Bab 31

7.5K 444 8
                                    

"Attar dengan Yara balik dulu. Ummi, walid." Tangan Puan Madeena dan Tuan Abbas disalam Attar. Begitu juga, Yara. 

"Ummi nak minta maaf sangat-sangat dengan Yara pasal pasal semalam. Ummi sepatutnya lebih berkeras. Maafkan ummi ya sayang." Tubuh Yara ditarik ke dalam pelukan. Rangka kepala wanita muda itu diusap lembut. Hatinya dibelit rasa bersalah dengan apa yang dilakukan oleh Puan Dayana kelmarin. 

"Ummi tak ada salah pun dengan Yara." Pelukan pada tubuh Puan Madeena dikemaskan. Ummi sudah cukup baik kerana dapat menerimanya ke dalam keluarga tersebut dan melayan dia seperti anak sendiri. Terubat sedikit hati Yara dengan kehadiran ibu kedua yang seakan-akan faham akan perasaanya walaupun tiada perkataan yang diucap. Attar tersenyum melihat gelagat si ibu bersama isteri tercinta.

"Bawa kereta elok-elok Attar.” Nasihat Tuan Abbas. Bahu anaknya diramas mesra.

"Alhamdulillah, lega hati ummi. Dah la ummi tak jemput pun dia. Entah macam mana dia boleh sampai ke sini. Terpaksa la ummi layankan saja." Tergelak kecil Yara mendengarnya. Manusia yang berperangai seperti itu memang suka bertindak melulu mengikut hati dan perasaan. 

"Tapi kan... Ummi pun takut dengan anak ummi semalam. Ummi rasa, itu kali pertama Attar betul-betul marah. Walaupun nada suara anak ummi rata je, lemah jantung ummi." Dada digosoknya apabila memori kejadian kelmarin menjengah minda. Terhambur tawa mereka bertiga melihat tindakan Puan Madeena. 

"Apa ummi ni? Attar bukannya marah ummi. Attar marah Mak cik yang tak tau diri tu. Suka-suka hati je nak mengata isteri Attar." Bahu umminya dipeluk mesra. Yara cuma tersenyum. Dalam hati dia bersyukur panjang. 

"Apa-apa pun, ummi bangga dengan Attar."

"Walid pun sama. Kalau walid ada masa tu, walid pun akan buat benda yang sama. Hormat itu tak kira usia dan kalau kita tak mampu nak hormat diri sendiri, jangan harap orang lain akan hormat kita.

"Attar setuju. Okaylah ummi, walid. Attar dengan Yara gerak dulu. Nak singgah pasaraya kejap. Beli barang basah untuk dimasak malam nanti." Tangan dilingkar ke pinggang ramping isterinya. 

"Assalamualaikum." 

"Waalaikumussalam." Jawab Tuan Abbas dan isterinya serentak. Tangan diangkat melambai anak dan menantunya yang sudah berada dalam perut kereta Audi e-tron GT itu. Hon dibunyikan sebelum keduanya menghilang daripada lensa mata. 

"Suka saya tengok mereka berdua bang terutama Yara. Mata dia nampak semakin hidup. Saya harap sangat, pelan-pelan Yara kuat untuk lepas setiap kekecewaan yang dia rasa." Wajah si suami diliriknya. Tuan Abbas mengangguk. Dia pun harapkan benda yang sama. 

"Awak pun kena faham Deena. Ada sesetengah luka yang tak akan pernah sembuh. Kita cuma belajar untuk tidak peduli dan terus melihat ke depan." 

Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup faham seseorang tetapi tidak. Hati manusia ini sangat kompleks. Yang betul-betul faham, tidak lain tidak bukan hanya Sang Pencipta. Cuma Dia yang tahu setiap apa yang terlindung dengan mata kasar hamba-Nya. 

"Kalau itu yang abang cakap, Deena faham." 

"Dear, nak tau tak apa beza dear dengan tomato?" Buah tomato dipegang Attar ke sisi pipi bersama senyuman penuh usikan. 

Terangkat sebelah kening Yara dengan soalan yang diaju oleh si suami. Sempat lagi nak berpick up line dekat dalam pasaraya. 

"Abang..."

"Tak sporting la sayang ni. Come on, jawab cepat." Desaknya lagi. 

"Tomato buah, Yara orang." Berderai tawa Attar dengan jawapan malas fikir daripada isterinya. Ketawa Yara  ikut sama pecah. Geli pula hatinya dengan jawapan sendiri. 

"Sayang ni buat abang terhibur la but nope. Jawapan sayang, salah." 

"Habis tu, apa jawapannya?" Halia yang tidak terlalu matang dipilihnya dan dimasukkan ke dalam plastik putih yang tersedia.

"Tomato merah disebabkan faktor biologi, kalau Yara merah sebab abang." Senyum yang cuba dikulumnya jelas tidak berhasil. Wajah dijatuhkan ke dalam telapak tangan. Terasa bahang muka dek usikan Attar. Suaminya yang tidak tahu malu itu. 

"See, kan betul apa yang abang cakap. Muka dear dah merah." Dengan yakin Attar membalas.

"Abang, please... Yara tak suka abang." Dua belah pipinya yang terbakar itu dipegang. Wajah Attar dikerling geram. 

"Eleh, rama-rama kecil ni. Cakap je tak suka tapi kalau boleh sekarang jugak dear nak peluk abang kan?" Usiknya lagi. Plastik berisi halia itu diambil daripada tangan Yara lalu dimasukkan plastik itu ke dalam troli yang disurung bersama bahan memasak yang lain. 

"Kaki sayang dah lembut ke? Jom, teman abang pergi ambil cendawan enoki." Tangan dihulur kepada si isteri yang masih tegak di belakang tanpa suara. Yara melepas nafas kasar. Tangan Attar disambutnya. Kepala digeleng pasrah. 

"Abang, lepas ni kita pergi bahagian yogurt kejap boleh?" 

"Boleh, sayang. Yara suka yogurt ke?" 

"Suka! Yara suka Yaakult, suka vitagen hijau, suka yogurt dutch lady, lactel. Semua jenis yogurt Yara suka." Tutur wanita itu dengan nada girang. 

"Kalau macam tu, kita beli banyak-banyak buat stok. Hari tu abang nak buat stok minyak wangi Yara tak bagi, so kita buat stok yugurt je la untuk dear. Bagi penuh satu peti ais." Pipi si isteri dicubitnya mesra. Tersenyum lebar si gadis. Kalau yang itu dia terima. 

"So, apa lagi yang Yara suka? Cuba listkan untuk abang." 

"Makanan ke?" 

"Apa-apa pun boleh, sayang." 

"Hmm, Yara suka buah delima, suka jeruk buah especially mangga, suka kuew tiaw celup, suka... Banyak la makanan yang Yara suka. Kalau bukan makanan, Yara suka buku, hujan, main badminton, macam-macam lagi. Tak boleh nak senarai semua." 

Cendawan yang dipilih diletakkan ke dalam troli lalu ditolaknya sambil mendengar celoteh isteri kesayangan. Gembira hati Attar apabila wanita itu nampak selesa untuk bercerita dengannya. 

"Hmm, kenapa abang rasa macam ada sesuatu yang hilang daripada list Yara." 

"Apa yang hilang?" 

"Bukan ke sepatutnya abang ada jugak dalam list dear? Yara tak suka abang ke?" Muka dibuat sedih. Anak mata dilarikan daripada menatap wajah isterinya. Jatuh rahang Yara mendengar. Kelopak mata terpejam sesaat.

"Kenapa abang nak kena ada dalam list Yara lagi kalau abang dah ada dalam setiap urat nadi Yara?" Penuh lagak wanita itu membalas. Terkaku si suami. Wajah Yara ditatapnya bersama senyum yang ditahan. Merah cuping telinga jejaka itu disakat si isteri. Yara tersenyum penuh kemenangan. 

"Sayang tolong call ambulan boleh? Abang rasa jantung abang lemah la sayang." Terhambur tawa dia. Suka dapat mengenakan Attar semula. asyik dia je yang selalu kena. 

"Jom, pergi timbang dan bayar. Makin lama makin melalut. Kepala Yara pun dah rasa berdenyut dah ni." 

"Eh, dear tak sihat ke?" Belakang tangan ditempel pada dahi isterinya. Tak panas pun. 

"Yara okay je." Tarikh datang bulan dia semakin hampir. Mungkin itu sebabnya.

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now