung lagi. 

Allahuakbar! Ya,sayang abang salah. Abang minta maaf.” Attar meraup wajah. Kepala jelas keliru dengan keletah isterinya. Sampai otak boleh dibuat gaduh. Parah ni! 

“Cukuplah nangis. Kalau buta nanti, dah tak boleh tengok muka handsome abang. Yara nak ke Allah tarik balik nikmat penglihatan, hmm?” 

“Sekarang abang nak Yara buta pulak? Kalau dah tak sayang cakap je lah.” 

Kali ini, Attar angkat bendera putih. Bibir dikunci rapat. Kalau dia buka mulut lagi, entah apa pula yang akan keluar daripada bibir Yara. Belakang isterinya ditepuk lembut. Berharap perangai si isteri akan kembali normal. Kesudahannya, mereka terlelap bersama kerana terlalu letih.
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Emir mengeluh untuk kesekian kali. Dengan lafaz bismillah, loceng villa itu ditekan dengan hati yang gusar. Sudahlah dia tidak memaklumkan kehadirannya terlebih dahulu kepada Attar. Ketika Emir berura-ura mahu mendail nombor telefon rakannya, pintu rumah terbuka. Terjengol kepala Attar dengan muka yang kelihatan mengantuk.

“Emir? Buat aku terkejut je lah kau ni. Masuk-masuk.” Pelawa Attar. 

“SAYANG, EMIR DATANG.” Attar melaung daripada ruang tamu. Risau juga kalau isterinya turun dengan aurat yang terdedah. 

Sorry, Aku datang terkejut tergempar. Aku baru tau daripada Kaf yang kau pengsan tepi jalan sampai masuk hospital bagai.”  Emir mengambil duduk di atas sofa bertentangan dengan Attar.

“Laju betul mulut si Kafeel ni. Aku ok je. Tak ada hal lah.” 

“Kau marah aku ke?” Emir menyoal dengan hati yang gusar. Selalunya kalau ada apa-apa yang berlaku, dia yang akan tahu dulu tetapi tidak kali ini. Marah sangat agaknya. 

“Bukan macam tu, Mir. Aku cuma tak nak serabutkan kepala kau lagi. Ye lah, kelmarin kan aku belah macam tu je. Kau… dah tahu ke pasal Melissa?” Ragu-ragu Attar menyoal. 

Emir mengangguk. Teruk sangat kalau dia masih belum dapat mencantum teka-teki itu setelah pelbagai hint yang lelaki itu bagi kepadanya. 

“Ini yang aku geram, perlu ke kau berteka-teki macam tu dengan aku? Cakap jelah terus terang. Aku pulak yang terasa jahat. pergi berkawan dengan orang yang buat macam tu dekat kau. Kau sahabat aku, Attar. Jangan buat macam tu dekat aku.” Terkilan juga hati bila difikir balik. 

Sorry, Mir. Apa yang jadi lepas aku pergi?” Itu tak penting lagi. Yang penting, apa yang berlaku selepas dia tinggalkan Emir dan Melissa macam tu. 

Well, Mel meraung macam orang mati laki. Dia mengaku dia orangnya lepas aku tanya, or lepas aku jerkah. Dia cakap dia buat semua tu sebab nakkan hati kau. Aku… tinggalkan dia lepas tu.” Emir tersenyum kelat. Apa lagi yang dia boleh buat? 

“Kau… belah macam tu jugak?”

“Yup. Aku tak tau apa yang jadi dekat dia lepas tu. Dia tak call. Aku tak call. Kalau dia call pun, belum tentu aku jawab.” 

Attar mengangguk. Pandai-pandailah perempuan tu nak hidup. Malas dia nak ambil tahu. Ingatkan makin elok, rupanya sama je. Sekali dengan Emir tertipu. kepala dipaling ke belakang ketika Attar menangkap bunyi tapak kaki isterinya menuruni tangga. 

“Sayang.” Attar menghulur tangan ke belakang. Senyuman terbentuk di wajah apabila huluran tangan disambut si isteri yang menghentikan langkah di belakang sofanya. 

“Hi Emir. Abang borak la dulu dengan Emir. Yara buatkan air kejap.” 

“Hi, Yara.” 

Senyuman ringkas, Yara hadiahkan kepada Emir. Langkah yang terhenti disusun semula ke arah dapur. Tidak mahu mengganggu perbualan dua orang rakan itu. 

So, apa kau nak buat lepas ni? Dia dah kenal kau. Kalau kau nak larikan diri daripada dia macam mana lagi, masalah tak akan pernah selesai.” Emir menyoal. 

“Kali ni aku tak nak lari lagi, Mir. Tolong send nombor dia dekat aku. Esok-esok aku ajak dia jumpa.” 

“Berdua?” Emir menduga. 

“Memang tak la. Aku bawa Yara sekali. Tapi kira berdua la jugak sebab Yara cakap dia akan tunggu dalam kereta. Siap mintak aku call dia masa aku bercakap dengan Mel sebab dia nak dengar apa yang kita orang borak. Perbualan tu. aku akan rekod. Mana tahu boleh dijadikan bahan bukti kalau dia menggila is what my wife said. 

Emir mengangguk lalu tertawa halus. Lega sikit hati. Kalau pergi seorang diri risau juga dia. Takut benda yang tak diingini berlaku. Biar kita beringat daripada menyesal kelak. 

“Bijak bini kau. Apa yang buat Melissa obses sangat dengan kau ni? Pelik betul aku. Nak kata kau jenis yang melayan, kita lebih kurang je.” 

“Aku pun tertanya-tanya Mir. Apa benda yang aku buat sampai biul otak si Melissa tu.” 

“Air dah sampai.” Dua gelas air oren sunquick yang dibawa dengan talam kecil, Yara letakkan setiap satu di depan Emir dan suaminya. 

“Susah-susah je Puan Yara kita ni.” Emir mengusik. 

“Untuk sayang tak ada ke?” Tangan Attar naik menyentuh belakang isterinya. Meminta si isteri mengambil tempat di sebelahnya. 

“Tak susah pun. Eh, korang borak la. Yara nak naik atas. Nak sambung tulis manuskrip.” Yara berdalih. Hakikatnya dia segan. Gerak kaki langsung dibawa laju ke tingkat atas. Menutup ruang untuk Attar mencapai tangannya. 

“Dia segan la tu. Kau ni pun. Kuat sangat mengusik.” Geleng kepala Emir dengan ulah sahabatnya. 

“Dapat bini comel macam tu memang kena mengusik.” Attar mengenyit mata. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now