Bab 30

2 1 0
                                    

"Umm, Hazrael. Do you have any food to crave for now? Gia can cook for you." Suara lunak Gianerda menyapa telinga Hazrael yang baru kembali dari luar rumah agam milik keluarga Herzov tersebut. Mendengar soalan Gia, Hazrael menggeleng perlahan.

"No." Dia menjawab, matanya kosong memandang wajah gadis muda di hadapannya itu. Gianerda memuncungkan bibir.

"Seriously? If so, what's your favourite food? Gia will try to cook it!" Suara merengek gadis itu dibiarkan sahaja. Hazrael hanya menggeleng. Lalu berdiri diikuti Gianerda. George Von Xander sudah kembali bersama ayah Gianerda dari kawasan halaman belakang tempat kedua-dua tubuh tua itu bersembang sebentar tadi.

Tanpa sebarang kata putus mahupun ucapan selamat tinggal, Hazrael hanya berjalan membelakangkan Gianerda tanpa sedikitpun menoleh. Hanya berjabat tangan dengan Franchiste. Lelaki berusia yang merupakan ayah kandung Gianerda tersebut terkesima dengan pemuda itu.

Hazrael Von Xander, lelaki itu benarlah seperti yang diperkatakan. Sifatnya tidak begitu manusiawi. Akibat kehancuran yang dahulu pernah menimpa dirinya.

Berlalu pergi menaiki kereta Volkswagen yang dipandu Gray, Hazrael meninggalkan George Von Xander tanpa sebarang kata lagi. Gray sudah bersiap sedia mengambil Hazrael dari rumah agam itu, bahkan kehadirannya sudah lebih beberapa jam yang lalu.

"Rael, what do you think about the girl?" Gray menyoal. Hazrael tidak merespon. Sebaliknya dia mengarahkan Gray untuk terus membawanya ke rumah kediaman Hazrael di Rusia tersebut, tepatnya rumah sebenar sebelum segenap ahli keluarganya gugur akibat kejadian bertahun-tahun silam.

"Oh, not the hotel?" Gray kembali bersuara. Hairan mengapa rakannya itu ingin menuju ke rumah yang sudah diserahkan sepenuhnya kepada pekerja-pekerja Hazrael di Rusia. Lelaki Jerman tersebut memandang Gray dengan iris kelabu dengan begitu kosong.

"No. I'm staying there tonight." Jawabnya. Gray mengangguk sahaja. Kereta dipandu dengan lebih laju. Hari sudah hampir gelap saat itu. Apabila kereta memasuki perkarangan kawasan rumah yang begitu terlihat besar dan mewah, Gray memarkir kereta tepat di hadapan pagar rumah.

Hazrael hanya memandang Gray yang menepuk bahunya dengan perlahan. Lantas tubuh lampai itu berlalu keluar dari dalam kereta. Memasuki pagar yang diakses menggunakan cap tangan. Apabila Hazrael sudah masuk, barulah Gray membawa keretanya memecut pergi dengan ngauman enjin yang ganas.

"Welcome home, Master." Dua orang lelaki berkaca mata hitam mendekati Hazrael secara serentak lalu menundukkan kepala. Hazrael mengangguk lalu masuk terus ke dalam rumah agam itu. Memerhatikan sekeliling. Tidak begitu banyak yang berubah.

"Fez, lend me your phone. Dial Farid's number." Lelaki Jerman itu bersuara perlahan. Dia tadinya terfikir untuk membeli telefon pintar baharu tetapi ketika mengenang wajah Jasmine, terasa sesuatu seperti menegah niatnya.

Dengan pantas, Fernandez segera mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor Farid. Beberapa saat kemudian, panggilannya disambut.

"Farid."

"Ya, tuan."

"Naura dah berlepas?"

"Sudah tuan. Sekitar 2 jam yang lalu."

"Hmm."

Panggilan dimatikan. Telefon pintar Fernandez diserahkan kembali.

Lebih kurang 5 jam lagi, Naura akan menemuinya. Lelaki itu tidak dapat mengekang suatu rasa aneh yang mendambakan kehadiran gadis itu. Walaupun dia begitu membencinya dan mahu gadis itu tidak merasakan hal lain selain derita, dia tidak dapat menahan perasaan pelik yang ingin kehadiran gadis tersebut bersamanya.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now