Bab 51

7.2K 435 10
                                    

Kepala yang tak gatal digaru Kafeel. Haish, terpaksa juga dia pecah rahsia tentang hal itu. Kalau tidak, semakin serong pandangan Attar dan Emir padanya. Ini semua Yara punya pasal. Berbisa betul sepupu iparnya walaupun halus.

"Ceritanya begini. Dua hari lepas, aduh..."
Tak lepas dia fikir nak bercerita ke tidak. Kalau tadi bukan main lagi dia girang hati tak ingat dunia, sekarang kelu pula lidahnya.

"Ceritanya apa Kafeel Fady Dato' Fuzail Kahar?" Emir menggerak sebelah keningnya ke atas manakala Attar cuma merenung hiris raut sepupunya. Masing-masing masih menanti Kafeel meneruskan bicaranya.

Kafeel merintih berat. Hentam sajalah labu. Takkan nak duduk dalam semak sampai ke esok pagi.

"Sebenarnya, Yara ada call aku dua hari lepas. Dia mintak aku carikan orang yang dia boleh upah untuk ikut Melissa dan dia jugak yang upah orang untuk cari maklumat pasal mak bapak perempuan tu. Bila maklumat semua dah ada dekat tangan dia, dia hantar pulak dekat aku. Sebab tu kerja jadi mudah." Udara disedut ke pangkal sebelum dia menyambung.

"Senang cerita, Yara nak masukkan Melissa ke rumah sakit jiwa. Update terbaru, ibu bapa Melissa sendiri dah bersetuju sebab aku ugut dia orang untuk sebarkan video yang aku baru rakam tadi dekat sosial media kalau dia orang tak nak sumbat si Melissa tu masuk wad bahagia. Takut reputasi rosak, mana tak setujunya. Anak Tan Sri weih perempuan tu. Bukan calang-calang. Malam ni langsung tak dirancang sebenarnya tapi mungkin Allah nak tolong kau, Attar."

Kafeel mengimbuh. Hati diulit lega kerana tidak ada lagi yang akan menggangu rumah tangga sepupunya selepas ini. Harapnya begitulah.

Attar dan Emir terkedu larut. Keduanya masih dalam percubaan memproses info yang baru sahaja diterima dengan minda yang terang berselirat. Tak mungkinlah Kafeel nak mereka cerita karut pula pasal Yara. Isteri sepupunya sendiri.

"Betul-betul la Feel. Takkan bini aku buat macam tu?" Kencang debaran di dada Attar rasakan ketika itu. Kepala mula berdenyut hebat. Sukar yang terlampau untuk dia percaya yang isterinya sanggup pergi sejauh itu deminya.

"Ya Allah, aku nak tipu buat apa? Si Yara tu punyalah sayang dekat kau. Kau yang takut sangat nak percayakan dia. Isteri kau kuat Attar. Aku yang tengok ni pun tahu dia kuat. Tak payah ambil tahu lagi hal Melissa lepas ni. Aku akan pastikan dia meringkuk dekat dalam wad bahagia tu walaupun dia tak bahagia."

Emir menepuk kasar belakang Attar yang seakan terpisah daripada jasad. Empangan matanya nampak sedikit berair. Barangkali menahan tangis lapang setelah dibebaskan daripada cengkaman tak siuman Melissa. Emir sendiri tidak tahu nak menunjukkan reaksi seperti mana. Hati sedikit merusuh apabila teringatkan wanita itu. Apa agaknya yang akan jadi kepada Melissa selepas ini?

"Allahuakbar!" Hanya zikir yang terbit daripada mulutnya detik itu.
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
[Kafeel] Suami kau tengah otw balik.

Terima sahaja mesej daripada Kafeel, ruang tamu terus dituju Yara. Jarum jam yang semakin dekat dengan angka 3 ditenung dengan irama jantung yang kelut-melut. Nafas ditarik hingga ke pangkal. Beberapa minit selepas itu, kedengaran enjin kereta suaminya masuk ke garaj. Mata dikunci seketika. Menimbun cekal sebelum mata mereka bertentang.

"Abang." Sapa Yara sebaik sahaja pintu rumah dikuak Attar. Tubuhnya berdiri tegak di sebelah sofa. Pandangan damai dilontarkan kepada si suami yang kelihatan tidak berdaya di muka pintu.

"Sayang." Kaki Attar kejur sesaat sebelum dia menghempas lemah pintu. Langkah diheret berat ke arah isterinya yang sedia mendepa tangan untuk menyambutnya.

Tak menunggu lama, Attar rosotkan kepala ke bahu Yara setelah mata mereka bersua beberapa detik. Tubuh kerdil si isteri dipeluknya kemas. Nafas semakin tak tersusun dek ngilu yang ditampan di dada.

"Abang." Belakang tubuh Attar diusapnya lembut.

"Jangan tahan." Yara membisik perlahan ke telinga suaminya. Berharap jejaka itu faham makna disebalik dua patah perkataan yang diucap.

Attar menggangguk kecil. Akur dengan permintaan si isteri, Takungan air matanya dibiar pecah. Di bahu itu, Attar menangis sehingga tersedu-sedan. Tidak lagi peduli. Adanya wanita itu, dia aman untuk melepaskan segala duka. Yara tidak mungkin menghukum perasaanya.

"Dada abang sakit, sayang. Sakit sangat." Sendat yang dirasainya bukan jenaka.

"Yara tau. Tak apa. Just let it out. Yara ada dengan abang." Air matanya ikut sama gugur.

"Malam ni kita sedih sama-sama. Sebab esok, Yara berani jamin abang akan senyum lagi." Kata-katanya tersirat makna.

Attar tergelak kecil. Kepala diangkat daripada bahu isterinya. Agak lama mereka berkedudukan sebegitu. Pasti lenguh bahu Yara memikul kepala dan sebahagian beban jasadnya.

"Thank you, sayang."

"Most welcome, dear husband."

Hidung lancip isterinya dicuit mesra. Iris mata mereka dibawa taut seraya Attar membelai manja pipi wanita itu. Pandangannya melincir pula ke bibir Yara. Lama matanya terhenti di situ.

Wirang Yara apabila bibirnya ditilik seperti itu. Mata Attar lekas dilitup dengan dua telapak tangan.

"Janganlah tenung Yara macam tu. Abang buat Yara segan." Segenap kulit wajahnya telah dibalut hangat.

Attar ketawa kecil. Tangan si isteri yang baru melepaskan matanya diraih lalu dibawa ke bibir. Buku jari tangan Yara dikucup berkali-kali penuh kasih. Matanya dikatup beberapa detik.

"Tidur jom. Badan abang sengal habis dah ni." Rengek jejaka itu. Kali ini, dahi Yara pula diciumnya lama.

"Jom." Tangan Attar ditarik laju ke tingkat atas bilik mereka. Matanya juga dah berkali-kali hampir tewas sewaktu menanti kepulangan si suami. Ada beberapa jam lagi sebelum azan subuh. Eloklah kalau mereka nak lelapkan mata sekejap.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now