Bab 30

8K 432 9
                                    

"Dear, dah penat ke?" Tuala kecil yang dililit pada leher Yara dicapai. Peluh pada wajah si isteri dilapnya sehingga wanita itu terpejam mata. 

"Penat. Langkah abang besar sangat, letih Yara nak kejar." Lega sedikit kakinya apabila punggung dapat dilabuhkan ke gazebo yang ada di taman rekreasi itu. Attar ikut duduk di sebelahnya. 

"Sorry, dear. Abang dah cuba perlahankan langkah tapi Yara kecil sangat." Yara mengemam bibir bawah. Balik-balik dia yang kena. 

"Nah minum." Penutup botol air 100plus dibuka dan dihulur kepada Yara. Ketara sangat letihnya. 

"Abang minum la dulu." 

"Awak dulu, sayang." 

Malas hendak berbalah, Yara terima sahaja. Nafas lega dilepaskan apabila tekak yang kering kini dibasahi air. Botol diserahkan semula kepada si suami. Bekas bibir isterinya pada birai botol air itu ditempel Attar ke bibir sendiri. Air diteguk rakus bagi menghilangkan rasa haus. Tergeleng kepala Yara melihat perlakuan suaminya. Tenaga untuk dia terkejut mahupun melarang sudah hilang. 

"Sunnah, sayang. Rasulullah sendiri makan dan minum dari bekas bibir isterinya, Aisyah RA sedangkan masa tu Aisyah dalam keadaan hadas besar. Romantik kan?" Terangnya kepada Yara apabila mata si isteri tidak lepas daripada merenung tingkahnya sebentar tadi. 

"Abang buat Yara segan. Lagipun Yara kan berpeluh." Bukan dia tak izin tapi rasa macam, entah la. 

"Yara kena pelan-pelan buang perasaan segan tu. Kesian abang. Dear tak kesian ke dekat abang?" Soal Attar lembut. Bukan nak memaksa tapi sekali-sekala perlu juga dia ingatkan. 

"Yara... cuba." Kepala dibiar tunduk ke bawah. Hatinya sedikit terbuai dengan perasaan bersalah. 

"Dear, mula la tu. Jangan nak overthinking sangat. Abang tak marah awak pun sayang. Tegur sikit je." Dagu Yara dikepit lembut dengan dua jari lalu dilangutkan ke atas. Pandangan mata mereka dikunci. 

"Yara takut abang penat nak tunggu Yara lama-lama." Hatinya dihurung sebak. Hanya Allah yang tahu rasa cintanya terhadap lelaki itu semakin menebal hari berganti hari. Siapa je yang tak takut kehilangan orang yang kita sayang? 

"Apa cakap macam tu. Ok, abang minta maaf. Abang tak cakap dah macam tu. Maafkan abang boleh?" Gelabah hati Attar apabila mata si isteri mula berkaca. 

"Abang tak salah. Yara yang salah." Setitis dua air mata tumpah juga biarpun ditahan. Hatinya sudah jauh lebih lembut daripada tisu agaknya. Mudah sangat menangis dengan hal-hal remeh seperti itu

"Ya Allah, subhanallah. Tak, sayang. Awak tak salah. Tak nak sedih-sedih macam ni. Nanti teruk abang kena soal siasat dengan ummi." Tubir mata Yara diseka dengan ibu jari. 

"Yara minta maaf." 

"Tak ada apa yang abang nak maafkan, sayang. Stop, berhenti menangis. Shhh. Biasa dia tu." Jari telunjuk dirapatkan ke bibir wanita itu. Yara dipujuknya seperti memujuk anak kecil. Berkerut-kerut wajah si isteri menahan tangis. Mujur tidak ada orang yang lalu-lalang berdekatan dengan mereka. 

"Nak menangis lagi? Kalau dear nak sambung menangis, abang boleh tinggal dear dekat sini." Laju wanita itu menggelengkan kepala bersama rembesan air mata yang tersisa. Attar mengulum senyum agar tidak pecah. Saat itu mindanya cuma dipenuhi dengan kecomelan si isteri. Mahu sahaja digigitnya pipi Yara. Comel sangat! 

"Abang marah Yara ke?" Tangan Attar dipaut ke dada. Nak sambung menangis takut kena tinggal. 

"Tak, sayang. Abang tak marah. Yara kan small butterfly abang. Buat apa abang nak marah si rama-rama kecil abang yang lembut hati ni. Dear yang fikir jauh sangat. " Kepala Yara yang bertutup tudung sarung itu diusap Attar. 

"Betul tak marah?" Tekannya lagi

"Sikit pun tak. Malah, hati abang ni makin gebu dengan rasa kasih dan sayang abang pada awak." Tangan Yara dicapai dan dibawa ke dadanya. 

"Can you feel how thunderous my heartbeat is? All because of you, small butterfly." Attar tidak menipu. Setiap degupan jantung suaminya yang berdetak pada telapak tangan dapat dihitung Yara dengan jelas. Tanpa sedar, bibir mengukir senyum. 

"Kan cantik macam ni. Senyum la selalu-selalu sikit untuk abang. Boleh tak, si rama-rama kecil yang emosi? Kalau tak boleh kena bolehkan jugak." Yara tersenyum nipis. Attar memang jaguh dalam memujuk hatinya. 

"Yara cuba." 

"Jom balik mandi. Dah berlengas dah badan abang ni." Tangan diturunkan ke pinggang ramping si isteri. Tubuh kecil itu ditolak lembut agar bangun. Yara hanya menurut tanpa membantah. Badan dia pun sama berlengas. Tak selesa nak duduk lama-lama.

“Nak mandi dengan abang tak?” Sakat jejaka itu. Membulat mata Yara. Wajah kacak suaminya dilirik tidak percaya. 

“keep dreaming.” tubuh sasa si suami ditolak Yara keras sebelum dia melarikan diri ke arah kereta milik Attar. Terkekeh-kekeh jejaka itu dengan ragam isterinya. 

Kasih Kita Sempurna (c)Where stories live. Discover now