Bab 10

9.2K 623 65
                                    

Nafas dihela lemah. Kepalanya tidak henti berdenyut sedari tadi. Sementara menunggu waktu Isya' masuk, lebih baik dia lelapkan mata sekejap. Mungkin sakit kepalanya akan berkurang. Itu yang difikir Yara tetapi belum sempat kelopak mata ditutup, pintu biliknya diterjah oleh Puan Wahidah. 

"Kak. Awat hang tak habaq dekat mama yang depa tu orang kaya? Ummi dia cerita yang Attar tu pandai buat apps macam Whatsapp Facebook apa semua tu. Duit dia mesti banyak. Untung hang kak." 

"Lah, dan lagi dah dok pi bergosip pasal Attar. Mana kak tau, tak sempat lagi nak kenal lebih-lebih. Kalau dia berduit, alhamdulillah. Kakak pun ada ja duit." Belakang leher dilurut berkali-kali. Mengurangkan rasa sengal. 

"Tapi tu la kan..." 

"Tu la apa?" Entah kenapa hatinya tidak selesa dengan ayat itu. 

"Mama malu la sikit. Hang diploma pun tak dan nak habis pi drop. Kalau usaha sikit lagi mesti dah ada diploma. Laki hang nanti mengaji sampai degree mana nu. Lepas tu parut dekat tangan tu hang nak buat macam mana kalau dia tanya? Risau la mama." 

Tubir mata Yara mula terasa hangat dengan setiap perkataan yang keluar daripada mulut si ibu. Hatinya bagaikan direntap. Sudahlah penatnya masih tersisa. Sampai bila wanita itu ingin terus-terusan melukai sekeping hati miliknya? Selimut ditarik menutup seluruh tubuh. Air mata yang cuba ditahan menitis juga. 

"Pandai-pandailah kak cakap dengan dia. Ma pi la keluaq dulu. Kak nak tiduq sat. Sakit kepala." 

"Hang lagu tu la perangai. Orang sembang sikit pun kerja nak mengelak. Nak kahwin tak lama dah. Ubah la perangai tu." Tambah Puan Wahidah lagi. Langsung tidak perasaan hati anak sulungnya telah dilukai oleh dia sendiri. 

Sebaik sahaja Puan Wahidah keluar, pintu bilik terus dihempas dan dikunci Yara dengan pantas. Wajah disembam ke bantal. Esakan yang tidak tertahan lagi terlepas juga. Sesekali, dada dicengkam keras. Pedih, kecewa, itu yang Yara rasakan. Tidak berguna sangatkah dia sebagai seorang anak? 

Dan di saat dia tengah emosi juga, telefon mudah alih itu nak berdering. Tanpa melihat nama si pemanggil, laju sahaja panggilan diterima memandangkan Iphone tersebut sudah sedia dekat dengannya. Yara langsung tidak sedar akan tindakan yang dilakukannya saat itu. 

"Assalamualaikum, small butterfly. Awak okay?" Soalan Attar sangat kena dengan situasinya ketika itu. 

"Waalaikumussalam. Maaf, nanti saya call awak balik." 

"No, wait. Are you crying dear? Is everything alright? Ini saya, Yara. Attar, tunang awak." 

Hampir sahaja punat end ditekan kerana terkejut tetapi Attar terlebih dahulu menghalang. Tahu-tahu saja Attar dengan apa yang ingin dilakukannya. 

"No,Yara. Jangan end call. Please, saya mohon. It's okay, tak perlu cakap apa-apa. Biar saya ja yang bercakap. Attar minta Yara tunggu kejap je dan kalau boleh, Yara pakai earphone,earpod ke tak kisah. Nanti Attar datang balik. Boleh kan? Attar nak ambil wudhu' kejap." 

Yara mengangguk lemah walaupun Attar tidak berada di hadapannya. Dia tidak ada daya untuk bertengkar kata mahupun membalas apa-apa. Air mata masih mengalir deras cuma esakannya sahaja yang terhenti. 

"Dear, are you there?" 

"I'm here." 

"Good. Attar ada cara nak tenangkan hati awak. 

Dengan lafaz bismillah, Attar memulakan bacaan ayat suci Al-Quran. Sebab itu rupanya Attar minta diri untuk berwudhu' dan meminta dia untuk tunggu. Hatinya tersentuh dengan tindakan lelaki yang kini bergelar tunangnya. Lantunan suara Attar amat merdu dan menenangkan. Hati yang pada awalnya berasa sesak dengan mudahnya pergi. Air mata Yara ikut kering. 

Kelopak mata terasa berat. Dia cuba untuk tidak memejam mata tetapi ketenangan yang dirasai ketika itu jauh lebih hebat. Kesudahannya, dia terlelap dengan iringan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Attar. 

"Sadaqallahul Azim." 

Al-Quran ditutup dan diletakkan di sisi katil. Selesai membaca Al-Quran, Attar berzikir dengan zikir subhanallah, alhamdulillah, dan allahuakbar. Hatinya ikut sekali tenang. Itulah kehebatan kalam Allah dan zikir-zikir.

"Yara?"

"Yara Ameena?" Serunya lagi. 

"Dah tidur ke tunang saya?"

"Memandangkan, small butterfly saya dah tidur, boleh la Attar cakap apa yang Attar nak cakap kan? Jantung saya rasa macam nak pecah dengar suara awak bergetar macam tu. Apa yang buat awak menangis, dear? Jujur saya risau. Yara Ameena, my strong and beautiful lady, semoga awak terus kuat. Waktu Isya' dah masuk. Attar solat dulu, nanti Attar kejut awak ya?" 

Panggilan dimatikan. Attar menarik nafas berat. Dalam hati, dia beristighfar panjang. Kerisauan yang bertandang belum sepenuhnya hilang. 

"Ya Allah yang Maha Berkuasa, Engkau pinjamkanlah kekuatan untuknya dan angkatlah kesedihannya. Gantikan air mata itu dengan senyuman. Ameen Ya Rabb." 

Semoga wanita yang bertakhta di hatinya itu terus kuat. Tidak ada yang jauh lebih penting bagi Attar saat itu melainkan kebahagian seorang Yara Ameena. Seandainya Yara terluka, dia juga akan ikut terluka. Jantungnya hampir terhenti mendengar wanita itu menangis. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now