Bab 9

8 0 0
                                    

Bang! Bang! Bang!

Boom!

"Eboshi- jangan! Woi, Ya Allah! Kenapa kau tembak-!"

Tok! Tok! Tok!

Waktu menunjukkan pukul 1:45 pagi. Jasmine yang segar-bugar matanya menonton animasi Jepun di hadapan skrin komputer atas ribanya tersebut segera menjeda video tersebut. Mencuba memastikan bunyi ketukan yang didengar bukan berasal daripada tayangan yang menjadi penghalang tidurnya sejak tadi.

Tok! Tok!

Ketukan masih berbunyi. Lalu beberapa saat kemudian diisi keheningan yang membuatkan dahi Jasmine berkerut, celaru. Siapa pula yang datang waktu seperti ini? Jam dinding diperhatikan. 1:47 pagi.

"Ada siapa-siapa dekat luar?" Soalnya, ragu-ragu. Namun tiada jawapan. Jasmine mengeluh berat. Sudah-sudahlah dengan terror hantu blok sebelah ni!

"Haish." Dia bingkas berdiri lalu mengambil tudung sarung yang sememangnya sudah tersangkut di sebuah ampaian khas untuk tudung sarungnya. Diambil yang berwarna biru tua lalu disarungkan pada kepala.

"Ada siapa-siapa tak dekat luar tu?" Panggilnya perlahan. Telinga didekatkan sedikit pada permukaan pintu. Namun tiada sahutan.

Kling!

Bunyi seolah syiling jatuh menyentakkan Jasmine. Terkejut sampai ke buku lali dibuatnya! "Ya Allah, kalau ni jin-jin yang mengganggu hamba-Mu, tolong berikan hamba kekuatan iman untuk melawa-"

"Arghhhhh!"

Jerkahan daripada Jasmine terhadap seseorang dengan pakaian serba hitam yang berada di dalam ruang biliknya itu menyebabkan individu tersebut menoleh sebentar ke arahnya. Dengan gerakan sepantas kilat pula berlalu pergi melalui tingkap bilik, meninggalkan Jasmine yang terpinga-pinga dengan mulut melopong luas.

"Shhh. Ni mimpi."

Buk!

Secercah rasa sakit tiba-tiba menghentam kepala Jasmine. Sehingga kepalanya terasa berpinar-pinar. Tidak sempat untuk mengeluarkan sebarang kalimah bagi menggambarkan perasaannya, tubuh Jasmine terhenyak ke lantai. Hilang kesedaran diri.

"Menyusahkan. Menyesal aku ambil alih tugas Von." Bisik suara yang terdengar agak feminin namun cukup serak itu. Tubuh Jasmine dipapah dengan sekali angkat, lantas perlahan didudukkan semula ke sofa. Seperti pose-nya sebelum ini ketika sedang melayan anime dengan konsentrasi penuh. Tudung gadis itu dibuka lalu diletakkan pada ampaian.

Video yang tadinya dijeda dimainkan semula. Lantas figura dengan tubuh yang cukup tinggi itu berlalu pergi apabila menutup semula laci dan jendela yang terkuak luas. Lantas berlalu mengikut pintu yang akhirnya dikunci rapat sebelum berjalan pergi.

. . .

"Yeah you're making me a boy with luv~ Oh my my my- Oh my my my-" Tap! Bunyi penggera yang berdering melalui telefon pintar milik Jasmine terhenti apabila tangan gadis tersebut menekan butang 'snooze.' Erangan kecil terutus di bibirnya.

"Aik?" Wajah keliru ditayangkan. Jasmine mengerutkan dahi seketika. Kepala diusap perlahan. Sakit sedikit. Apa yang dah jadi? Mata diliarkan ke arah sekeliling. Sepertinya tidak ada apa-apa yang berubah.

"Semalam tu mimpi ke?" Dia berbisik perlahan. Mencuba memproses apa yang terjadi. Apabila mata dilarikan ke arah komputer riba yang masih terletak kemas di atas meja kecil, ekspresinya semakin kusut.

"Tapi aku yakin sangatlah semalam ada orang pecah masuk rumah aku." Hati semakin tertanya-tanya, menyebabkan Jasmine segera bangun lalu berjalan ke arah cermin yang terletak di sebuah penjuru ruangan. Diteliti wajah dan keadaan fizikal tubuh badan. Tiada apa-apa yang berubah. Mengeluh kecil.

"Mimpilah tu kot. Semalam aku tengok orang nak curi kepala rusa, ha aku pula yang sakit kepala rasa macam kena tembak. Sampai mimpi orang pecah masuk rumah aku dah jadinya." Apabila berada di bilik kuliah, Jasmine selamba bercerita bersama Natasha. Gadis itu gelak mengekek. "Efek tengok anime sudahlah bah tu. Kau pun satu, tidaklah pandai tidur padahal mau dekat jam 2 sudah. Boleh pula kau tidak tertidur dalam kelas, kan?"

"Hahahaha, aku tidur awallah. Lepas Isyak dah tidur. Pastu jam 1 atau dekat-dekat jam 3 bangunlah. Revision... kadang tengok movie." Beritahunya. Natasha mengangguk-angguk. Dia suka dengan Jasmine yang mempunyai sikap teratur tersebut. Seperti robot! Boleh mengatur kehidupan seharian dengan terancang. Dari segi penampilan pun kemas pula tu. Minimalist style. Itulah yang membuatkannya tertarik mendekati Jasmine untuk dijadikan rakan.

"Asha." Suara seorang lelaki dari arah belakang membuatkan Jasmine menoleh serentak bersama Natasha. Khairil yang memandang Natasha dengan riak agak cuak itu membuatkan Jasmine sedikit tertegun. Namun tidak pula bagi Natasha yang segera berdiri lalu mendekati tubuh lelaki yang menjadi heartthrob di sana.

'Uish, boyfriend cold, girlfriend pula social freak. Macam love trope dalam cerita-cerita romance.' Getus otak Jasmine. Natasha memberikan ciuman kecil di pipi Jasmine sebelum berlalu pergi dengan Khairil. Sempat juga diucapkan selamat balik kampung pada Jasmine yang menelan air liur kelat akibat dipandang dengan begitu tajam oleh kekasih rakan sekuliahnya itu. Seolah-olah dia baru sahaja melakukan kes jenayah berat untuk dipandang sebegitu rupa!

Teringat pada Hazif dan Atirah. Mungkin beginilah ragam kedua-dua rakannya itu. Bezanya, Atirah yang pendiam sedikit dan Hazif lah yang 'mulut besar'!

. . .

Petang tersebut, Jasmine tidak terus balik ke rumah usai habis kelas. Dia memutuskan untuk bersiar-siar ke sebuah pusat beli-belah. Niatnya hendak membeli buah tangan khusus untuk auntie dan dua serangkai rakannya itu.

Namun kedai buku yang baru sahaja dibuka menyebabkannya terpeleset sehingga tanpa disedari hampir 2 jam dia berputar-putar mengumpulkan pelbagai jenis buku cerita untuk dibeli! Kebetulan, promosi sempena pembukaan kedai diadakan. Memang dikebaslah semua yang dilihat menarik.

"RM 74, dik. Nak resit?" Soalan pekerja kedai buku itu dibalas dengan gelengan kecil. Beberapa orang pelajar lain yang berada di universiti sama dengannya melihat-lihat ke arah Jasmine. Habis dia jadi pusat perhatian kerana membeli 8 buah buku. Pokai pun pokailah. Janji boleh baca puas-puas.

. . .

Ahad. Pukul 6:45 pagi.

Beg bagasi sederhana besar berwarna hitam diangkat. Beberapa beg kain yang lain dijinjing. Usai mengemaskan pakaiannya yang diseterika kemas, Jasmine membaca doa sebelum menuruni anak tangga. Tangannya gagah meniti beg-beg yang mengandungi pakaian, buku-buku serta buah tangan yang dibawa.

Ketika tiba di stesen lapangan terbang, Jasmine segera melakukan pendaftaran. Setelah beberapa waktu berurusan, akhirnya dia dapat juga untuk duduk tenang di dalam perut pesawat. Lega rasanya selepas terpaksa berhadapan dengan situasi-situasi yang agak membuatkannya kesal sebentar tadi. Mulai dengan seorang pakcik tua yang merenungnya dengan tatapan mencurigakan, seorang wanita yang memintanya memegang bayi kecil kerana ingin melepaskan 'hajat' sekejap sehinggalah seorang lelaki bertubuh agak lampai yang berpakaian serba hitam menjelingnya. Walhal lelaki itu yang melanggarnya dengan tidak sengaja!

"Dua jam lagi Ying akan balik jumpa auntie.." Dia berbisik perlahan. Gembira rasanya. Tidak terbayang reaksi ibu saudaranya apabila dia akan muncul di ruang pintu nanti.

Dia juga tidak sabar untuk menemui Atirah dan Hazif yang sejak pukul 5 pagi tadi sudah memulakan perjalanan balik bersama dari universiti mereka!

. . .

"Boss. Dia dah nak balik KL. Move seterusnya?" Hembusan nafas dari seseorang yang berada tidak jauh dari sudut tempat duduk Jasmine berderu perlahan.

"Wa mau lo jangan kasi dia jumpa orang-orang Xander. Jangan sampai dia kena tangkap oleh diaorang sebelum kita dapat tangkap dia." Suara seorang lelaki yang bercakap dengan loghat Tionghua terdengar melalui pembesar suara telefon pintar milik sosok tersebut. Anggukan kecil dihayunkan sebagai tanda faham daripada sang empunya telefon.

Panggilan ditamatkan.


- Bab 9 selesai.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now