Bab 28

3 1 0
                                    

Setelah hampir sejam, kereta yang dinaiki Hazrael berserta yang lain akhirnya tiba di kawasan lapangan terbang. Carrie dan Farid terlebih dahulu keluar untuk menguruskan penerbangan -- memeriksa keadaan kapal terbang peribadi milik tuan muda mereka. Jasmine ditinggalkan berdua-duaan bersama Hazrael yang sejak tadi hanya meneliti beberapa dokumen-dokumen tersimpan kemas di dalam fail berwarna hitam.

Bunyi mukbang yang bergema daripada pembesar suara telefon pintar Hazrael itu tidak membuatnya memberi reaksi sama sekali. Jasmine hanya dibiarkan menonton video-video tanpa gangguan. Gadis bertudung sarung hitam tersebut pula semakin lama semakin larut melihat-lihat pelbagai video animasi ASMR.

"Naura." Hazrael memanggil, suaranya agak perlahan tetapi tegas. Jasmine menoleh, tangannya lantas menghulurkan telefon pintar yang kemas dalam genggamannya tersebut, berfikir lelaki itu berubah mood lagi. 'Mula dah mamat dia. Start lagi dia marah.'

Hazrael tidak mengendahkan huluran Jasmine. Sebaliknya lelaki itu mengunjukkan kad berwarna hitam kepadanya. Jasmine mengerutkan dahi, keliru dan merasa sifat Hazrael tersebut agak aneh.

"Apa ni?" Soalnya, hairan. Hazrael mendekatkan jarak wajah mereka berdua, bibirnya hampir mengenai dahi gadis tersebut. Tetapi Jasmine lantas mengelak, kendatipun sudah tersandar di pintu kereta.

Cup! Ciuman mendarat di dahinya.

Terdiam, Jasmine memandang Hazrael. Jantungnya berdegup laju, aliran darah dalam tubuh terasa lebih cepat berbanding kadar biasa. Hazrael tidak senyum tetapi matanya seolah-olah menggambarkan hal itu. Tangannya tiba-tiba sahaja naik mengusap kepala Jasmine.

Tanpa sebarang kata-kata lagi, Jasmine dibiarkan duduk sendirian di dalam kereta dengan kad hitam serta telefon pintar milik Hazrael. Dia mencuba ikut keluar tetapi Carrie yang sudah tiba di sana terlebih dahulu menghalangnya.

Terperangkap di dalam kereta, Jasmine memandang telefon pintar di dalam tangan. Dia lalu mencuba seupaya mungkin untuk mengingat bait-bait nombor telefon mana-mana rakan terdekatnya. Serta auntie. Sayang, satu pun tidak kunjung tiba di benaknya.

Farid memasuki perut kereta bersama Carrie. Jasmine memandang Farid. "Hazrael pergi mana?" Soal gadis itu. Entahlah. Hazrael merupakan lelaki yang paling dia benci namun tanpa dia sendiri ketahui, dia semakin terikat dengan lelaki itu.

Tambahan pula, Hazrael merupakan suami sahnya. Meskipun tanpa kerelaan, tetapi hakikat sebenar tetaplah kenyataan.

"Moscow. Tuan naik flight peribadi dengan Tuan George." Farid menjawab, suaranya santai sahaja. Jasmine mengangguk. Walaupun dia tidak mengenali siapakah George, tetapi dia yakin pasti lelaki tersebut memiliki urusan penting.

'Sejak bila pula kau kisahkan dia ni, Jasmine? Ya Allah, istighfar!' Jasmine menggelengkan kepala, menggerutu di dalam hati. Tangannya yang masih kemas menggenggam kad hitam serta telefon pintar milik Hazrael itu diamati. Carrie yang sejak tadi berdiam diri tiba-tiba bersuara.

"Farid, drop je lah betina ni. Bagi dia lari. Nanti cakap je dekat tuan aku tak sengaja bagi dia lari." Menghentam sistem pendengaran Jasmine, segera dia memandang Carrie bagi memastikan benarkah suara itu datang daripada bibir milik wanita muda tersebut. Farid segera memandang Carrie sekilas lalu kaku sebentar. Beberapa saat kemudian, dia menggelengkan kepala.

"Tak boleh. Itu kira kau khianat tuan." Jawab Farid. Carrie ketawa, dan wajah cantik itu buat pertama kalinya mengukir senyuman, walaupun begitu sinis. Dia memandang ke arah Jasmine melalui cermin pandang hadapan.

"Alah, Farid. Kata kesian dekat budak ni. Dah alang-alang ada peluang tolong dia, apa lagi? Pergilah! Aku bagi cadangan, lagipun aku okey je kalau kau nak tuduh aku yang salah nanti." Selamba gadis itu mengapi-apikan perasaan Farid yang bergejolak. Ada benarnya, fikir Farid. Tetapi, mahu dibandingkan rasa itu dengan rasa sesal mengkhianati Hazrael, dia lebih memilih mengasingkan perasaan kasihannya terlebih dahulu. Untuk masa sekarang.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now