Bab 15

8.6K 538 34
                                    

Wajah yang kini berada di hadapannya, Yara pandang tak berkelip. Rahangnya jatuh. Macam mana Attar boleh berada di hadapan rumahnya? Siapa yang memberi alamatnya kepada lelaki ini? Hampir sahaja jantung Yara gugur ke lantai apabila dia menerima pesanan Whatsapp daripada Attar 5 minit yang lalu. 

"Surprise! Close your mouth, dear. Kalau iya pun terkejut, sorok la sikit. Tangan sudah digerakkan seperti ingin memaut dagu runcing wanita itu. Dengan pantas Yara melarikan kepalanya ke belakang. 

"Saya masih tak percaya yang awak ada dekat depan saya. Tak sekarang ni, macam mana awak boleh drive sampai ke Kedah ni?" 

"Dear, saya datang sebab nak bawa awak keluar. Barang hantaran kan kita belum beli? Untuk pengetahuan awak, saya dah minta izin mama. Walid dengan Ummi pun tahu. Aman Central, jom?" 

Yara menepuk dahi. Wajah Attar ditenung tajam dengan mata bundarnya. Jujur, dia tidak puas hati dengan kejutan yang seperti ini. Kalau dia tak ada dekat rumah macam mana? Keluhan dihela. 

"Kalau iya pun, kenapa tak call saya? Awak ingat saya bersiap sekejap ke?" 

"Ganti pakaian dah la, sayang. Awak pakai tudung sarung dengan muka tak bersolek macam ni pun dah cukup cantik." Puji Attar. Untuk apa dia berkata bohong. Yara sentiasa cantik di matanya. 

"Banyak la awak punya cantik. Bagi saya 15 minit untuk bersiap. Nak ajak masuk tak boleh. Awak tunggu la dekat dalam kereta tu. Pandai sangat kan buat kejutan kurang pintar macam ni." 

Tak mungkin dia mengajak Attar masuk ke dalam rumah. Sudahlah dia tinggal seorang. Nanti tak pasal-pasal mereka dikahwinkan secara mengejut. Mana Yara nak letak aib mukanya. 

"15 minit je? Saya baru nak set 2 jam. Sambil tunggu awak, boleh saya layan satu movie dekat laptop. Bukan niat memerli tetapi bukan ke perempuan kalau bersiap tersangatlah lama.

"Awak ingat saya artis ke? Nak bersiap sampai 2 jam. Agak-agak la."

"Eh, awak memang artis. Artis di hati saya." Galak Attar mengusik. Terputar mata wanita itu.

"Saya masuk dalam dulu." Geli pula hati Yara dengan pick up line tak menjadi daripada si pemuda.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ 

Minyak wangi yang disembur pada belakang  tangan dihidu. Manis! Minyak wangi Arab memang tidak pernah mengecewakan. Baunya sedap dan tahan lama lagi. 

"I know this smell. Perfume ni kan yang Yara guna? Ameerat Al Arab." Yara mengangguk lalu tersenyum. Peka benar jejaka itu dengan haruman yang digunanya. 

"Nak ambil berapa? 5 cukup tak? Ke nak tambah 7." 5 kotak minyak wangi sudah berada di dalam dakapan Attar. Tangan berkira-kira untuk menambah lagi. Bulat mata Yara melihat.

"Awak ni dah kenapa? 3 cukup la. Pilih bau yang lain jugak." Nak je Yara pukul bahu Attar dengan beg dompet yang digalasnya. Makin lama makin pening dia nak melayan.

"Sikit sangat la 3. Kalau 7 boleh buat stok untuk setahun. This one pun wangi juga. Datang dengan pakej nama awak lagi. Yara Lattafa. Nak tak?" 

"Awak, perfume tak sama dengan makanan tau, nak dibuat stok bagai. Please? 3 pun dah lebih daripada cukup. Banyak lagi barang nak kena beli. Awak buat lambat macam ni bagi saya je la yang bayar. " 

Bibir bawah diketap. Wajah Attar ditatap seakan-akan merayu agar lelaki itu berhenti mengusiknya. Pekerja di situ sudah memandang mereka pelik. Kalau dia tahu akan jadi macam ni, sudah lama dia pakai pelitup muka. ‘Memalukan betul!’

"Small butterfly saya ni kan, marah pun comel! Maaf, Saya saja je nak usik awak." Mengaku Attar tanpa rasa bersalah. 

"Awak ni... nak mengusik pun tengok la tempat." 

Dengan bersahaja, Attar mengatur langkah ke arah kaunter pembayaran. Rajuk wanita itu tidak dihiraunya. Kad kredit hitam dikeluarkan. Tergeleng kepala Yara dengan perangai Attar. Langkah dibawa keluar daripada kedai bersama senyum yang ditahan. 

"Dear, marah saya ke?" 

"Mana ada saya marah. Geram sikit je sebab orang tu kuat mengusik." 

Tawa Attar meledak. Hal sekecil itu pun mampu membuatkan hati dia berbunga. Kalau diikutkan, dia ingin terus menyakat si gadis tetapi. Suka dia dapat melihat muka tak senang duduk Yara. Tapi kalau terlalu jauh, cari pasal namanya. 

"Saya belanja awak sushi nak tak? Dekat tingkat atas ada Sushi King kan?" 

"Nakkk!" Wajah Yara terus bertukar ceria. Itulah perempuan. Kalau sebut pasal makanan, terus hilang rajuknya. 

"Amboi, sushi boleh pula buat awak senyum. Apalah nasib badan, dengan sushi pun saya kalah." Mengeluh Attar penuh lakonan. Tangan dibawa silang ke dada.

"Awak jangan nak mula. Merajuk, saya tinggal awak dekat sini." Ugut Yara bersama jelingan separa maut. Dah tua bangka pun masih dengan perangai kebudak-budakan.

"Cik Yara Ameena, yang bawa kereta tu saya, sayang. Macam mana awak nak tinggal saya dekat sini?" Senyuman sinis dipamernya. Mahu mengusik si gadis. 

"Kalau macam tu saya boleh tempah grab untuk balik. Tak susah pun. Zaman dah moden. Apa yang nak dirisaukan. Ye tak?" 

Attar terdiam. Kalau boleh cubit, dah lama pipi Yara dicubitnya. Memang dia yang mula mengusik tetapi kesudahannya, dia pula yang nak makan hati dengan sikap gadis itu. Sabar je lah hati.  

"Small butterfly?" 

"Hmm?" 

Kepala dilentok sedikit dekat dengan telinga Yara supaya bisikannya jelas didengar wanita itu. 

"Once we are married, let's see kalau tunang saya yang kecil molek ni still dengan attitude dia. Nak jadi isteri yang baik kena dengar cakap suami tau." Ucap Attar bersama maksud yang tersirat. Senyum dipasang. 

"Sekalipun saya belum sepenuhnya bersedia?" Yara menyoal dengan riak tenang. Hatinya sedikit diserbu resah memikirkan hal itu. Bukan dia tidak tahu setelah berkahwin, syurganya terletak pada Attar. Redha suami itu penting tetapi apakah dirinya akan dipaksa? 

"Eh, apa cakap macam tu. Bukan itu yang Attar maksudkan, dear. I would never force you to do something out of your own will. " 

"Promise?"

"Promise." 

Yara dah bersetuju untuk menjadi isteri dia pun dah cukup baik. Cuma Allah yang tahu betapa bersyukurnya Attar saat itu. Seharian jantungnya rancak berdansa. 

Yara tersenyum nipis. Langkah dilajukan beberapa tapak ke hadapan. Attar ditinggalkan di belakang. Risau seandainya ada ruang untuk lelaki itu mengusiknya lagi. 

"Dear, laju-laju nak pergi mana?" Cepat sahaja langkah gadis kecil itu dikejar. 

"Pergilah je la mana-mana pun. Asalkan awak tak usik saya." 

Tawa Attar lepas. Oh, berani Yara nak melarikan diri daripada dia. Sampai ke hujung dunia dia akan cari wanita itu. Senyuman jahat mula terbentuk di wajah kacak si jejaka. 

"Iyalah iyalah. Attar minta maaf ye. Apa kata kalau saya hadiahkan Sushi King untuk awak?" 

Yara geleng kepala. Sudah datang perangai pramatang tunangnya yang seorang itu. Entah apa yang merasuk. Sushi King pula yang nak dihadiahkan, bukan sushi! Nak suruh dia buat apa? Business bukan kepakarannya.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now