Bab 4

13 1 0
                                    

"Makcik Peah, Ying balik dulu ya. Nak bersiap pergi jalan dengan auntie." Suara Jasmine terdengar teruja. Lama sudah tidak menginjakkan kaki ke bandar bersama ibu saudara kesayangannya itu. Rindu!

Makcik Peah tersenyum. "Ha, hati-hati balik tu. Duit tambang ada, kan? Tak tercicir? Tak kurang?" Soal Makcik Peah. Bukannya apa, terbawa-bawa dengan situasi Farhana yang sering tercicir wang. Takut jadi dengan Jasmine pula.

"Ying jalan kaki. Dah lama tak tengok kawasan sini." Balasnya, girang. Pakcik Aslan berpandangan dengan Makcik Peah.

"Hisy, tak payahlah nak jalan kaki! Ada abang Zam tu. Nak tumpang motor dia?" Makcik Peah menegah, risau. Pakcik Aslan mengangguk, membujuk. Bimbang dengan keselamatan Jasmine. Lorong tu sunyi sikit, risau terjadi perkara tak diingini.

"Tak payah susah-susahlah, makcik dan pakcik Ying yang comel. Ying okey saja jalan sendiri. Lagipun rindulah, boleh kenang memori sebelum Ying pindah dulu." Pantas dia mencari alasan. Tidak mahu menyusahkan, dan memang niatnya mahu berkeliling. Entah siapa yang menghuni rumah sewa ibu saudaranya dulu itu pada masa sekarang.

"Yalah. Tapi hati-hati! Jangan nak cakap dengan orang yang Ying tak kenal. Paling penting, jauhkan diri dari orang mencurigakan. Terus teriak aje kalau dah buat Ying tak selesa, ya!" Pesan Pakcik Aslan. Seronok rasanya dilayan begini. Merasai kehangatan kasih sayang ibu bapa.

"Tak apa, umi, abah. Ying tu dah kenal kawasan sini ni, ha. Tutup mata je dapat sembunyi punya kalau ada orang jahat." Zamri pantas memintas perbualan. Jasmine tergelak.  Benar, lelaki berusia 25 tahun yang merupakan anak sulung pasangan itulah guide kawasan persembunyian rahsia mereka sewaktu kecil!

"Ha, Ying gerak dulu. Assalamualaikum..." Jasmine menyalam tangan Makcik Peah, lalu melambaikan tangannya. Berlalu pergi.

. . .

"Masih sama saja bangunan dekat sini. Tak dicat pun." Jasmine bercakap sendiri. Bangunan lama yang menjadi kawasan kediamannya dulu diperhatikan. Ampaian yang tersidai di salah satu rumah di sana bergerak-gerak ditiup angin.

Sibuk dia menelaah pelbagai hal yang mengimbau memori lama, tiba-tiba suara garau menerpa telinganya. "Berhenti."

Terkaku, Jasmine langsung berputar ke belakang. Sangkanya Zamri yang melakukan prank namun ketika dilihat ke belakang....

Abang sado yang datang kemarinlah!

"Eh, h- hai bang." Jasmine senyum kecil. Nak blushing-lah! Hensem pula wajah lelaki ini. Macam pelakon-pelakon yang selalu beraksi menawan di siaran televisyen!

Tapi senyuman Jasmine pudar apabila menyedari kehadiran beberapa orang lagi. Pudar kejap sahaja, lalu menjadi semakin lebar.

Banyaknya abang-abang sado! Padulah!

Sebuah kereta SUV berwarna hitam diparkir di belakangnya. Jasmine menoleh. Kejap, apa ni? Prank? Mana kameranya?

Boleh viral ni kalau buat lagak-lagak diva! Silap-silap kena bawa berlakon.

Terhenti sebentar nafas Jasmine apabila melihat seorang lelaki dengan kemeja t lengan panjang berwarna hitam menuruni perut kereta itu. Tidak jelas wajahnya dari jauh sehingga Jasmine terpaksa mengecilkan mata. Namun yang jelas, sosok ini lebih tinggi berbanding abang sado yang kemarin dia kagumi. Dan lebih muscular! Sampai berketul dah baju tu dibuatnya!

"Naura Jasmine Ying, isn't she?" Suara serak basah dan cukup garau itu membuatkan Jasmine meremang. Fulamak, dah macam selebriti Barat! Mata yang ditutup dengan cermin mata hitam itu memerhati raut wajah Jasmine. Selamba sahaja riaknya.

Mrs. Hazrael: His BelongingΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα