Bab 11

9 1 0
                                    

Rumah Agam Xander. Pukul 11:34 pagi.

"Sir, she is finally here..." Suara seorang lelaki muda yang dulu pernah menyapa telinga Jasmine -- Farid Alhadzmark, berbunyi mengisi bilik tuan muda yang dia patuhi itu.

Hazrael Von Xander, tuan muda keluarga Xander yang baru sahaja menamatkan pelatihan militannya.

Iris kelabu milik Hazrael bergerak secara perlahan meneliti dokumen kecil yang berada di atas meja. Keluhan kecil dihembuskan. Tangannya ligat membelek-belek helaian kertas yang seolah lebih menarik minatnya berbanding menjawab laporan Farid.

"I don't care about her, Farid. That passcode is my fucking target. Our damn target. Look for it. Take Bryan with you if needed. I'll arrive there sooner." Suara yang cukup menggerunkan namun cukup indah untuk didengari bergema. Farid tunduk hormat seketika lantas mengundurkan diri daripada ruangan itu.

Beberapa saat selepas Farid bergerak pergi, Hazrael menutup fail yang sejak tadi dibacanya. 'Tch. Three years is now enough. You've finally grown.'

. . .

Buk!

Tubuh Jasmine dihempas pada permukaan dinding konkrit yang bertekstur cukup kasar. Erangan terutus pada bibir yang sudah berubah pucat itu. Matanya cuba dibulatkan, ingin melihat siapakah sosok yang sudah meladeninya sedemikian. Apabila melihat ke hadapan, 4 individu yang tadi membawanya ke tempat asing tersebut mula berundur seolah memberikan laluan. Tepat jangkaannya.

Seorang lelaki berambut agak nipis berwarna merah tua memasuki ruangan pintu gudang tersebut. Gudang lama yang luas namun terlihat begitu kosong, seolah-olah belum selesai dibina.

"Walawei! Ini dia Young Miss darah Sook Wang!" Dengan intonasi mengejek, lelaki berambut merah tua yang memandang ke arah Jasmine itu membongkokkan diri di hadapannya. Mencengkam dagu Jasmine dengan kasar.

"Kau siapa, hah? Mana auntie aku? Apa kamu semua nak?" Jasmine menjerkah kasar dengan kudrat yang masih tersisa. Rontaannya ketika masuk ke dalam gudang tadi menyebabkannya mendapat pukulan kuat pada bahagian perut dan wajah.

"Walao, cari auntie rupanya. Sini, wa kasi tengok lu punya auntie ah."

Selang setelah Jasmine melihat hal paling mengerikan dalam hidupnya itu, tangisannya terhambur kuat disahut tawa mendekah-dekah lelaki berusia 50-an tersebut. Jasmine menjegilkan mata tidak mahu percaya.

Video ibu saudara kesayangannya yang diseksa berkali-kali sambil dimaki hamun dipertontonkan kepadanya. Tangisan dan erangan ibu saudaranya menyebabkan hati Jasmine direntap rasa sedih serta amarah yang meluap-luap.

"Kenapa... Kenapa...?! Kenapa kau buat auntie aku macam tu? Apa salah dia pada kau, lelaki gila? Apa kau nak? Apa masalah kau?!" Teriaknya, marah. Tidak lagi kisah pada ikatan tangannya yang terasa sungguh sakit apabila ditarik-tarik ingin melepaskan sebuah tumbukan pada wajah lelaki itu.

"Haiya... Kalau dia mau kasi wa itu passcode dari papa lu, mungkin sekarang dia masih ada dengan lu." Lelaki itu tersengih memperlihatkan gigi emas yang terseret di bahagian gusi. Bukaan mata Jasmine semakin membesar.

"Apa kau maksudkan passcode, hah? Aku dah serik dengar ayat bodoh kau ni dari tadi! Kau semua organisasi haram tak guna-"

Pak! Tamparan kuat meniti pipi lembut Jasmine. Gadis itu tidak menunjukkan reaksi gerun sedikit pun, sebaliknya merapatkan cengkaman giginya. Timbul urat pada dahinya menunjukkan kemarahan yang menguasai minda.

Mrs. Hazrael: His BelongingKde žijí příběhy. Začni objevovat