Bab 35

7.8K 396 9
                                    

Mata dicelik perlahan saat Yara berasa seperti ada beban di sebelahnya. Terlihat wajah kacak suaminya menyapa mata. Satu ukiran senyum terundang pada wajah kantuknya. Kain penutup yang membaluti badan didorong ke tepi. Didakapnya pinggang si suami yang bersandar pada kepala katil. Kepala direbahkan atas peha Attar. Terkejut jejaka itu dibuatnya.

“Manjanya dia. Sorry, abang buat Yara terjaga ke?” MacBook ditolak ke tepi. Kepala si isteri yang berada di ribanya dielus penuh kasih. Rindu. Seharian juga dia tidak dapat melihat wajah cantik Yara. Sampai sahaja di rumah, isterinya sudah elok terbaring. Letih sangat agaknya.

"Bila abang sampai? Kenapa tak kejut Yara?" Wajah yang disembam pada perut keras Attar diangkat. Anak matanya mencari anak mata milik Encik Suami.

"Isteri kesayangan abang ni nampak letih sangat. Itu yang abang tak kejut. Elma buat apa dengan small butterfly abang ni, hmm?" Hidung lancip Yara dikepitnya lembut. Geram betul dengan wanita kesayangannya yang seorang ini.

"Elma ajar Yara boxing la. Dah memang itu tujuannya."

"Best tak?"

"Best sangat!"

Attar tergelak kecil. Teruja Puan Isteri bukan main-main. Matanya dibawa katup sambil tangan tidak henti dilarikan pada helaian rambut Yara. Tenang. Itu yang dirasakan Attar apabila wanita itu berada dekat dengannya.

"Ehem... Yara nak cakap sesuatu boleh?" Bibir bawah diketap Yara dengan wajah yang mula merona merah.

"Dear nak cakap apa?" Bertaut kening jejaka itu dengan reaksi isterinya yang nampak segan. Dah kenapa pula ni?

"Yara... Sebenarnya... dah bersedia nak jadi milik abang sepenuhnya. Maafkan Yara sebab buat abang tunggu lama. Walaupun abang tak pernah tuntut hak batin abang, Yara selalu sangat rasa bersalah. Abang jangan risau lagi. Hati Yara dah terbuka sepenuhnya untuk abang. Demi Allah, Yara tak tipu."

Biarpun payah, diluahkan juga setiap apa yang terbuku di dalam hatinya. Yara tidak mahu menidakkan hak suaminya lagi. Sisi wajah Attar yang sudah terkaku sambil menatapnya dalam diusap sayang.

"Abang tak salah dengar kan?" Sukar untuk Attar percaya dengan butir bicara yang meniti keluar dari bibir cantik isterinya. Tempo jantung sudah menggila dengan kenyataan tak dijangka wanita itu.

"Tak, abang. Izinkan Yara. Please?" Kelopak mata dikerdip Yara beberapa kali. Mengusik Encik Suami yang seperti sudah tidak lagi berada di sisinya. Terbang entah ke mana agaknya roh Attar.

"Alhamdulillah. Tak sia-sia abang tunggu Yara." Wajah diraupnya kasar. Seluruh muka si isteri segera ditaburnya ciuman sehingga wanita itu menggeliat kegelian. Penuh syukur hatinya detik itu.

"Terima kasih, sayang abang."

"Sama-sama, abang sayang."

Kembang setaman hati Yara dengan reaksi suaminya yang nampak benar bahagianya. Kalau dia tahu, lebih awal lagi dia buka mulut tentang hal itu. Segan memang segan kerana mahkota seorang wanita bukan perkara yang boleh dipersendakan. Itu satu. Yang lagi satu, Attar adalah suaminya yang sah.

Bagasi ditarik Melissa penuh gaya. Matanya ligat mencari gerangan yang telah berjanji akan menjemputnya di KLIA sebaik sahaja dia mendarat. Sudah bertahun-tahun dia meninggalkan bumi Malaysia. Boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja dia pulang ke tanah air. Kali ini, dia kembali secara kekal. Melissa sudah penat melarikan diri daripada khilafnya yang lalu. Ada masa, dia sendiri yang akan mencari jejaka itu.

“Melissa!” 

Seru Emir sambil melambaikan tangan sebaik sahaja wanita yang ditunggunya masuk ke ruang menunggu KLIA. Di tangannya ada sejambak Bunga Lili Putih. Sebentuk senyuman memekar pada wajah cantik Melissa. Langkah yang terhenti diatur semula ke arah lelaki tersebut. 

“Emir, long time no see. Dengan bunga bagai ni dah kenapa?” Bunga yang dihadiahkan oleh Emir diterima berserta senyuman yang tidak lekang. 

“Takkanlah I nak datang jemput you dengan tangan kosong? Tak happy ke dapat bunga?” Sedikit sebanyak dia rindu dengan wajah cantik Melissa. Wanita yang ditemuinya dalam keadaan yang tidak berapa baik beberapa bulan ke belakang. Bila diingatkan balik, dia bersyukur Melissa nampak lebih ceria daripada sebelumnya. 

“Gila tak happy? bunga kot. Selalu orang bagi dekat kekasih je. I bukannya ada kekasih.” 

“Tak apa, one day you will surely meet your own prince charming.” Bagasi Melissa sudah berpindah ke tangannya. 

“Hopefully, so. You tengok tak gambar-gambar yang I send masa I travel?”

“Eh, mesti la tengok. You pergi Rome, Spain, Dubai, banyak lagi lah. Mana I nak ingat.” Pintu kereta belakang Porsche Cayenne dibuka. Bagasi dimasukkan ke dalam. Langkah dibawa pula ke arah pintu kereta penumpang bahagian depan dan dibukanya pintu untuk Melissa masuk ke dalam perut kereta.

Ingatkan you tak tengok sebab you jarang reply e-mail I.” Tali pinggang dipakai Melissa. Sesekali wajah kacak Emir dikerling. Sedikit pun dia tidak menyangka ritma jantungnya hampir berterabur sebaik sahaja wajah Emir yang sedang menunggunya tadi mengisi skop pandangan. Namun, perasaan aneh itu cepat sahaja ditepis. 

“I busy orangnya Mel. Bukan you tak tau Emir Qais seorang yang workaholic. So, ke mana destinasi kita?” 

“Apartment I.” Alamat yang berada di tangan diserahkan kepada Emir. Kereta dipandu Emir sebaik sahaja lokasi diset dengan menggunakan aplikasi Waze. 

“Are you back for good this time?” Dah puas la agaknya merantau kalau dah buat keputusan nak balik Malaysia semula.

“Yep, for good.” Emir mengangguk. 

“Good to know. Risau la jugak I memandangkan you perempuan. Merantau seorang diri tak berteman. Kita makan dulu sebelum I hantar you balik.” 

Pandangan dibuang ke luar tingkap. Agak-agaknya sudi ke Attar nak memaafkan dia? Nafas dihela keras. Kerana kebodohannya, seseorang telah mati. Kerana kebodohannya juga, orang lain menjadi mangsa kecaman sedangkan dia, masih boleh menerukan hidup seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Bukan dia tidak terganggu. Cuma dia lebih memilih untuk membutakan mata dan pekakkan telinga. Perasaan bersalah yang Melissa rasakan seringkali menghantuinya. Andai saja waktu itu dia tahu yang Isaac merupakan penghidap kemurungan. Tapi benda dah berlaku. Tidak mungkin dia dapat memutar semula waktu.

“Jauh termenung? fikir apa?” Tegur Emir ketika kereta berhenti pada lampu isyarat yang berwarna merah. Wajah Melissa di sisi direnungnya. 

“Fikir pasal kebodohan masa lalu.” Balas wanita itu dengan nada bersahaja.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now