Bab 20

8 1 0
                                    

Bunyi ketukan pada pintu rumah Pakcik Aslan segera menarik reaksi Makcik Peah dan suaminya itu. Farhana yang terdengar suara Makcik Peah menjawab salam turut berlari keluar dari biliknya. Ketika pintu dibuka, wajah Hazif dan Zamri yang tercungap-cungap mengundang tanda-tanya pada ketiga-tiga figura di dalam rumah teres kecil itu.

"Zam, Hazif! Kenapa sampai berpeluh sakan ni? Ya Allah, kenapa ni nak?" Makcik Peah mengacukan pertanyaan sambil membantu anak lelakinya itu masuk. Farhana turut sama mendekati abangnya. Hazif dibantu oleh Pakcik Aslan yang turut mengerutkan dahi.

"Masih tak jumpa Ying juga?" Soal Pakcik Aslan. Hazif menggeleng. Suami isteri yang menjadi orang tua kepada Farhana dan Zamri itu berpandangan. Kerisauan jelas pada wajah mereka.

"Tak apalah, minum air dulu." Farhana datang dari ruangan dapur. Menyuakan jag berisi air oren yang sejuk dan beberapa buah gelas. Segera diteguk Hazif. Zamri masih menyandarkan kepalanya ke permukaan sofa.

"Ya Allah, kenapa boleh lebam ni nak?!" Makcik Peah menyedari kulit anak lelakinya itu mempunyai kesan calar dan lebam yang terlihat masih baru. Hazif langsung diteliti Pakcik Aslan. Sama. Mempunyai beberapa kesan pukulan pada lengan dan lehernya. Syukurlah wajahnya baik-baik sahaja.

"Umi... Zam dengan Hazif tak sengaja jumpa jalan pelik." Zamri bersuara perlahan, meneguk air oren dengan ais yang kian mencair. Farhana memandang wajah abangnya itu. "Maksud abang?"

"Abang Zam jumpa jalan dekat dengan kawasan gudang lama. Tapi jalan tu penuh hutan lebat. Bila masuk dalam, hutan tu dah tak ada. Yang ada...." Hazif pula menjelaskan. Semakin berkerut wajah wanita dan lelaki tua di hadapannya itu. Farhana memandang Hazif.

"Apa yang kauorang jumpa?" Soal Farhana, ingin tahu. Hazif menghela nafas. Teringat kejadian yang tiba-tiba sahaja tadi. Nyawa mereka hampir melayang. Syukurlah...

Mia Naranha yang merupakan junior di universiti tempatnya melanjutkan pelajaran tersebut menyelamatkan mereka. Begitu kaget dirinya melihat gadis tersebut sebentar tadi. Sungguh, rasa terkejut itu benar-benar menghambat perasaannya. Mia Naranha, gadis comel yang sering bersungguh-sungguh mencuba berinteraksi dengannya, ternyata adalah sebahagian daripada individu aneh di rumah agam itu?

"Rumah agam." Jawab Zamri diselangi deruan nafas yang menggambarkan rasa penatnya. Makcik Peah memandang wajah Zamri dan Hazif.

"Tak apa, pergi tidur dulu. Dah larut malam ni. Pergi tidur dulu. Tadi si Hana ni dah telefon Atirah. Dato' Shaziman dah lapor polis katanya. Insya-Allah masih ada harapan nak jumpa Ying. Kita doa sahaja yang baik-baik. Kita dah ikhtiar." Hamparan pelega hati diujarkan oleh Pakcik Aslan. Mengundang anggukan perlahan daripada Hazif dan Zamri. Makcik Peah dan Farhana turut mengiyakan. Hazif meminta izin ingin pulang namun ditegah Makcik Peah. Disuruhnya Hazif untuk tidur di rumah mereka dahulu.

"Tak apalah, makcik. Hazif masih okey. Masih mampu bawa motor. Rumah Hazif tak jauh pun." Hazif memandang wajah Makcik Peah. Risau menyusahkan keluarga itu. Tetapi desakan demi desakan melarangnya balik tetap sahaja tidak kunjung reda daripada Makcik Peah diikuti Pakcik Aslan. Sehingga akhirnya Zamri bersuara agar Hazif tidur sahaja di biliknya. Hazif tiada pilihan lain selain menyetujui cadangan itu.

Pada pukul 3:26 pagi, barulah semua figura dalam rumah tersebut terlena. Sempat Hazif mengirimkan pesanan kepada Atirah melalui aplikasi WhatsApp tentang hasil pencarian serta keberadaannya. Tiada jawapan daripada gadis itu. Pasti sudah diulit mimpi, fikirnya.

. . .

Jasmine menggigit bibir. Sehingga menjadi lebih merah. Gigitan itu dilepaskan. Rasa tidak selesa yang menimpanya kini begitu mengucar-kacirkan hatinya.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now