Bab 18

7.8K 516 16
                                    

Yara menghela nafas letih untuk kesekian kalinya. ‘Ya Allah, kuatkanlah hati ini. Hanya engkau yang tahu akan kekecewaan yang telah sekian lama aku pendam. Aku tidak membenci mamaku, cuma terlalu kecewa.’

Kalau wanita itu sakit, dia juga akan rasa sakitnya. Tetapi, apabila dia yang sakit, wanita itu seperti tidak turut merasakan sakit yang dirasakannya. Bukan luaran tetapi dalaman. Mamanya tidak akan pernah mengerti. Yara mungkin tidak menunjukkan kasihnya kepada wanita itu secara sentuhan fizikal tetapi jauh di sudut hati, dia tidak sanggup untuk kehilangan seorang ibu biarpun luka yang dirasakan amat dalam.

Baju yang sudah selesai diseterika itu digantung pada almari. Punggung turut dilabuhkan di sebelah Puan Wahidah. Hatinya juga tengah dilambung ombak. ‘Tak apa, Yara. Rendahkan ego kau, biar sakit tapi Allah suka.’ 

“Kak mintak maaf banyak-banyak ma. Segala salah silap kakak selama ni. Doakan kakak bahagia. Kak mintak maaf sebab tak habiskan diploma, kak mintak maaf sebab tak buat mama bangga dengan kak. Kak mintak maaf jugak sebab dah banyak bebankan mama. Kakak tau, sebagai anak sulung, kakak gagal banyak benda. Sepatutnya kakak yang jadi contoh.”

Air mata Yara mengalir laju sebaik sahaja dia mengambil tangan itu ke dalam genggaman dan menciumnya. Suara penuh dengan getaran menahan rasa. 

“Kakak banyak kecewakan mama, tinggi suara dengan mama. Terima kasih sebab dah jaga kakak selama ni. Mama tolong jangan kasar sangat dengan kakak boleh lepas ni? Sakit ma. Setiap kali mama bandingkan kakak dengan Yasna, setiap kali mama rendahkan kakak. Sakit sangat. Kakak pun manusia ma, tahu sakit. ”

Tubuh si anak yang bergetar hebat ditariknya ke dalam pelukan. Setiap bait bicara yang diucapkan oleh Yara membuatkan air matanya semakin lebat menghujat. Hatinya ikut sama sakit. Dia tahu, dia juga banyak salah. Banyak kekurangan. Dalam tak sedar, anak itu banyak terluka kerana ego dan tempatnya sebagai seorang ibu sentiasa dibiar memang.

“Tak apalah kak, mama maaafkan semua dan mama pun mintak maaf dengan kakak. Segala salah silap mama. Kakak jaga diri elok-elok nah. Mama sayang kakak sangat-sangat tau.”

Wajah anaknya yang lencun dengan air mata diseka kasar dengan tangannya. Hati Yara dihimpit sesak, kerongkongnya pedih. Sakitnya, Ya Allah. Melepaskan rasa atau memendam rasa, dua-dua menyakitkan dengan cara yang tersendiri. Tetapi, dengan memaafkan, ketenangan akan mula tumbuh.

“Eh, Attar. Keluar jugak kau ye? Ingatkan nak tidur awal. Nervous ke bro?” Kafeel menarik kerusi yang tidak berpenghuni di sebelahnya untuk si pemuda.. 

“Nervous tu nervous. Tapi, excited tu lebih lagi.” Sengihnya lebar. Emir pusing kepala. Sudah masak dengan perangai sahabatnya. Entah apa nasib Yara selepas esok.

“Tidur awal la Attar, kita orang borak kosong je pun.” 

“Eh, halau aku nampak, Emir.” Bahu Attar ditumbuk mesra oleh Emir.

Emir dan Kafeel adalah dua orang kawan yang boleh dia gelar sebagai sahabat. Kafeel tidak katalah, mereka sepupu tetapi Emir, sahabat yang dia jumpa tiga tahun lepas. Bermula daripada dia, sebagai pesakit kepada lelaki itu, hubungan mereka sudah dibawa sejauh ini.  

“Apa-apapun, aku nak wish sekali lagi, tahniah bro. Akhirnya, kau yang dahului aku dan Emir untuk tamatkan zaman bujang. Semoga bahagia menjadi milik kau dan sepupu ipar aku. Jaga dia baik-baik.” 

“Thanks bro.”

“Aku pun doakan benda yang sama. Tanggungjawab kau akan bertambah lepas ni. Perkahwinan juga suatu ibadah. Kau buatlah sehabis baik. Ingat, apa yang aku cakap, Attar. Nak jaga anak orang, hati kena kuat. Marah macam mana sekalipun, jangan tinggikan suara, jangan naikkan tangan. Aku percaya kau, Attar.” 

Attar cuma mengangguk. Dia tidak marah mahupun terasa hati. Dengan nama Allah, selagi dia masih waras, tidak akan sesekali dia berbuat seperti itu. Fikir sahaja sudah buat hatinya sakit. Dan selagi hidup, dia dan Yara pastinya akan diuji kerana dunia bukan syurga abadi melainkan sebuah tempat persinggahan yang dianggap sebagai hukuman buat Adam dan isteri.  

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan akad nikah aku untuk esok hari. Doakan aku, Emir, Kaf.”

Kasih Kita Sempurna (c)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang