Bab 22

6 1 0
                                    

Hazif berdiri di luar kawasan rumah banglo kepunyaan Dato' Shaziman, ayah kepada sang kekasih hatinya, Atirah. Tangannya kalut naik turun mengelap peluh yang gigih menuruni kulit lehernya.

"Mana pula dia ni..." Suara lelaki bertubuh lampai dengan tubuh segaknya bergema perlahan pada sistem pendengaran sendiri. Sudah 5 minit dia berdiri di situ, terkial-kial menunggu Atirah.

"Ya Allah, Hazif! Kau buat apa dekat situ, woi?" Azhad bersuara kuat, memanggil Hazif. Anak ketiga kepada Datin Fareeda tersebut sedang ligat memerhatikan Ducati miliknya. Meneliti ke sana ke mari sehingga tidak menyedari kehadiran Hazif.

"Eh, Bang Ad. Atirah ada?" Hazif berjalan masuk mendekati kedudukan Azhad yang masih sibuk meneliti motosikal kesayangannya itu. Diamati berkali-kali.

"Ada tu dekat atas. Dari semalam tak keluar bilik. Risau sangat dengan kawan kauorang tu." Azhad menjawab selamba disertai deruan nafas perlahan. Sejujurnya dia juga bimbang akan rakan adiknya tersebut.

Jasmine.

11 tahun lalu, gadis berbangsa Melayu-cina tersebutlah yang menyelamatkan adik bongsunya daripada malapetaka. Walhal ketika itu dirinya ada bersama.

Peristiwa kebakaran di makmal sekolah rendah. Sewaktu itu, Atirah masih berusia 9 tahun. Darjah 3. Sedangkan Azhad sudah berada pada Darjah 6. Sudah hampir mencapai zaman remajanya.

Terimbas kembali rasa panik yang menghentam diri Azhad lebih sedekad silam. Perasaan gentar ketika mengetahui Atirah masih berada di dalam makmal sains yang sudah marak dijilat api. Rasa takut dan gagal menjadi seorang abang yang bertanggungjawab.

Di saat itulah pula seorang gadis cilik, dengan mata sepet miliknya - berlari masuk dengan keberanian yang bahkan Azhad sendiri tidak miliki. Jasmine, menjadi penyelamat adiknya saat itu. Tubuh mungil milik sang gadis berkulit putih tersebut dengan beraninya merentasi kawasan pintu yang sudah menyala-nyala dek kerana api yang semakin menggila.Tidak menghiraukan teriakan pegawai bomba yang memanggil dirinya.

Sehinggalah tubuh kecil itu membawa keluar Atirah yang sudah terlihat tidak berdaya lagi. Mujurlah, dia selamat. Andai lewat seminit dua, mungkin sampai sekarang rasa bersalah akan segar di atma Azhad, menghantuinya selama diri masih berjalan di wajah dunia.

Sungguh, kenangan itu tumbuh menjadi menjadi memori lusuh di benak Azhad.

"Hazif." Santun panggilan Atirah mengakhirkan lamunan kedua-dua teruna di kawasan halaman rumah tersebut. Hazif segera memandang wajah Atirah. Mata gadis itu agak bengkak, pasti kerana tangisan yang sukar dihentikan.

"Ha, datang pun. Lama betul nak munculnya. Kesian Hazif tunggu lama dekat sini." Azhad turut memandang wajah Atirah. Adik bongsunya itu memaparkan riak wajah mencebik. Tanda begitu manja terhadapnya.

"Tirah bersiap tadi. Bukannya lama sangat pun." Atirah menjawab, lalu berjalan menuju Hazif. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala. Terhibur melihat sisi lain sang pujaan hati tersebut. Begitu manja terhadap abang-abangnya.

"Kami gerak ya, bang. Cau. Assalamualaikum." Hazif mengangkat tapak tangan, dibalas oleh Azhad. Sempat juga dia mengusik adik perempuan satu-satunya itu. Mengolok-olok makeup Atirah yang disamakan dengan mak lampir.

Usai menaiki kereta Almera dengan warna silver milik Hazif, Atirah yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu tersebut menekur ke luar jendela. Hazif menyedari perihal tersebut. "Tirah, janganlah risau. Aku yakin si cina tu masih ada di sekitar sini. Aku yakin rumah agam semalam tu ada jejak dia."

Atirah menghela nafas. Buntu.

"Tapi... Polis dah siasat tempat tu. Daddy kata, polis tak jumpa apa-apa yang mencurigakan. Cuma kawasan untuk persinggahan tetamu luar negara katanya. Hmm." Atirah masih memandang ke luar tingkap kereta. Fikirannya berserabut dengan segala kemungkinan yang menimpa rakan baiknya, Jasmine. Sempat lagi menyalahkan diri sendiri.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now