Bab 6

12 1 0
                                    

"Uish, hensemlah!"

Di sebalik beberapa figura yang sedang meninjau-ninjau kawasan kedai buku itu, susuk tubuh Jasmine juga turut melilau-lilau di sebuah rak. Tersusun pelbagai komik yang menarik perhatian Jasmine. Gambar-gambar berilustrasi memang kegemarannya sejak kecil. Malah dahulu sering dibelikan majalah oleh auntienya untuk mengalih perhatian Jasmine yang masih kecil.

Sibuk membelek-belek komik itu, terasa seseorang berada di belakangnya. Ditoleh sejenak, tiada. Mungkin perasaannya sahaja. Namun masih ragu kerana sebentar tadi benar-benar terasa kehadiran seseorang yang seolah-olah membuntuti pergerakannya.

Ekor matanya ligat mencuba memerhatikan sekeliling meskipun tangan berpura-pura membelek buku tanda penuh fokus. Benar dugaannya! Seorang lelaki sedang memerhatikannya dari jauh. Panik, namun mencuba untuk tetap tenang. Jangan sampai ketara.

"Hmm, tak sukalah komik satu ni. Bosan, tak best sangat aksi lawannya. Lukis darah pun warna biru!" Sengaja dikuatkan sedikit tona suara untuk memastikan lelaki tersebut benar-benar melihat ke arahnya. Betul! Lelaki itu masih berdiri di satu sudut tidak jauh darinya.

Perlahan-lahan, Jasmine bergerak keluar menuju kerumunan orang ramai. Matanya masih liar melihat sekiranya masih diekori lelaki itu lagi. Syukurlah, sudah hilang. Segera nombor ibu saudara didail. Kebetulan, Sook Li terlebih dahulu menghubunginya. Meminta agar Jasmine bergerak terus ke restoran makanan segera kesukaannya.

Semua masalah tadi lenyap begitu sahaja. Perasaan teruja menguasai diri. Yeay! Hari jadi ke-17 penuh makna dengan adanya sambutan daripada ahli keluarga kesayangannya itu.

Tanpa disedari ada mata yang sedang tajam memerhatikannya.

. . .

"Happy birthday ya Ying. Love you always." Sook Li berbicara dengan penuh emosional, kasih sayangnya melimpah-limpah pada tubuh remaja perempuan itu. Naura Jasmine Ying, harta peninggalan abang kandungnya.

"Auntie!" Pelukan dihadiahkan buat ibu saudara tercinta. Menangis kerana tidak tertahan rasa terharu. Kek yang comel itu benar-benar menyentuh hatinya. Lukisan dua figura berpegangan tangan. Ya Allah, sungguh mengharukan!

Tepat pukul 8 malam, barulah langkah kaki mereka beransur meninggalkan pusat beli belah yang dikunjungi. Dengan barang-barang dapur yang dijinjing oleh Jasmine. Sook Li terlihat masih terkial-kial meminta anak saudaranya itu menurunkan beg barangan yang dibawa. Namun gadis itu enggan. Biarlah dia yang membawa barangan tersebut, tegasnya.

Sehingga menapak masuk ke dalam rumah, senyuman Jasmine masih menghiasi wajahnya. Rasa gembira itu masih kekal. Rasa syukur. Malam itu, Sook Li tidur lebih awal atas desakan Jasmine juga. Tiada piring untuk dibersihkan. Pakaian sudah dilipat sewaktu tiba di rumah petang tadi.

Pukul 12:35 tengah malam.

"Emm, macam Anafasa I. Macam Anafasa II pun ada. Haish, pening." Rambut digaru seketika dengan pen yang dipegang pada jari runcing tersebut. Jasmine mengetap giginya, masih bingung dengan soalan yang dijawab.

Tidak semena-mena, nada deringnya berbunyi lagi. Berfikir bahawa itu merupakan panggilan daripada Atirah, Jasmine tangkas berlari menuju soket tempat telefonnya sedang dicas. Tetapi berbeza dengan tekaannya, terdapat nombor yang tidak dikenali sedang memanggil.

Satu saat...

Dua...

Tiga...

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now