Bab 12

8.9K 577 50
                                    

Karangan yang ditaip diskim semula satu persatu. Kalau-kalau ada perkataan yang dia terlepas pandang. Tatabahasanya tidaklah terlalu bagus. Masih banyak yang perlu dikukuhkan. 

"Awak tak nak tanya ke saya kerja apa?" 

Ya, Attar sedang menemani dia untuk menyiapkan manuskrip novel melalui panggilan telefon. Sejujurnya, Yara masih segan kerana hal yang berlaku semalam tetapi pada masa yang sama, dia bersyukur lelaki itu menelefonnya. Jika tidak, pasti kekecewaan yang dirasai semalam dibawa ke alam tidur. 

"Awak kerja apa?" 

"Cuba Yara teka?" 

"Apps developer, Software programmer, Coder? Adik-beradik tu lah agaknya."

Jawapan yang diberi membuatkan Attar terdiam sejenak. Mesti jejaka itu naik hairan bagaimana Yara boleh tahu. Siapa lagi kalau bukan mamanya yang buka cerita. Jika tekaannya tepat, pekerjaan Attar boleh tahan hebat. 

"Eh, macam mana awak tahu?" Seingat Attar, dia belum pernah membuka cerita soal pekerjaannya kepada gadis itu. 

"Mama yang bagitau." Balas Yara ringkas. 

"Awak tak terkejut pun. Kalau orang lain mesti dah panjang berjela soalannya. Sebenarnya, saya sedih sikit la. Small butterfly saya macam tak nak bagi saya perhatian. Saya je yang beria-ria nak kenal dengan awak tapi awak macam tak sudi." 

Tangannya yang tengah ligat menaip itu terhenti untuk seketika. Adakah dia telah membuatkan lelaki itu berkecil hati dengan sikapnya? Bukan itu niat Yara. Attar juga yang mempelawa diri untuk temankan dia. Keluhan panjang dilepaskan. ‘Nak kena pujuk pulak la ni.’ 

" Iya, Encik Tunang. Saya dengar ni. Saya bagi perhatian saya dekat awak, ya? Jangan la merajuk dengan saya. Saya... tak pandai pujuk." Memang itu hakikatnya. Kalau dalam hal pujuk memujuk, awal-awal lagi dia akan tarik diri. Pujuklah diri sendiri. Dah baik, baru cari dia.

"Eh, mana ada saya merajuk." Sangkal Attar pantas. Ingat dia nak mengaku la tu. Jatuh saham nanti. 

"Saya minta maaf. Saya tak pernah ada kawan lelaki, bercinta pun saya tak pernah, saya orangnya keras sikit dan kekok. Saya tak pandai nak melayan orang lebih-lebih tapi sejujurnya saya suka awak temankan saya." 

Jelas Yara bagi memujuk si jejaka. Attar yang berada dibalik talian sudah menahan senyum. Cuping telinga sudah  berubah warna. Hanya Yara seorang sahaja yang mampu membuatkan dia rasa tidak tentu arah sebegitu. Ini belum lagi wanita itu mengucapkan kalimat cinta. 

"small butterfly?" 

"Ye, Attar."

"small butterfly, saya ada sesuatu nak bagitau awak." 

"Saya dengar ni. Perhatian saya ada pada awak. Cakaplah. " 

Yara tersenyum sendiri. Entah kenapa dia rasa seperti usianya seperti jauh lebih tua daripada Attar. Mungkin kerana sikap pemuda itu yang baginya agak comel. Jangan pelik ya. Tak salah kan kalau dia berfikiran macam tu? Dah memang comel. 

"Sebenarnya, CEO of Ittar's Creative adalah saya." 

"Maksud awak, syarikat penerbitan yang terbitkan buku saya tu? Patut la saya rasa macam nama awak dengan nama syarikat tu boleh tahan familiar. Sedikit terkejut tapi kenapa Ittar? Not Attar.” Nak sorokkan identiti ke? Tak banyak beza pun rasanya. 

"I tu sebagai tanda ingatan untuk kawan baik saya yang pergi sebab depression. Kawan yang saya jumpa masa belajar dekat UK. Nama dia Isaac. Isaac was a book lover dan dia pernah bercita-cita nak buka publishing company tapi tak kesampaian.” 

Tangan digenggam seperti penumbuk sehingga merah telapak tangan. Masih tidak selesa untuk membuka semula cerita itu.

“Saya boleh minat membaca pun sebenarnya sebab Isaac. Dia selalu paksa saya untuk baca romance novel yang dia minat. Entah apa-apa." Setelah sekian lama, nama Isaac terbit juga dari mulutnya. Nama yang dia cuba untuk tanam jauh dalam kotak memori sejak insiden itu. 

Rasa bersalah yang memagut tidak akan pernah hilang. Sekalipun apa yang berlaku bukan salahnya. Tak bermakna dia tidak menyumbang kepada apa yang terjadi terhadap rakannya. 

"Natural death or..." Mulut yang laju itu ditampar Yara. Apa punya soalan la. Tak sensitif betul. 

"It's what you think it is..." Balas Attar lemah. 

"I see. Hopefully, he's in a better place now. Tapi kan, kalau company tu awak punya, kenapa Encik Tunang saya macam banyak sangat masa lapang sedangkan saya dekat sini tengah kejar due date untuk manuskrip?" Cepat-cepat Yara mengubah topik. Dia tidak mahu membiarkan Attar hanyut dengan kesedihan. 

Tergelak kecil lelaki itu dengan bebelan si gadis. Sedikit sebanyak Attar juga takut untuk bercerita lebih kerana dia juga ada trauma yang susah untuk dilupakan sepenuhnya. Perasaan sebak yang hadir tidak diundang itu ditepisnya segera. Dia tidak mahu merosakkan mood Yara yang tidak tahu-menahu soal itu. 

"Saya bagi sepupu saya uruskan buat sementara waktu. Puas jugak saya pujuk Kafeel tapi disebabkan saya bayar dia mahal, cepat je dia terima. Attar tak boleh nak cerita lebih dekat awak but I do have my reasons. Saya cuma perlukan masa untuk ambil alih semula posisi tu. Mental saya belum kuat. Lagipun, best apa duduk rumah goyang kaki." Rambutnya disemakkan. 

"Oh, saya pun. Saya lebih selesa duduk dekat rumah, baca novel atau tulis manuskrip. Kalau keluar pun, grocery shopping. Kalau nak beli baju, buku or barangan lain, shopee ada." Yara faham. Mungkin lelaki itu ada rahsia yang sukar untuk dikongsi. Dia tidak kisah cuma sedikit risau. 

"Kalau saya, baca novel atau coding. Tapi most of the time, obviously coding. Grocery shopping, ummi dengan walid selalunya. Saya kadang-kadang je. Since saya kerja dari rumah, lepas kita berkahwin,dapat la saya luang banyak masa dengan isteri saya." 

Terkunci bibir Yara dengan kenyataan Attar. Darah menyerbu ke muka. Kenapa senang sangat untuk dia berasa segan? Mudah betul untuk dia kaku seperti robot apabila berdepan dengan lelaki. Eye contact pun sebolehnya dia cuba elak. Kadang-kadang perasaan malu itu tak boleh dibawa bincang. 

"Oh, by the way. Makanan kegemaran awak apa?" Rembat saja la Yara. Asalkan topik perbualan dapat diubah. 

"Saya suka Tom Yum dengan Asam Pedas. Dua-dua tu memang kesukaan saya. Tapi saya makan je semua. Kalau awak?" 

"Saya suka makanan korea dan jepun macam ramen, sushi, bibimbap. Awak mesti tak suka kan? Tapi tak apa, saya pandai masak Tom Yum dan Asam Pedas. Saya boleh masakkan" 

"I see, saya pun pandai masak. Ummi dah ajar saya daripada kecil lagi. Nanti kita masak sama-sama ye?" 

Bibirnya terkunci lagi. Irama hatinya mula hilang rentak. Attar membuatkan dia rasa ingin terus melihat ke depan bersama lelaki itu di sisinya. Tak lain tak bukan sebagai seorang suami. 

"Insya Allah. Boleh je."

"Nampaknya saya perlu belajar memasak makanan Jepun dan Korea la ni."

"Untuk apa?" 

"Untuk gembirakan hati bakal isteri saya. Kalau awak teringin nak makan, saya boleh buatkan lepas ni. Bagi ada bahan je." 

Ayat yang ditutur oleh Attar mengundang senyum di wajahnya. Tahu saja lelaki itu untuk membeli hatinya. Cukuplah buat dia malu sendiri. 

"Ummi dengan walid awak ada ke?" 

"Ummi ada je ni. Walid pergi Wisma Pertahanan. Jumpa kawan-kawan dia agaknya." 

"Walid awak tentera ke?" 

"Yep. Pesara Tentera Darat Malaysia, berpangkat kolonel. Walid pun dah 57. Kalau ummi, bekas cikgu sekolah menengah." 

Yara mengangguk faham. Nampaknya ummi dan walid Attar merupakan sepasang pasangan suami isteri yang hebat. Dia kagum. Wajah lelaki tua itu nampak sahaja garang tetapi Tuan Abbas sebenarnya lembut orangnya. Jenis yang tegas ketika berkerja. Kalau dengan keluarga, terserlah kelembutannya. 

"small butterfly, tunang saya yang cantik dan kuat, Attar minta diri dulu ya sebab dah janji nak jumpa dengan Emir kejap lepas." 

"Emir?"

"Kawan baik saya. Insya Allah, nanti saya kenalkan dengan awak." 

"I see. Drive safe."  Tersenyum jejaka itu.

"Insya Allah, my dear. Assalamualaikum." 

"Waalaikumussalam warahmatullah." 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now