Bab 10

7 1 0
                                    

Ketukan pada sebuah pintu yang cukup familiar bagi Jasmine menghiasi ruang telinganya. Tetapi tiada sahutan. Setahunya, auntie tidak bekerja pada pada hari Sabtu dan Ahad. Alahai, menyesal sedikit kerana menyembunyikan niat balik pada hari ini!

Surprise gone wrong!

"Hello, auntie! Ying sudah balik ni!" Panggil Jasmine. Badannya dicondongkan sedikit bagi menyamai paras tingkap yang ditutup rapat oleh langsir berwarna biru muda.

Kreak...

Pintu dibuka, dan baru sahaja Jasmine hendak memberi sebuah pelukan melepas rindu, pandangannya dikejutkan dengan kemunculan seorang budak lelaki kecil dengan tubuh agak gempal. Berkulit  sawah matang.

"Nazmi! Siapa dekat luar tu? Ya Allah, budak ni mak dah pesan tunggu mak dulu baru buka pintu!" Suara seorang wanita bergema di ruang dapur yang cukup Jasmine kenali. Siapa pula mereka ini? Dan yang lebih penting, di manakah ibu saudaranya yang begitu dirindui?

"Eh, cik siapa ya? Maaflah tadi saya memasak dekat dapur." Seorang wanita yang mungkin berusia lingkungan 40-an memunculkan diri di ruang hadapan Jasmine yang terdiam sejak tadi.

"E.. Err, a- akak kawan auntie saya ke?" Soalnya, celaru dan cukup malu namun segala perasaan tersebut ditepis.

"Hah? Eh, sorrylah cik. Akak kenal ke kamu ni? Dah tua-tua ni memang pelupa dah." Ujar wanita tersebut sambil tersengih, menyeka titisan peluh pada dahinya. Jasmine mengerutkan kening, bingung.

"Auntie saya, Sook Li! Dia tinggal dekat sini!" Jasmine menyeru, suaranya berubah sedikit lantang. Mustahil auntienya berpindah dari sini tanpa memberitahunya! "Akak tak kenal dia? Dia tinggal dekat sini dulu."

Bibir Jasmine dikemam, merasa sebuah tikaman bertalu-talu menyerang perasaanya. Wajah wanita yang berdiri di hadapan pintu tersebut dipandang penuh berharap.

"Err, tak pulak. Akak dapat sewa tempat ni sebab kebetulan saudara akak tinggal kawasan sini juga. Kot-kot dah kosong tu ha tinggal sinilah." Ujar wanita itu, mencuba untuk mengurangkan ketegangan suasana. Namun keningnya bertaut juga melihat ke arah Jasmine yang semakin pucat.

"Cik ni dari mana?" Soalan wanita itu membuatkan Jasmine menyedari bahawa dia telah membatu sebentar tadi. "Saya asal sini, kak. Sambung belajar dekat negeri lain."

"Oh, macam tu..." Wanita tersebut mengumam perlahan. Jasmine senyum sedikit, lalu segera meminta maaf kepada wanita yang setia menunggu balasannya. "Eh, m- maaf ya dah kacau akak. Saya minta diri dulu."

Jasmine mengukir senyuman manis dan sempat mengusap lembut kepala kanak-kanak lelaki itu sebelum berlalu pergi dengan bagasi serta beg-beg kain yang dibawanya. Mengundang rasa haru serta simpati dalam hati wanita yang memerhatikannya tersebut.

"Auntie, janganlah buat Ying takut... Ya Allah..." Jasmine berbicara perlahan. Nafas yang berderai secara tidak teratur cuba dikawal. Sesak akibat membawa turun semua barangannya melalui 10 tingkat tangga untuk tiba ke atas 'bekas' bilik pangsapuri sewaannya tidaklah menyamai rasa sesak yang menyerang dada saat ini.

Sungguh, hatinya ditoreh rasa risau yang membuak-buak.

Tutt... Tutt... Tutt...

Tiada jawapan. Didail sekali lagi. Masih nihil. Jasmine menahan linangan air mata yang mahu membanjiri matanya. Diseka perlahan.

. . .

← Trio Kawaii 🤫🧏🏻

👤 Jasmine Y. (You) : Assalamualaikum. Kauorang dah sampai?

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now