Bab 24

8.2K 513 8
                                    

“10, sayang. Yara okay ke nak keluar dengan ummi hari ni?” Risau jugak Attar. 

Yara tidak ada alasan untuk berkata tidak. Dia cuma khuatir yang dia akan kekok dengan ummi. Biasalah, ibu mertua kan? Siapa yang tak risau. Tapi Yara tahu, ummi adalah seorang wanita yang baik budi pekertinya. Contoh dah ada depan mata. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Kata Attar, ummi nak berkenalan lebih rapat dengan satu-satunya menantu dia.

“Yara, ok.”

“Kalau tak selesa bagitau abang.” Tubuh langsing Yara ditarik ke dalam pelukan. Terkejut wanita itu dibuatnya. Kalau iya pun, bagilah signal.

“What is this for, abang?”

“Shhh, bermula daripada hari ni, abang akan peluk Yara selama 10 saat setiap hari. Especially hari yang abang kena pergi pejabat.”

“10 saat?" Naik pelik Yara dengan jawapan suaminya.

“Kajian mengatakan, hugging for 10 seconds at a time releases oxytocin, a hormone which helps the body to fight infections, boost immune systems and eases depression. In another word, sayang... You will be my daily dose of oxytocin. Sekian daripada abang.”

“I see, tapi kan abang, Yara rasa dah lebih 10 saat abang peluk Yara."

Tergelak Attar dengan kenyataan selamba isterinya. ‘Peluk sikit pun dah bunyi. Belum lagi cium.’ Kali ini, wajah Yara pula dihujani ciuman si suami. Usaha menolak kedua tangan Attar daripada mengepit wajahnya tidak berhasil. Pasrah sudah wanita itu. Boleh lemas dia kalau hari-hari macam ni.

“Assalamualaikum, ummi. Yara lambat ke?” Tangan Puan Madeena disalam Yara sebelum punggung dilabuhkan berdepan wanita itu.

“Siapa yang hantar Yara? Ummi nak pergi ambil Yara, Attar tak bagi. Menyusahkan ummi pulak katanya. Ummi ok je.”

“Betul la apa yang abang cakap, ummi. Pak Cik Romzi ada. Driver yang abang gajikan. Yara datang dengan dia. Yara pun tak nak susahkan ummi.”

“Tak ada maknanya menyusahkan. Ummi lagi suka ada la. Yara sihat? Anak ummi tak buli awak kan?” Tangan wanita muda itu langsung tidak dilepaskan oleh Puan Madeena.

Yara tergelak kecil. Kalau buli yang memang buli tu taklah. Kalau buli dengan usikan dan ciuman itu banyak tapi tidak mungkin dia nak bercerita hal peribadi seperti itu dengan ummi. Dia bukan seperti Attar, tidak tahu malu. Pantang ada peluang, pasti Yara akan dikenakan. Namun jauh di sudut hati, dia tidak dapat berbohong. Yara suka dengan layanan Attar terhadapnya.

“Alhamdulillah, ummi. Yara sihat. Ummi nak marahkan abang untuk Yara ke? Mana tahu kalau ummi piat telinga dia sikit, baiklah dia dengan Yara.”

“Eh, boleh sangat. Mesti anak ummi gatal kan dengan awak? Walaupun Attar anak ummi, tak boleh dibiar budak tu.” Geleng kepala Puan Madeena. Daripada cara Yara bercakap, pasti anaknya sudah buat hal. 

"Abang... nakal sikit je. Sebelum tu, Yara nak minta maaf kalau Yara macam kekok dengan ummi ke apa. Yara... Tak pandai sangat nak bergaul." Jujur dia malu nak bercerita lebih-lebih. Malu dengan masa gelapnya. Malu kerana dia tidak ada apa nak dibanggakan sangat. 

"It's ok, sayang. Ummi tak kisah pun. Yang penting, anak dan menantu ummi bahagia. Cuma, ummi nak cakap sikit dengan Yara boleh?"

"Ummi nak cakap apa?" Hati Yara mula disapa gelisah. Wajah menantunya diusap dengan belakang tangan. Entah kenapa mata anak itu seperti menusuk tepat ke dada Puan Madeena. Nalurinya sebagai seorang ibu memang susah untuk diketepikan. 

"Ummi faham kalau Yara susah nak buka hati untuk anak ummi, sayang. Seseorang yang selama hidupnya disayangi dengan cara yang tidak dia faham kadang-kadang mengundang banyak luka yang tak terubat. Tapi, ummi harap sangat, Yara jangan tolak kasih Attar dan ummi ya sayang? Pelan-pelan buka hati. Ummi tak paksa." 

Yara terkesima. Dia tidak menyangka wanita itu dapat memahaminya walaupun tanpa dia terlebih dahulu membuka cerita. Hati Yara sedikit sesak. Dia tidak tahu mahu menunjukkan reaksi seperti apa. 

"Ummi baca puisi-puisi Yara. Nak baca novel Yara macam panjang sangat. Lagipun, ummi kan dah tua. Ummi nak Yara tahu yang ummi terima Yara ke dalam keluarga ni, ikhlas. Macam tu juga walid. Cakap pasal walid, dia nak ikut sebenarnya tapi ummi tak bagi. Ummi nak spend time berdua je dengan awak." 

Yara tersenyum sambil membayangkan situasi yang berlaku antara ummi dan walid. Mesti perangai walid tidak tumpah seperti suaminya. 

"Yara akan cuba ummi. Yara cuma takut kalau Attar terlalu manjakan Yara, Yara akan lupa diri. Yara akan lemah lagi... Yara tak pernah rasa disayangi sampai ke tahap macam ni, ummi." 

"That's why, sayang. Take all the time you need but not for too long. Yara berhak disayangi dengan cara yang tepat tapi... kalau menantu ummi yang cantik ni terlalu takut untuk ambil risiko tu, kebahagian yang awak rasa sekarang akan dengan mudahnya tergadai. Jangan sia-siakan cinta yang hadir." 

Hidung Yara dicuit manja oleh Puan Madeena. Wajah Attar hadir mengusik minda. Perangai jejaka itu memang tidak tumpah seperti umminya. Yara tahu apa yang dikatakan oleh Puan Madeena tidak dapat dinafikan. Dia sepatutnya bersyukur dapat masuk ke dalam keluarga itu. Keluarga yang penuh dengan rasa kasih sayang. 

"Terima kasih ummi, nasihatkan Yara. Sejujurnya, hati Yara dah mula terbuka untuk abang... Yara cuma segan sangat ummi." 

"Anak ummi kuat mengusik ke?"

"Boleh tahan kuat, ummi." Wajah disembam ke dalam telapak tangan. Boleh pengsan dia silap-silap hari bulan. Luaran sahaja dia nampak tenang. Gelora di dalam hatinya, siapa yang tahu. 

"Yara sayang anak ummi?" 

"Sayang... Macam mana Yara tak jatuh sayang kalau abang buat Yara rasa macam Yara adalah wanita yang paling bertuah dekat atas dunia ni, ummi." 

"And that's how you should be treated, sayang. Like a queen you are." 

Suara yang sangat dikenali itu terasa begitu dekat dengan sistem pendengarannya. Belum sempat Yara menoleh ke belakang, tubuh dia dirangkul oleh gerangan itu daripada belakang. Terus kucar-kacir degupan jantung Yara. 

"Ummi minta maaf, Yara. Ummi pun terkejut bila budak bertuah ni tiba-tiba ada dekat belakang awak." Walaupun sebenarnya si anak yang menyuruh dia untuk tidak menegur terlebih dahulu dengan isyarat tangan.

"Alah ummi ni. Attar rindu sangat dengan Yara. Nak buat kerja pun tak senang. Itu yang Attar datang nak kacau date ummi dengan isteri kesayangan Attar ni. Eh, Sayang cakap apa tadi? Boleh abang dengar sekali lagi?" Liur ditelan kelat. Mukanya sudah merah menyala menahan malu. Tergeleng kepala Puan Madeena dengan sikap anak tunggalnya. ‘Kuat mengusik betul.’

"Mana ada Yara cakap apa-apa. Abang salah dengar tu."

"Hmm, I don't think so." 

"Jangan diusik isteri macam tu. Kita dekat tempat umum ni, Attar. Dengar cakap ummi. Tak manis dipandang orang." 

Laju sahaja Attar menganggkat kedua tangannya ke udara seakan-akan menyerah kalah. Namun, senyuman sinis masih terpasang pada wajah kacak itu. Yara tidak tahu nak sorokkan muka di mana lagi. Kalau boleh meraung, sudah lama dia meraung. ‘Dasar suami!’

"Sampai rumah nanti abang nak dengar ya sayang." Bisik Attar ke telinga si isteri yang sudah kaku sejak beberapa detik yang lalu. Tidak sedikit pun Attar  menyangka timing yang dipilih untuk dia menerjah dua wanita itu memang kena tepat. Sungguh Allah itu maha adil.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now