Bab 39

6.4K 379 0
                                    

“Kenapa abang pandang Yara macam tu?” Bertaut keningnya apabila diperhati si suami tak lepas. Nak mengemas pun tak senang. 

“Saja. Nak pandang isteri sendiri. Tak boleh ke?” dagunya direhatkan di atas jari yang dibawa cantum dengan siku ditekan ke meja. Leka dia menatap wanita itu. 

“Abang ada nak kongsi apa-apa dengan Yara ke?” Tangan yang lincah mengelap pinggan dihentikan seketika. Perhatiannya beralih  kepada Attar. Tuala kecil di genggaman dilempar ke atas kaunter dapur. 

“Tak. Tak ada apa-apa. Oklah, abang keluar dulu. Nak jumpa Emir kejap.” Tubuh ramping Yara dibawa ke dalam pelukan. Sisi kepala isterinya dikucup beberapa detik. Melepaskan rindu yang bakal dia rasa sebentar nanti. 

“Drive safe, abang.” Tangan besar jejaka itu disalam Yara. Kaki dijinjat sedikit lantas diciumnya kedua belah pipi si suami. Attar menggumam senyum agar tidak rekah dengan tindakan isterinya. Kecomelan isterinya tak pernah pudar.  

‘Ingatkan dah tak sayang.’

Hidung comel wanita kesayangannya dicuit manja sebelum gerak kaki diatur pergi. Yara menghela nafas panjang. Sisi kepalanya dipicit dengan dua jari dalam urutan membulat. Terasa hubungan antara dia dan suami semakin janggal. Suka atau tidak, mereka perlu berbicara dari hati ke hati melihat kepada situasi sekarang. 

“Kau ni dah kenapa Attar? Kau ajak aku keluar tapi hati macam tak tenteram ja aku tengok.”  Naik pelik Emir dengan perangai sahabatnya. Penyedut minuman di dalam gelas panjang berisi air teh o ais limau itu dikacau sambil dia menatap Attar. 

“Aku nak tanya kau boleh?”

“Tanya jelah.” Buang tabiat ke apa? tiba-tiba nak kena minta izin bagai. 

“Aku ada nampak gambar kau dengan seorang perempuan yang kau repost dekat ig story. Aku macam pernah nampak je perempuan tu dekat uni aku masa dekat UK. Nama dia apa eh?” Attar berdalih. Dia tidak akan menceritakan hal sebenar kepada Emir melainkan dia pasti yang Emir tidak ada apa-apa perasaan pada Melissa. 

“Lahhh, itu je ke? Bukan main suspen lagi. Ingatkan nak tanya apa. Melissa, kenapa dengan dia?”

Tersangkut nafasnya tatkala Emir sendiri yang mengaku. Jadi betullah matanya tidak bermain magik. Perempuan itu memang benar Melissa. Perempuan yang telah mengucar-ngacirkan hidupnya. Kerana Melissa, dia dituduh sebagai pembunuh. Dipukul beberapa kali dan hampir saja meringkuk di dalam penjara sekiranya tidak kerana rakaman CCTV yang dipasang berdekatan dengan kawasan bumbung. Alat itu yang berjaya membuktikan dia langsung tidak bersalah atas kematian Isaac. Namun, sekalipun kebenaran terungkap, tak semua yang percaya dengannya.

“Macam mana kau boleh kenal Melissa?”  Nak jugak dia tahu. Hal itu penting baginya kerana dia tak mahu Emir ikut tertipu dengan lakonan perempuan celaka itu. 

“Rasa macam membuka aib pulak kalau aku cerita. Yang pasti, masa aku jumpa Mel, keadaan dia waktu tu agak mengaibkan. Pukul 2 pagi aku nampak dia berjalan tepi batas dengan kaki tak berkasut. Sebab tak sedap hati nak biar dia macam tu, aku berhenti tepi ajak dia tumpang. Perempuan kot, aku tak gila lagi. Kau faham-faham jelah bahayanya. Puas jugak pujuk nak hantar dia balik tapi dia tolak. Katanya tak kisah pergi mana-mana pun tapi  bukan balik rumah. Last-last, aku hantar je dia ke hotel. Tempah satu bilik bagi dia duduk. Aku tinggal nombor telefon aku dekat dia dengan satu nota, duit sikit, lepas tu aku belah.

Attar mengangguk. Dah gila agaknya perempuan tu. Selama mereka kenal, tak pernah lagi terlintas di kepalanya tentang ketidakwarasan Melissa sehingga hal yang tak diingini itu berlaku. Itu kali pertama dia sedar yang Melissa adalah perempuan paling tak betul dia pernah jumpa. Seram sejuk bila difikirkan balik. 

“Masa tu, aku risau jugak nak tinggal dia dalam keadaan macam tu tapi aku bukannya mahram dia. Lagipun, aku dah tolong apa yang termampu. Tenang sikit hati. Truthfully speaking, Aku ingat dia dah buang nombor aku. Alih-alih beberapa bulan lepas tu, dia call aku, explain here and there and yeah, we become friends la lebih kurang. Aku tak ada hak nak cerita pasal dia lebih-lebih tapi kalau kau nak tau, macam itulah ceritanya.” Terang Emir panjang lebar.

Maksudnya, Melissa tak tahu lelaki yang dia pernah aniaya adalah kawan kepada Emir. Kecil betul dunia ni kan, Fikir Attar, mereka tak akan pernah bertentang mata lagi tetapi dia lupa, Allah maha mengetahui setiap segala sesuatu. Satu senyuman sinis terukir pada wajahnya tanpa sedar. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now