Bab 22

8.7K 539 12
                                    

Yara pandang pelik tindakan Attar apabila pergelangan tangan kanannya yang berlengan panjang itu diraih lalu diselak. Menyedari tidak ada apa-apa, tangan kirinya pula diselak si suami. Ketika itu, baru Yara sedar apa yang dilakukan Attar tetapi sudah terlambat. Lelaki itu sudah nampak setiap parut yang ada pada pergelangan tangannya yang sebelum itu tertutup. Hati Yara berdetak kencang apabila jari kasar itu menyentuh parutnya.

"Abang..."

"Sakit tak? Did you the feel the pain masa Yara cederakan diri sendiri macam ni?" Mata Attar langsung tidak beralih daripada pergelangan tangan isterinya. Hati lelakinya seperti disiat melihat parut-parut itu.

"Tak. Tak sakit. Apa yang Yara rasa dekat sini dan sini, jauh lebih sakit." Yara tepuk dadanya. Begitu juga kepala. Sesak menyelubungi dada. Nafasnya ikut tidak teratur.

Yara tahu apa yang dilakukannya adalah suatu tindakan yang tidak waras. Kalau dia berada di tempat orang lain, dia juga akan terlebih dahulu menghukum tanpa tahu cerita. Mereka yang tidak pernah melalui fasa itu tidak akan pernah faham. Depresi, kerisauan melampau, mahupun permikiran obsesif. Semua itu adalah penyakit. Penyakit yang berkaitan dengan mental.

"Boleh abang tanya... What led you to this, sayang?"

"Yara tak tahu since when depression ada dalam diri Yara but perhaps, it's all started masa Yara masuk sekolah berasrama penuh masa tingkatan 1. Yara rasa bebas tak dipantau oleh mama especially about academic. She's not there to perhati atau larang setiap tindakan Yara and it ruined me, abang. I neglected my studies, hygiene and everything else. Pergi sekolah tak mandi. Kadang-kadang sampai ada yang perasan Yara berbau. Kena tegur, perli. Memalukan tapi itulah hakikatnya. Malam-malam nangis sampai tertidur. Tak tahu macam mana nak explain. Benda tu bawa sampai ke alam uni. "

Attar pasang telinga sambil ibu jarinya mengusap lembut dua belakang tangan isterinya dengan ibu jari.Nafas tajam ditarik Yara. Sesak yang dia rasa di hati semakin berganda.

"Hari-hari fikir tak bergunanya aku. Hari-hari fikir pasal mati. Rasa penat bernafas tu melebihi segalanya. It's not that I really want to die. Sudah la banyak dosa. Solat tunggang langgang. Al-Quran tak dibaca. Zikir pun tak. Ada hati nak mati. Setiap hari Yara menangis. Pejam mata rasa sesak. Kadang-kadang, sampai ke tahap mempersoalkan takdir. Kenapa Yara dilahirkan sekiranya keberadaan Yara cuma menghampakan orang lain? Apa gunanya Yara?"

Wajah Yara yang basah dengan air mata diseka Attar dengan ibu jari. Tubuh genit isterinya ditarik ke dalam pelukan. Kepala direhatkan pada dada suaminya. Badan tegap Attar dipeluk kemas. Makin deras titisan-titisan jernih menghujat mukanya.

"Yara penat, Abang. Dihukum dan dituduh sana-sini. Lagi sakit bila kata-kata tajam tu datang dari ibu sendiri. Mama wanita hebat. Semua benda dia boleh buat. Selain menjadi seorang ibu, dialah cikgu, dialah bapa selepas abah pergi, tapi mama gagal dalam satu benda. Dia gagal untuk faham emosi anak dia sendiri. Dia cuma nampak bentak Yara, tinggi suara Yara, kurang ajar Yara tapi dia tak tahu kenapa Yara macam tu. Semua itu akan berakhir dengan pukulan. Yara tahu Yara anak, tapi tak penting ke perasaan Yara, abang?

"Tak, sayang. Your feelings matter." Belakang Yara digosok Attar lembut. Air matanya turut sama mengalir. Isterinya kuat. Terlalu kuat. Sebab itu hati Attar amat sedih. Keperitan yang diluahkan oleh Yara menambahkan lagi rasa kasihnya kepada wanita itu.

"Setiap kali Yara luah perasaan, mama akan cakap Yara terlalu ikutkan emosi. It always like that. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Pada dia, pelajaran adalah yang utama. Kadang-kadang, Yara rasa macam... dia cuma akan sayang dan puji Yara, kalau Yara dapat capai sesuatu. Kalau tak dapat, dia akan hiraukan Yara. Adakah kasih seorang ibu juga datang dengan harga? Apa yang Yara usahakan, tak pernah cukup. Always kena banding, always kena herdik. Am I that worthless? Hati Yara sakit abang. Sakit sebab mama ibu Yara. Yara sayang mama. Sayang sangat-sangat."

Yara sudah teresak-esak. Tangisnya tidak dapat dibendung lagi. Kesakitan yang dirasakannya terlalu dalam. Mungkin hati dia lemah. Hati tisu bak kata orang. Ubun-ubun si isteri dicium Attar. Dia tidak mampu berkata apa-apa melainkan dengan memujuk isterinya dengan belaian kasih.

"Ada masa, Yara rasa macam nak peluk mama dan menangis sepuas-puasnya. Bagitau mama tolong lembut dengan Yara. Merayu supaya mama faham Yara but that's not me. Benda tu tak mudah. Yara takut sangat last-last mama cuma akan cakap Yara terlalu ikutkan emosi. Ayat tu paling sakit bagi Yara, abang."

Akan hadirkah waktu dimana melepaskan segala rasa yang terpendam sekian lama pada wanita itu tidak sesakit yang dirasakannya sekarang? Lama, Yara hanyut dengan tangisan di dalam dakapan suaminya.

"Have you calmed down, sayang?" Wajah Yara yang sedang baring di atas dadanya diusap lembut. Habis bengkak mata gadis itu gara-gara menangis tak ingat dunia. Hatinya sudah kembali tenang.

"Yara dah okay dah. Sorry... habis basah baju abang dengan air mata dan hingus Yara." Tergelak Attar mendengarnya. Tubuh si isteri yang menindihnya diturunkan ke tepi. Kepala Yara dialas dengan pergelangan tangannya.

"Eh, abang okay ja. Ke, Yara nak abang buka baju?"

"Jangan gatal la. Cubit nak?" Jeling Yara.

"Sayang, after this... If you ever feel like hurting yourself, pukul dada abang. Hurt me instead of hurting yourself. Pukul semahu Yara. Abang rela dada abang sakit kena pukul dengan sayang daripada hati abang sakit sebab sayang lukakan diri sendiri. From this day onward, Abang milik Yara dan Yara milik abang. Even parut dekat tangan sayang dah jadi milik abang. Remember that, my love." Dahi Yara dikucup lama.

"I would never repeat that stupid mistake again." Bibir si suami dicium pantas. Terbuntang mata Attar dengan tindakan tak disangka Yara. Wanita itu cuma tersenyum melihat wajah suaminya yang jelas keliru.

"Jangan goda abang macam ni sayang. Boleh longlai jantung." Ketawa halus wanita itu dengan pernyataan si suami.

"Yara hak abang." Kali ini, giliran Attar pula mencuri bibir isterinya.

"It's not about hak, sayang. Abang tahu isteri abang belum sepenuhnya bersedia. That's why abang bagi awak bilik sendiri. Supaya awak lebih selesa. Abang nakkan hati Yara dulu. Yang lain, boleh tunggu." Hidung Yara dicuit manja.

"Abang sanggup tunggu? Yara takut dosa..."

"Insya Allah, sayang. Tapi... kalau Yara asyik goda abang, abang tak janji." Wajah cantik itu dikucup berkali-kali sebelum tubuh kecil isterinya dirangkul rapat.

"Sejujurnya, abang tak expect Yara setuju nak tidur dengan abang. I just tested my luck."

"Tempat Yara di sisi abang walaupun Yara belum sepenuhnya bersedia nak serahkan diri Yara pada abang." Attar sanggup tunggu pun sudah besar rahmat. Dia tidak mahu terlalu dimanjakan sehingga terabai tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

"Dah, tidur. Pukul 4 nanti kita bangun tahajjud sama-sama ye, sayang? Doakan semoga Allah jaga hati Yara untuk abang dan jaga hati abang untuk Yara. Doakan juga semoga Allah SWT berkati rumah tangga kita. One last thing... Semoga, si rama-rama kecil abang terus kuat."

" Eh, Yara pun hampir terlupa. Ingat nak ajak abang buat tahajjud jugak." Setiap lekuk pada wajah Attar disentuh Yara dengan jari. Kenapa la kacak sangat suaminya yang seorang ini. Mahu cemburu Yara kalau Attar ditenung lama oleh wanita lain.

"Tidur, sayang. Esok-esok pun boleh tilik muka abang." Matanya sudah terlalu berat untuk ditahan.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now