Bab 4

10.2K 662 50
                                    

" Subhanallah" 

"Alhamdulillah"

"Allahuakbar" 

Zikir mereka berselang-seli. Sukar untuk Yara percaya dia akan bertembung lagi dengan wajah yang dikenalinya secara tidak sengaja kelmarin. Hampir sahaja rentak jantung tertunda.

Attar. Sedang. Berdiri. Di. Sampingnya.

"Berjumpa lagi kita. Nak cakap dunia ni kecil, besar jugak." 

"Saya pun fikir benda yang sama. Awak sihat? Boleh saya duduk?" Kerusi kosong bertentangan dengan Yara ditarik ke belakang lewat dia menerima anggukan daripada wanita itu. Punggung dilabuhkan.

Yara mengangguk tanpa banyak kata. ‘Duduk je lah. Mereka di tempat awam bukan berdua-duaan.’ Memandangkan orang itu adalah Attar, Yara tidak terlalu peduli. Jangan ditanya mengapa. Mungkin aura yang dibawa Attar menyenangkannya.

"Alhamdulillah, sihat. Awak sihat?" 

Wajah diraup kasar. Muka dan telinganya sudah bertukar corak. Kulit Attar agak cerah jadi cepat sahaja Yara sedar akan hal itu. Sungguh dia pelik, Segan lagikah Attar dengannya? Tapi kenapa. 

"Awak okay ke tak ni? Muka awak dah merah..." Bercantum kening Yara melihatnya.

"No, Yara. Saya ok, Alhamdulillah. The thing is, saya tak tau macam mana nak bercakap dengan awak." Nafas ditarik sedalam yang mampu. 

"Cakap je la. Saya tak makan orang walaupun saya makan daging, nak jadi kanibal tu lambat lagi." 

Guraunya. Sekadar mencuba nasib untuk meringankan keadaan diantara dia dan Attar yang dirasakan agak janggal. Hati Yara sudah  berasa tidak nyaman dengan apa yang ingin diperkatakan oleh si jejaka.

"Yara Ameena."

"Ya saya." 

"Yara Ameena..."

"I'm listening, Syed Attar."

"Yara Ameena, izinkan saya untuk memperisterikan awak jikalau awak sudi untuk mendampingi hari-hari saya yang akan datang." 

Dalam satu nafas, dilepasnya apa yang terbuku dihati beberapa jam yang lalu. Terasa pikulan didada diangkat dengan begitu mudah. 

Seperti terkena renjatan elektrik, itu yang dirasakan Yara pada detik itu. Jantungnya barangkali sudah jatuh hingga ke kerak bumi. Dengan pantas bebola mata yang sudah sedia bersatu dengan Attar dilarikan. Tubuh terasa sejuk. Ditambah lagi dengan nafas yang serasa tersekat di kerongkong. Walau bagaimanapun, riak tenang cuba diperagakan Yara. 

"Awak buat saya hampir pindah alam, Attar. Tapi… saya tak kenal awak. Awak sendiri pun tak kenal saya. How?” Takkanlah baru jumpa kelmarin hari ini dah jatuh cinta.  

"Yara... bagi saya terangkan sekejap boleh? Maaf, saya agak nervous sekarang ni. I really don't want to make a fool out of myself but here I am." 

"Kalau awak nervous, saya 10 kali ganda lebih nervous. Ni kali pertama tau saya kena confess depan-depan macam ni." 

Alhasil, mereka berdua  hanya tertawa lepas. Sekurang-kurangnya, ketegangan antara dia dan Attar sedikit kendur. Kini, Yara cuma perlu mendengar penjelasan daripada lelaki itu. Untuk pengetahuan, debaran jantungnya sudah berada pada tahap yang kritikal. Mujur sahaja Yara tidak terus pitam. 

"Basically this one time, saya buka MuseNote memandangkan saya ada masa lapang and guess what? cerita awak ada dekat 'top pick for Malaysian readers' dan dari situ saya jumpa akaun penulisan awak. Out of curiosity, saya mula baca novel awak dan jujur saya cakap, jari saya tak mampu nak berhenti scroll to the next chapter. Saya terus baca dan baca. Jam dekat dinding pun saya dah tak pandang."

Pandangan mata Attar yang penuh keterujaan itu menusuk tepat ke hati. Ditambah pula dengan senyuman berlesung pipit jejaka itu. Semakin laju detak jantung Yara dibuatnya. 

"Awak tahu kenapa?" Geleng tidak, angguk pun tidak. Yara cuma diam tak berkutik menunggu lelaki itu meneruskan pertuturannya.

"Setiap perkataan yang awak susun sangat cantik dan teratur. ada banyak sangat petikan yang panah tepat ke hati saya. Dari situ saya mula ikut akaun MuseNote dan Instagram awak. Saya mula tertanya-tanya siapa penulisnya. Semua penulisan awak saya dah baca. Setiap kali awak publish bab baru untuk novel awak, sayalah orang yang paling bahagia."

Sebelum ini, Yara sememangnya maklum ada pembaca novel dari kalangan lelaki yang membaca hasil penulisannya cuma tidak lagi sampai ke tahap ini. Tahap di mana mereka terjatuh hati dengannya hanya kerana novel yang dia tulis. Agak tidak masuk akal pada fikiran Yara. Namun dalam hidup ini, perkara tidak masuk akal itu yang selalu sangat terjadi. 

"Seiring masa yang berlalu, hati saya tanpa sedar mula terpaut kepada penulisnya. Entah berapa kali saya dah jatuh hati dengan awak, Yara Ameena. Pernah tak awak terfikir betapa indahnya permikiran awak? Akal awak buat saya rasa macam suatu tempat yang perlu saya singgah walaupun sekali dalam hidup saya. Jujur saya cakap. Hati saya betul-betul dah terpaut pada awak, Yara." 

Luahan hati Attar yang langsung tak diduga membuatkan hatinya dirundung sesak. Sesak dengan ketidakpercayaan bahawa dirinya dikagumi sejauh itu oleh seseorang yang tidak dia kenal sebelumnya sedangkan ibunya sendiri tidak pernah mengaguminya seperti yang dilakukan si jejaka.

Kolam mata Yara terasa panas. Sulit untuk dia menahan sebak di dada. Sebak yang sudah terlalu lama dibiar pendam. Air mata mahalnya tumpas juga di hadapan Attar. Lelaki yang berjaya membuatkant Yara disergah serentak dengan pelbagai rasa. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now