Bab 3

12.8K 697 52
                                    

"So, have you finally met her?"

"Absolutely, yes! She's so small, Emir. Rasanya around 150cm something. Mata dia bulat, hidung dia mancung, kening dia dah tak perlu nak dilukis ke apa. Dia susah sikit nak senyum, muka nampak garang tapi garang-garang comel macam tu. Kenapa aku rasa macam dia ada mix-blood jugak eh? Anyway, I'm far too gone to back out at this point dan aku hanya mampu berharap yang Yara adalah jawapan kepada doa-doa aku." Luah Attar meleret. 

Bait-bait perkataan yang diucap oleh Attar mengundang dekahan panjang oleh rakannya di sebalik talian. Siapa lagi kalau bukan sahabat baiknya Emir Qais merangkap pakar psikiatri Attar. 

"Oh, brother. You're literally in love." Tawa Emir sudah sedikit reda. Kepala digeleng. Sukar untuk dia percaya temannya yang satu ini sudah jatuh jauh ke dalam gaung asmara. Air mata dia hampir mengalir gara-gara gelakkan Attar.

"Tell me something I didn't know, Emir?" 

"So, did you propose to her or not? Kalau dah separah ni masuk jelah meminang dia. Kau ni dah dikira golongan wajib kahwin. Pergi jumpa ibu ayah dia. Mintak dia dengan cara yang betul if you really love her.”

"I would love too, Emir tapi aku takut kalau dia tolak aku. Kau rasa apa yang Yara akan fikir kalau aku terjah dia macam tu ajak kahwin. Lagipun, kami baru je kenal." 

Kedua mereka terdiam sebentar. Hanya bunyi ketikan pen yang dimainkan oleh Emir memecah sunyi. Keluhan panjang terlepas daripada bibir Attar. Helaian rambut dikusutnya tatkala hati disapa perasaan gelisah. Apa lagi yang perlu dia lakukan demi memiliki gadis itu?

"Dah berapa lama kau bangun di sepertiga malam cari Allah, Attar? Sebab kau serius nakkan dia.” Soal Emir yang ikut sama gelisah. 

"It's been 6 months, Emir. On and off la. Bukan hari -hari aku terjaga. Tapi setiap kali aku bertahajjud, nama dia sentiasa ada dalam sujud dan doa aku. Tanpa gagal aku minta agar Yara adalah jodoh yang Allah SWT sudah tetapkan untuk aku di Lauhul Mahfudz." 

"That's it, Attar. Kau bangun tahajjud sebab Allah dah jemput kau dan kau terima jemputan tu. Tak semua yang mampu untuk bangun tengah-tengah malam untuk bertahajjud. Jangankan tiap-tiap hari, sehari pun susah. Jadi kenapa kau bangun? Sebab Allah tahu kau nakkan sesuatu daripada Dia dan Dia buka peluang tu untuk kau and now, my brother. Put your trust in Him and go ahead." 

Dipujuknya Attar yang seakan-akan tidak yakin dengan kata hatinya biarpun jelas sekali lelaki itu ikhlas menginginkan wanita yang telah lama diminatinya dalam diam. 

"Tapi, Emir... Diri aku banyak kekurangan. Mampu ke aku nak jaga Yara  dengan sebaiknya? Kau pun tahu trauma aku tak sepenuhnya hilang. Kau tau aku macam mana masa mula-mula dulu. Setiap kali keluar mesti aku akan pakai cap dengan mask. Mimpi buruk aku pun dah berkurang. Untuk sampai ke tahap ni cuma Allah je yang tau Emir. Bila-bila masa ja trauma aku boleh datang balik selagi perempuan tu hidup." 

Ada satu rahsia yang tersimpan kemas dalam dirinya. Rahsia yang dia tidak ingin sesiapa tahu terutamanya Yara. Cukuplah Emir seorang. Dia tidak sanggup untuk dibenci apatah lagi dicerca oleh gadis itu. Memori hitam itu tidak perlu dibuka lagi dan tidak akan sesekali dibuka semulai.

"Attar, with times, you will get pass it. Sekurang-kurangnya kau ada usaha untuk sembuh. Buktinya, kau datang cari aku dan aku yakin setelah akad dilafaz, kau tak akan mempersoalkan lagi sama ada kau mampu atau tak. Aku kenal kau, Attar. Rasa tanggungjawab yang kau ada keatas isteri kau nanti akan buat kau kuat. You are that kind of person. Yara Ameena is yours, Syed Attar. Insya Allah, dengan Izin Allah, she's all yours. Jangan lepaskan dia. Pasal hal tu, dah berbuih mulut aku cakap, kau tak salah.”

"You thought so?" Emir mengangguk. Dia yakin tentang itu. 

"Very much so dan Attar, kalau niat kau ikhlas, Dia akan permudahkan dan kau kena kuat untuk jaga anak orang. Jangan main-main. Tanggungjawab kau besar. If she's strong, you have to be two times or even ten times stronger. Aku tak maksudkan fizikal tapi hati kau tu, Attar." 

“Tapi… kalau perempuan tu cari aku lagi nanti macam mana? Aku tak nak dia ganggu Yara dan aku tak nak Yara tahu pasal hal ni. Cukuplah dia dera mental aku seorang.” Dia lebih rela mati daripada ceritanya diketahui oleh wanita itu.

“Benda belum berlaku lagipun Attar… dan belum tentu akan berlaku. Kau lelaki Attar, man up.” 

Setiap perkataan yang ditutur oleh Emir tidak dapat dinafikan lagi. Hatinya berasa lebih tenang dapat berborak dengan sahabatnya. Degupan jantung tidak lagi melakukan larian marathon seperti sebelumnya. 

"Allah tak kejam, Attar. Ingat firman Allah, Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jadi, jangan pernah lupa untuk bersangka baik dengan Allah daripada kau biar diri kau dibelenggu kerisauan yang tak berpengakhiran." Tambah Emir lagi. 

"Ok, aku faham tapi aku ada satu masalah. Aku tak ada nombor telefon Yara." Belakang leher dilurut beberapa kali. Nak minta nombor telefon si gadis rasa macam tak betul. Sudahnya, dia cuma redha.

"Habis tu macam mana kau tau dia ada dekat Langkawi? Sanggup fly daripada KL ke Kedah semata-mata nak jumpa dengan penulis kegemaran kau or should I say wanita kesayangan Syed Attar?" Terjongket kening Emir dengan pernyataan sahabatnya. 

"She posted about it on her Instagram. I know I sound like a freak right now but tolong faham situasi aku, Emir. Ini kali pertama dan terakhir aku buat kerja gila macam ni. Sumpah" Tangan dilayang ke udara  gaya angkat sumpah walaupun Emir pastinya tidak nampak. 

"Aku tak cakap, kau sendiri yang cakap. Have you seen her face before?" 

"Tak, tak pernah. Macam yang kau tau, Aku jatuh hati dengan penulisan dia dulu sebelum orangnya. Bila jumpa orangnya Emir, hati ni bukan lagi milik aku. Semua post Yara dekat Instagram tak nampak muka yet strangely... I just know it has to be her when we met yesterday."

Emir mendengus. Kalau dah sampai ke tahap itu tak ada apa yang nak dinafikan lagi. Percaturan Allah itu cukup indah bukan? Tidak ada satu pun yang akan terlepas daripada penglihatan, pendengaran, dan pengetahuan-Nya. 

"Kau buat aku rasa... sunyi, Attar. For the first time ever. Payah aku nak rasa macam ni tapi bila dengar cerita kau, alahai." Tipulah kalau dia tidak ada keinginan untuk beristeri tetapi untuk menempuh fasa itu, Emir tidak yakin dengan dirinya.

"When she said her name is Yara Ameena, terus aku yakin itu dia. Kau pun tak pernah terfikir nak kahwin ke? Umur kau pun dah 29. Nak masuk 30 dah tu." 

"Eleh  kau, mentang-mentang la hati tengah berbunga. Entahlah, aku lebih selesa dengan life aku sekarang. Nak kata tak teringin tu teringin cuma aku malas nak cari. Malas nak fikir. Kalau ada, ada la." 

Kini giliran Attar pula yang ketawakan Emir. Rakannya mungkin nampak beku pada mata orang lain tetapi hatinya baik. Cuma Emir adalah tipikal lelaki yang hanya tahu fikir pasal kerja biarpun umur mereka sudah sama-sama terlajak. 

Satu benda yang Attar yakin, wanita yang berjaya tawan hati Emir pasti akan sangat beruntung. Emir pakar dalam menenangkan hati sesiapa sahaja. Almaklumlah, skop kerja dia memang macam itu. Solat dijaga baik begitu juga pertuturannya. 

"Attar, lunch hour aku dah nak habis. Nanti kita borak lain, ok? Harapnya, aku dapat makan nasi minyak kau cepat-cepat. You are dear to me, my brother. Always. Assalamualaikum." Sempat lagi dia mengusik Attar sebelum panggilan telefon dimatikan. 

Salam Emir dijawab. Itulah salah satu sisi sahabatnya yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Jejaka itu tidak pernah segan untuk mengucapkan sayang. Hatinya jujur. 

Sesetengah orang mungkin akan berfikir sebaliknya tetapi Attar gembira setiap kali Emir mengucapkan sayang kepadanya. Semisalnya dia yang lelaki pun gembira, bayangkan wanita yang berjaya mendapatkan tempat dihati Emir suatu hari nanti. Ok, cukuplah dia mempromosikan temannya. Diri dia sendiri pun belum tentu diterima oleh wanita idamannya.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now