Bab 25

8K 481 3
                                    

"This one design dengan warna dia cantik sayang. Cuba pakai." Abaya berwarna olive green yang dipilih Attar didekatkan pada tubuh si isteri. 

"Ummi setuju." Selit Puan Madeena yang baru sahaja melangkah keluar daripada bilik persalinan itu. Entah berapa banyak abaya yang sudah dicubanya. 

Separuh rela, Yara ambil juga abaya yang disua itu daripada tangan Attar. Bukan dia tidak berminat, tetapi masih banyak baju-bajunya yang belum dipakai. Bukankah membazir nanti?

"Dah siap ke sayang? Abang dengan ummi nak tengok ni." 

"Kejap." Tudung yang sudah herot berot dibetulkan. Refleksi diri daripada pantulan cermin dipandang Yara sekali lagi. Pilihan Attar memang tepat. Abaya itu terletak cantik pada badannya. 

Dengan hati yang segan, dia menapak keluar. Puan Madeena tersenyum lebar melihat menantu perempuannya yang satu itu. Manis sangat! Peha si anak yang masih leka dengan telefon pintar dicuit. Attar mendongak laju sebelum mata mereka bersabung. 

"Ya Allah, ummi. Attar rasa jantung Attar dah tak berfungsi. Isteri siapa yang cantik sangat ni?" Tangan mencengkam dada. Yara tertunduk malu dengan pujian yang mendadak itu. Merah padam mukanya.

"Tengok la  menantu siapa?" Tokok Puan Madeena. Juga tidak mahu kalah. 

"Come closer, precious." 

Langkah diatur ke arah suaminya yang berehat di atas sofa. Puan Madeena cuma memerhati gelagat dua orang anak itu sebelum berlalu pergi untuk mencuba beberapa lagi abaya yang belum dipakai. Tangan Attar yang sedia terhulur disambut Yara. Semakin melebar sengihan si suami. Tubuh kecil itu diputarnya beberapa kali. 

"Cantiknya dia. Lepas ni sayang pakai macam ni je lah. Boleh ke? Abang tak paksa. Yara pakai macam mana pun tetap cantik pada mata abang." Belakang tangan si isteri dikucup. 

"Abang suka ke Yara pakai macam ni?" Soal wanita itu malu-malu. 

"Suka sangat. Apa yang dear pakai sekarang ni pun dah okay, baju dah longgar, tudung bawah dada, stokin pun dear pakai. Cuma, kalau dear pakai handsock dengan abaya macam ni, lagi abang suka." 

"Kalau abang suka, Yara ikut je." Hatinya sudah berbunga-bunga. Lembut sahaja teguran Attar. Tidak sedikit pun Yara rasa nak marah ataupun melawan kata-kata suaminya. 

Punggung dilabuhkan di ruang kosong sebelah Attar. Kepala dilentokkan pada bahu si suami. Yara memang kurang gemar dengan aktiviti yang memerlukan dia untuk bergerak. Cepat sahaja letih itu hadir. 

"Eh, tak boleh macam tu. Abang minta maaf kalau dear rasa macam abang ni mengongkong. Abang cuma nak isteri abang tutup aurat dengan sempurna. Aurat sayang untuk tatapan abang seorang je. Orang lain tak boleh, abang cemburu." 

Yara tergelak kecil. Muka suaminya ditatap bersama senyum yang ditahan. Dalam hati dia bersyukur kerana Attar seorang yang lembut bicara. Orang putih cakap, soft-spoken. Tipikal lelaki yang diingini ramai termasuk dirinya. Sangat pandai membeli jiwa. 

"Apa senyum-senyum? Kita dekat luar ni sayang." Hidung isterinya dicuit manja. 

"Memang la kita dekat luar. Yara senyum je pun." Bertaut kening Yara dengan pernyataan si suami. 

"Masalahnya, sayang. Senyuman awak buat jantung abang lemah." Bisiknya ke telinga Yara. Terbuntang mata si isteri. Tahu-tahu, isi perut Attar yang keras itu dipulas oleh wanita itu. 

"Ouch, sakit sayang." 

"Tau sakit. Dah la, malas Yara nak layan. Baik Yara habiskan duit abang." Kaki diheret menjauh. Pantas  tangannya disambar semula oleh Attar.

"Setakat nak borong semua abaya dekat butik ni, tak luak pun duit abang sayang." 

Satu kenyitan dihadiahkan untuk si isteri. Terjuling mata Yara. ‘Tau la banyak duit.’

⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

⠀ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀

"Ummi, balik dulu ye. Jaga diri baik-baik. Ingat pesan ummi." Kiri dan kanan pipinya dicium Puan Madeena. Lama tubuh Yara dipeluk oleh wanita itu sambil belakangnya diusap lembut.

"Baik, ummi. Yara ingat..."

"Ummi pesan apa dekat Yara?" 

"Ada la. Hal perempuan. Esok jangan lupa datang  awal sikit. Majlis tu untuk rai awak berdua. Emir dengan Kaf pun dah janji nak datang." Tangan Puan Madeena dicium si anak. Satu ciuman lagi Attar daratkan ke dahi umminya. 

"Assalamualaikum." 

"Waalaikumussalam." Jawab mereka serentak. 

"So, ummi pesan apa dekat sayang?" Wajah Attar dikerlingnya sekilas. Mentang-mentanglah ummi dah hilang daripada pandangan. Cepat sahaja dirinya disoal siasat. Ingatkan dia dapat lepaskan diri.

"Ummi pesan itu ini je."

"Itu ini tu apa, sayang... Cakap la betul-betul." Posisinya dialih menghadap si isteri. Menghalang pergerakan wanita itu sehingga terhenti langkah. Yara diperangkapnya dengan muka yang dibuat kesian.  

Terlepas juga keluhan si gadis. Nampaknya dia yang perlu mengalah tetapi apa yang perlu dia ceritakan kepada Attar? Dia sendiri tak tahu nak mula daripada mana. Ummi mungkin dah fikir yang dia tak akan buka mulut. Ah, serabut kepalanya dengan perangai si suami. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now