Bab 11

8.7K 588 46
                                    

Puisi yang diunggah oleh Yara ke akaun MuseNote  itu, Attar baca berulang kali. Selalunya, puisi yang ditulis oleh wanita itu mudah sahaja untuk dia faham tetapi tidak yang ini. Mungkin tekaan yang berada di fikirannya itu benar tetapi dia agak ragu-ragu. Puisi itu seperti ditujukan untuk seseorang yang khusus. 

Tangan itu adalah tangan telah menumbuhkan aku,
Tetapi tangan itu juga telah kerap kali mematahkan aku,
Saat aku berfikir yang diri ini tidak akan dipatahkan lagi, 
Dia ada untuk membuktikan yang aku semestinya salah,
Dia ada untuk mengingatkan yang aku akan sentiasa sakit,
Selagi mana diri ini belum cukup sempurna pada mata itu,
Jangan pernah berharap untuk tidak akan ada luka baru. 

-Yara Ameena

Panas mentarinya usah kubicara lagi, 
Ada kalanya terlalu panas, ada kalanya terlalu teduh,
Limpahan airnya usah kubicara lagi,
Ada kalanya melimpah, ada kalanya aku ditinggal dahaga. 
Pasti ada yang terlebih begitu juga yang terkurang, 
atau mungkin aku yang tidak tahu untuk bersyukur,
kerana sukarnya selesa untuk hadir saat dengannya. 

-Yara Ameena

"Attar, jauh termenung. Tengah fikir pasal apa?" Tegur Puan Madeena yang menghampiri anaknya bersama segelas air apel segar. 

"Cuba ummi baca puisi ni, ummi faham tak? Attar tak nak fikir yang bukan-bukan takut mengaibkan tapi ummi rasa apa yang Attar fikir betul ke?”

"Apa yang ummi faham, ummi rasa... Yara nak sampaikan yang kasih sayang yang dicurahkan oleh seseorang itu kadang-kadang membebankan atau menyesakkan dan ada waktunya tidak cukup seperti yang diharapkan. Tak ada yang sedang-sedang. Itu apa yang ummi rasa, bukan ummi yang tulis jadi ummi cuma boleh tafsir ikut cara ummi. Yara sendiri je yang faham."

"Attar rasakan ummi, dia macam nak tujukan puisi ni dekat-" 

"Mama dia?" Pantas wanita itu memotong. Senyuman kelat terukir di wajahnya yang seakan-akan tidak dimamah usia. Reaksi apa yang perlu dia beri. Dia juga ibu dan apa haknya untuk menghukum perasaan Yara? 

"Ummi rasa macam tu jugak ke?" Bahu Attar ditepuk lembut oleh Puan Madeena. 

"Attar, tak semua anak dalam dunia ni ada tuah untuk dapatkan hubungan yang baik dengan ibu bapa. Kadang-kadang, ibu bapa juga satu bentuk ujian untuk seorang anak. Allah nak uji sejauh mana dia mampu bersabar. Sejauh mana dia mampu bertahan. Kalau syurga seorang anak itu terletak pada ibu, mestilah Allah akan uji. Syurga tempat yang hebat, tempat yang indah tak tergambar dek akal. Nak masuk ke tempat seistimewa itu, kena lulus dulu ujian yang Allah SWT aturkan. Lagi satu, Yara kan anak sulung. Perempuan pula tu. Selalunya, anak sulung perempuan ni, dia lebih banyak makan hati setahu ummi. Terlalu terbiasa memendam perasaan lah katakan." Terang si ibu panjang lebar. 

Attar hanya memasang telinga. Setiap apa yang diperkatakan oleh umminya dihadam sehabis baik. Hampir sahaja dia terlupa kerana dia adalah anak tunggal. Semestinya kasih sayang ummi dan walid akan tumpah sepenuhnya ke atas dia, tidak seperti Yara. Jauh di sudut hati, Attar bersyukur dengan anugerah Allah yang satu itu. 

"Ekspektasi akan jatuh ke atas Yara dulu sebagai anak pertama, kalau ada apa-apa, dia orang pertama yang akan dihakimi, dihukum, sebab dia dianggap sebagai tauladan untuk adik-adik tapi bayangkan kalau Yara tak dapat nak penuhi impian dan ekspektasi yang diletakkan ke atas bahu dia, sakit bukan? Kadang-kadang mereka lupa, anak pertama yang menghadirkan gelaran ibu dan bapa dalam hidup mereka. Anak itu juga yang membuatkan mereka cekap untuk menjaga anak yang lahir selepasnya. Kalau ummi dan walid anak anak lain selain Attar, mungkin ummi pun akan terlepas pandang." 

nafas disedut kasar. Jadi, punca air mata wanita itu tumpah semalam adalah kerana seorang ibu? Hatinya berasa sesak apabila memikirkan hal itu. Bencikah Yara pada wanita itu? ‘Nauzubillah hi min zalik. Harapnya tak sampai ke tahap itu.’

"Ummi tak tahu apa yang Yara tempuh seorang diri tapi bila ummi pandang mata dia, naluri ummi sebagai seorang ibu mengatakan yang ummi nak dia bahagia. Ummi nak dia ada tempat untuk meluah. Benda tu akan mengambil masa. Mungkin sebulan, mungkin juga bertahun. Jadi bermula daripada hari ini, Attar boleh pelan-pelan selami perasaan Yara. Jangan terlalu gopoh. Bagi ruang untuk dia buka hati." Pujuk Puan Madeena. 

Air epal yang berada di dalam tangan diteguk beberapa kali untuk menyejukkan semula hati dan tekak yang terasa kering. Kepala dilentok ke bahu si ibu. 

"Dah besar panjang macam ni pun nak bermanja dengan ummi lagi? Awak tu dah nak kahwin tau?" Tawa manja terlepas dari bibir. Pinggang umminya dirangkul erat. Terasa penat lelahnya terbang begitu sahaja. 

"Sebab tu la Attar nak bermanja dengan ummi puas-puas sekarang ni. Lepas ni Attar nak peluk Yara je sampai dia rimas. Ummi pergi la peluk walid." 

Laju lengan Attar dicubit oleh Puan Madeena. Belum berkahwin lagi dah gatal anak teruna dia yang seorang ini. Risau pula hati memikirkan nasib Yara nanti. Jangan sampai dihantarnya Attar kembali ke pangkuan dia dan suami. Ada waktu dia sendiri pun penat nak melayan.

"Nak bercinta, bercinta lepas kahwin. Buat masa sekarang, bincang apa yang perlu je."

"Ya, ummiku yang cantik jelita. Attar tak buat semua tu jangan risau. Bercinta lepas kahwin itu kan jauh lebih manis. Syaitan tak boleh usik lagi. Dah halal." Wajah anak kesayangannya dijeling manja. Sempat lagi si ibu disakat Attar. ‘Betul apa!’

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now