Bab 18

11 1 0
                                    

Buk!

"Aduh!" Jasmine terduduk pada lantai simen yang terasa sejuk dek kerana pendingin hawa yang terdapat di dalam bilik itu. Percubaannya untuk terjun gagal. Dicuba lagi namun tindak balas tubuh begitu bertentangan dengan tekad hati. Dia masih tidak segagah itu.

Tangannya menyentuh luka yang masih mendaging pada lututnya. Terasa amat pedih. Belum sempat dia ingin berdiri sekali lagi bagi melanjutkan percubaan untuk terjun dari ruang kamar tersebut, terdengar bunyi tombol pintu dipulas.

Jasmine membulatkan mata. Tangannya segera mencapai tetulang pada tingkap untuk dijadikan tempat berpaut bagi menguatkan lututnya. Segera ditutup jendela itu. Langsir pun diluruskan seperti sediakala.

Dia tidak mahu rancangannya tadi diketahui kerana apabila hari semakin larut, dia ingin melakukan aksi tersebut sekali lagi.

"What'ya doing?" Suara garau milik jejaka bertubuh lampai itu tiba di telinga Jasmine. Kerutan pada dahi lelaki tersebut membuatkan Jasmine terdiam. Risau sekiranya perbuatannya tadi disedari Hazrael. Untuk mencegah perkara tersebut berlaku, Jasmine berpura-pura memandang bawah katil. Kononnya sesuatu terjatuh.

"Getah rambut aku jatuh." Bisiknya perlahan. Meskipun matanya ligat mencari-cari benda yang sudah pasti tiada tersebut, dia masih dapat merasakan renungan tajam yang ditujukan kepadanya.

Hazrael tidak membalas. Sebaliknya kaki panjangnya menghayunkan langkah menuju tempat Jasmine menundukkan diri. Kedua-dua tangan berurat hijau tersebut menggenggam celah ketiak milik Jasmine. Mengangkat tubuh itu untuk duduk di pahanya. Gadis itu cukup tersentak sehinggakan belakang kepalanya mengenai besi katil. Mengundang erangan sakit daripada gadis itu lagi.

"G- Gila! Jangan sentuh akulah, sial!" Jasmine begitu marah kerana perbuatan Hazrael yang tanpa rasa bersalah menyentuh dirinya. Reaksi lelaki itu? Hanya menyeringai. Tiada terpamer riak terkesan mahupun rasa bersalah pada wajahnya.

"Jangan gerak." Ucap Hazrael, perlahan. Tangan kirinya menjalar pada pinggang gadis itu, mengunci tubuh kurus tersebut pada pangkuannya. Jari-jemari milik sang jejaka mengusap lembut rambut separas leher milik Jasmine. Haruman syampu daripada kepala itu disedut perlahan-lahan.

Uraian air mata Jasmine pecah lagi. Sungguh, dia mencerlung hina pada diri sendiri. Membiarkan dirinya menjadi objek yang mudah disentuh ajnabi.

'Ampunkan diriku, Ya Allah...' Dia mengelap air mata dengan jari yang semakin pucat. Kepala terasa seperti berpinar-pinar. Segalanya begitu sakit. Hati, tubuh.

"Kenapa tak suka bila aku sentuh?" Tanya Hazrael. Dagunya disandarkan pada bahu milik Jasmine. Menemukan kulit pipi mereka. "Everyone craves for my touch, y'know." Bicaranya lagi dengan nada perlahan. Jasmine menutup mata erat-erat. Kebencian yang mengalir pada dirinya terhadap lelaki itu sudah tidak tertahan lagi.

"Orang yang tak ada maruah saja nakkan sentuhan kau!" Jasmine membalas dengan keadaan tubuhnya masih terikat pada lengan jejaka Jerman itu. Hazrael mencebik tanda mengolok-olok dirinya. Geli hati dengan wajah Jasmine yang sudah basah oleh air mata. Suka.

"Hmm... Tahu juga kau rupanya pasal maruah, eh." Seperti menyindir Jasmine, Hazrael menuturkan kosa kata 'maruah' satu per satu. Membuntangkan mata gadis itu.

"Apa kau cakap?! Aku memang kenal erti maruah! Kau yang sepatutnya tanya diri kau tentang benda tu!" Jasmine membentak. Tangannya bersungguh-sungguh ingin membuka pegangan Hazrael yang begitu kuat mengunci pergerakannya. Sakit pada perut akibat dilingkari tangan lelaki itu. Mampu untuk tidak bergerak sedikit pun walau harus menerima pukulan bertubi-tubi pada lengannya.

Permukaan pipi Hazrael disatukan kembali dengan Jasmine.

"Tak sukalah panggil pakai 'aku-kau.' Call me something else, please? Or else..." Berbunyi perlahan namun beracun, gambaran kata-kata yang melepasi bibir lelaki berwajah kosong tersebut. Tangannya semakin dikuatkan untuk menahan bahagian pinggang gadis itu. Masih sahaja meronta-ronta minta dilepaskan.

Mrs. Hazrael: His BelongingDonde viven las historias. Descúbrelo ahora