Bab 46

6.9K 439 12
                                    

“Abang…” Tubuh Attar dirangkul Yara pantas. Gugur semula air mata yang cuba ditahan sedari tadi. Suka betul buat hatinya risau. 

Attar menepuk lembut bahu wanita itu. Hati tertanya-tanya bagaimana Yara boleh tahu akan keberadaannya ketika itu. Nafas dihela lemah. Nampak gaya, dia akan dibebel lagi oleh isteri kesayangan. 

“Abang ok je ni sayang. Tak mau nangis macam ni. Malu orang tengok.”  Dia cuma pengsan, bukannya kemalangan. 

Yara mengangkat kepala daripada bahu Attar dengan wajah yang jelas basah dengan titisan-titisan jernih. Tubuh suaminya yang sedang duduk di atas katil hospital itu dipusing ke kiri dan ke kanan sehingga hati berasa puas. Mencari kalau-kalau ada luka yang matanya terlepas pandang. Yakin tidak ada apa-apa, terbit keluhan halus daripada bibir itu. 

Attar cuma pasrah dengan perlakuan si isteri. Kalau dia yang ada dekat tempat Yara, dia juga akan buat perkara yang sama. 

“Kenapa boleh jadi macam ni?” Yara melabuhkan punggung di sisi jejaka itu. Tangan mengelus pipi kanan suaminya. Iris mata Attar direnung tepat. Mahukan penjelasan daripada si suami. 

“Abang penat sikit tadi. Itu yang berhenti tepi sebab nak rehat. Kalau nak sambung drive  jugak bahaya. Tahu-tahu terus lup. Nasib masa tu tingkap terbuka sikit dan pintu kereta pun abang tak kunci. Alhamdulillah. Allah masih beri peluang pada abang untuk bernafas.”Attar berdalih. Tangan Yara yang menggosok lembut wajahnya dibawa ke bibir. Gerigi tangan wanita itu dikucup Attar berkali-kali. Ingin menenangkan gelodak hati wanita kesayangannya yang terang dilanda keresahan. 

Terpejam mata Yara mendengar. Nafas yang mulanya kusut cuba distabilkan kembali. Boleh terkena serangan jantung dia kalau hari-hari macam ni. Wajah Attar yang tampak putih pudar dijeling tajam. 

“Yara tak rasa itu sebabnya. Pagi tadi baik je abang.” 

“Benda nak jadi, sayang. Apa abang boleh buat?” 

“Membantu betul jawapan abang. Kalau dalam periksa mesti A plus kan? Benda nak jadi.” Yara tergelak halus biarpun sinisnya tak dapat ditepis. 

“Suka sangat buat Yara macam ni.” Beberapa titis air mata yang berjaya lepas daripada takungan mata diseka pantas. Kecewa hatinya apabila si suami masih belum terbuka hati untuk jujur.

Attar kaku tak terkata. Jantung terasa bagai ditoreh tatkala air mata isterinya mengalir lagi. Diraih tangan kecil itu ke dalam genggaman. Belakang tangan Yara dielus dengan ibu jari. Perlu ke dia membuka semula lembaran luka yang telah susah payah dilipat demi memuaskan hati si isteri? 

“Yara…” Attar menyeru lembut. Dagu isterinya dilangut sehingga anak mata mereka bersatu. Wajah yang basah itu diseka Attar dengan ibu jari. 

“Abang minta-”

“Cukup. Yara bukan nak dengar kata maaf daripada abang. Maaf abang tak mengubah apa-apa. It’s fine. Tak apa Yara faham. Bukannya sehari dua. Dah terbiasa. Jadi abang teruskan jelah, siksa hati Yara sampai hati abang tu puas. Yara balik dulu.”

Belum sempat wanita itu berlalu pergi, Attar menarik pantas lengan isterinya sehingga belakang tubuh Yara menghempap bahagian depan tubuhnya. Lekas tangan membelit tubuh itu. Menghentikan wanita itu daripada melangkah pergi. Bahu Yara digunakan sebagai alas dagu.

Semakin deras air mata Yara tumpah. Mata dipejam rapat. Sakitnya, Ya Allah. Ambillah hati ni. Dia lebih rela jadi mayat hidup. Serendah itu ke kepercayaan Attar pada dirinya? Langsung tak nak berkongsi kesedihan dengannya. 

“Dah lewat sangat ni. Teman abang dekat sini boleh? Abang tau abang lemah. Abang tak kuat. Tak layak untuk Yara but can we not fight again? Not tonight. Abang perlukan Yara dalam hidup abang. 

Attar menarik semula isterinya ke katil. Dibaringkan tubuh Yara di sisinya. Katil itu tidak terlalu luas tetapi boleh tahan muat untuk mereka baring bersama. Lensa mata si isteri ditatap Attar dengan hati yang mampat dengan perasaan bersalah. 

Tidak suka dipandang sebegitu, Yara membelakangkan tubuh daripada menghadap lelaki itu. Keluhan suaminya dibuat tak peduli. Sudah banyak kali dia mengalah dengan Attar. Nak mengalah seperti mana lagi?

“Sayang…”

“Tidur la. Dah tau tak larat.” 

“Nak peluk.” Attar mengeluh keras bila permintaannya dibiar sepi. Ragu-ragu tubuh Yara ditarik ke dalam dakapan. Dengusan wanita itu tak dihiraunya. Didaratkan pula dagu ke atas kepala si isteri. 

“Sampai bila kita nak macam ni abang?” Lirih suaranya menyoal. 

“Dear yang sepatutnya deserve better. Bukan abang tapi abang tak rela nak lepaskan awak. Bagi abang masa sikit lagi je sayang. Abang mohon.”

Then make yourself better. Ingat elok ke macam tu? Kita hadap semua ni sama-sama. Kalau abang tak sembuh, Yara tak sembuh… Yara takut trauma tu akan turun kepada anak-anak kita nanti. Abang nak ke? Ke abang tak nak ada zuriat dengan Yara?” 

Attar terkelu. Hal itu belum pernah terlintas di benak fikirannya. Yara betul. Kalau dia tak kentalkan hati sekental-kentalnya, anak mereka mungkin akan menjadi mangsa keadaan kepada kesihatan mentalnya. Allahuakbar! Berat ujian terasa.

“Abang, Yara tanya.” 

“Tak, sayang. Abang tak sanggup dan andaikata Allah hadirkan malaikat kecil dalam rahim awak, abanglah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Abang nak sangat-sangat sayang. Nak bina sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang dengan awak dan anak-anak kita.”

Then make yourself better. Kalau betul abang sayangkan Yara.” Tekannya lagi. 

Air mata Attar turut sama meluruh. Sekiranya itu yang Yara inginkan, dia akan buka semula lipatan tragedi pahit itu. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now