Bab 12

6 1 0
                                    

Sakit yang menyengat kulit lengan Jasmine membangunkan gadis itu. Nafas lemah berbaur rasa penat yang teramat beransur-ansur semakin perlahan. Matanya dipaksakan untuk melihat sekeliling.

Dia sedang berada di dalam sebuah bilik kecil. Bilik tersebut kosong, tiada penghuni selain dirinya. Digagahkan tubuh untuk perlahan-lahan berdiri menuruni katil namun terduduk akibat rasa sakit pada bahagian lutut yang bertalu-talu menikam reseptor derianya.

Tangan yang berbalut diteliti perlahan selama beberapa saat. Lalu tiba-tiba sahaja teringat pada telefon pintarnya.

"Atirah. Atirah..." Dia memanggil sayu. Hampa apabila kocek seluar diseluk, tiada apapun yang tersisa. Pasti sudah digeledah dan diambil oleh para manusia gila yang tiba-tiba sahaja menimbulkan persoalan dan memori gelap dalam hidupnya.

Andai saja jika bukan ugutan sosok yang merentap pinggangnya di dalam sebuah kereta itu, pasti dia sudah berteriak meminta pertolongan daripada Atirah yang menghubunginya sebentar tadi.

"Cakap kau dekat mana sekarang. Make your excuses. Atau kau nak aku letupkan kereta kawan kau dari dalam sini?"

Suara lelaki dengan iris kelabu menyapa gegendang telinga. Jasmine mengetap gigi dengan penuh amarah. Kurang ajar! Dia begitu tidak terima dengan perlakuan yang diberikan kepadanya. Tidak tertahankan rasa sakit yang menyerang atma. Menganggap hari ini sebagai hari yang akan bahagia namun sebaliknya peristiwa hitam satu per satu meleburkan rasa sukacita.

"Auntie... Ying minta maaf... Ying tak telefon auntie tanya khabar... Ying sibukkan diri dengan belajar sampai lupa..." Jasmine tidak menahan dirinya lagi. Tangisan yang begitu menyayat hati dilepaskan. Air mata tidak diseka bertalu-talu membasahi wajah. Bibirnya dikemam menahan amarah terhadap diri sendiri dan anasir-anasir yang bermunculan saat ini lalu menimbulkan rasa perit dalam hidupnya.

Cermin mata yang tadinya dia genggam segera dicari-cari. Wajahnya menunjukkan reaksi panik yang teramat. Mencuba memaksakan upaya diri untuk melangkah lebih jauh dari tempatnya terduduk sebentar tadi. Namun upaya gadis itu tidak dapat melebihi usahanya. Gagal. Terduduk lagi. Dicuba sekali lagi namun masih tidak mampu menggerakkan tubuh dengan baik.

"Ya Allah..."

Baru sahaja Jasmine ingin menyandarkan tubuh pada dinding bilik kecil yang tidak diketahuinya itu, bunyi tapak kasut menyentuh lantai bergema. Bunyinya semakin lama semakin mendekat. Jasmine mempamerkan riak penuh benci. Wajahnya tidak terlihat seperti dirinya yang sering mengukirkan butiran senyuman pada bibir merekahnya.

"Sir, dia dah bangun." Wajah tidak berekspresi yang tertonggak di hadapan pintu diteliti Jasmine. Tiada kaca mata menyebabkannya harus menggosok mata beberapa kali. Masih tidak jelas.

Namun suara itu seperti pernah dia dengari sebelum ini.

"Shh. Ini cuma mimpi."

Suara itu! Suara sama yang pernah muncul dalam... mimpinya? Atau benarkah itu mimpi? Dengan keadaannya yang seperti ini, seolah-olah tiada satu pun perkara yang dapat dia terima dengan logik akal. Semuanya terlihat tidak nyata, bahkan tiba-tiba sahaja menjengah ruang hidupnya yang begitu jauh daripada segala yang dihadapi detik ini.

"A- awak tak apa-apa?" Tiba-tiba sahaja seorang lelaki berlari anak mendekati tubuh lemah yang tersandar pada dinding bilik itu. Apabila tubuhnya bercangkung di hadapan Jasmine, barulah dia mengenali lelaki itu.

"Kau... Kau lelaki yang datang rumah aku 3 tahun lalu. Kau... kau." Jasmine mengurai nafas lemah. Farid menelan liur yang terasa kelat. Wajahnya terlihat dihambat rasa bersalah yang seolah menjatuhkan diri tepat di atas bahunya.

"Farid, move." Suara serak basah yang cukup garau menggoyahkan hasrat Farid untuk memeluk tubuh Jasmine itu. Tudung Jasmine yang sudah tidak tentu arah namun masih gagah menutupi auratnya dibetulkan perlahan oleh Farid. Mengundang keluhan kecil daripada Hazrael.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now