Bab 33

0 1 0
                                    

Suasana hening di dalam limousin mewah kepunyaan Hazrael tersebut sesekali menambahkan perasaan canggung pada Jasmine. Carrie yang duduk di hadapan bersebelahan dengan Farid yang menjadi pemandu tersebut seketika mengerling ke arah jejaka itu. Sejak tadi, keempat-empat mereka berdiam diri sahaja.

Farid mengenyitkan mata ke arah Carrie, memberi signal kepada wanita muda itu untuk melihat gelagat tuan muda mereka, yakni Hazrael. Sejak tadi, jejaka beriris kelabu tersebut hanya memandang Jasmine tanpa melepaskan matanya dari wajah comel itu. Hal itu membuat Farid senang hati. Syukurlah, kebelakangan ini tuan muda mereka tidak begitu 'membatu.'

Dia suka melihat Hazrael lebih 'manusiawi' sebegitu. Jelas, Jasmine merupakan sebabnya. Farid juga seorang lelaki. Dia arif akan sikap Hazrael pada gadis yang membawa darah pemusnah masa silam tuan mudanya itu.

Benci Hazrael pada keturunan Jasmine adalah hal yang sepatutnya. Bahkan Farid sendiri tidak menyalahkan hal itu disebabkan dia sendiri telah menyaksikan bagaimana kejamnya Hazrael diperlakukan suatu ketika dahulu. Hazrael muda yang masih naif, dijadikan bahan ujikaji untuk kegilaan.

Namun, adakah Hazrael juga turut benci kepada gadis itu? Entahlah, fikir Farid. Mungkinkah takdir akan berkata lain, dia pun tidak pasti.

"Woi, mister. Berhenti pandang aku boleh tak?! Cringe lah!" Dengan bibir yang diketap geram, Jasmine menyandarkan sedikit tubuhnya ke arah Hazrael, berbisik dengan wajah yang sudah merah padam. "Mister tak pandai malu ke apa?!"

Hazrael menjungkitkan kening tebalnya ke atas. Jari-jari runcing yang cukup panjang miliknya lalu naik meraupkan rambut ke belakang. Sinis dia tertawa. Tampan.

"I can't. You're too adorable."

Serasa dunia terhenti. Jasmine melopong bersama mata yang membulat, terbuka luas. Salah dengar ke apa? Lelaki tu puji dia? Biar betik?

Bukannya dulu lelaki tu asyik maki-hamun dia ke? Passcode passcode bagai? Dah kena rasuk jin ke apa mamat ni?

"A- Apa mister cakap ni--" Jasmine segera mengalihkan wajah. Jantungnya berdegup kencang. Darah terasa mengalir melebihi kelajuan biasa.

Hazrael tidak menjawab. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor milik ayah saudara, George Von Xander yang hari ini akan berlepas ke Jerman. Hazrael? Tidak mahu ikut. Alasannya mahu meninjau kegiatan serta perkembangan klan mereka di Rusia.

Kening Jasmine bertaut apabila sedikit sebanyak telinganya dapat menangkap bait-bait perbualan antara Hazrael serta sosok yang digelarnya 'papa' itu. Beberapa ayat diucapkan dalam bahasa Inggeris. Selebihnya bahasa yang tidak dia fahami.

Usai jejaka itu menamatkan panggilan, dia menyuakan telefon pintar terhadap Jasmine yang terpinga-pinga. Dah jadi macam budak 5 tahun yang diberi telefon sebagai umpan hendaknya.

"Sir, we have arrived." Suara Farid memecah kesepian. Kereta diparkir betul-betul di hadapan sebuah resort. Sekali lagi Jasmine terlopong. Matanya dikedipkan beberapa kali. Walaupun tidak jelas, tetapi tempat tersebut jelas terlihat sangat luas. Juga mewah.

"Mister, kita dekat mana ni?" Soal gadis itu sebaik sahaja menuruni kereta. Hazrael yang mengenakan t-shirt kelabu lengan panjang yang melekap pada badannya beserta seluar berwarna hitam tersebut hanya tersengih, menampakkan taring cantik miliknya.

"Honeymoon, kan?"

Tersentak Carrie mendengar ayat Hazrael. Sungguh, hatinya terasa lirih. Benarkah apa yang dia dengar? Tuan mudanya itu ingin berbulan madu bersama... Jasmine? Jasmine, anak perempuan Sook Wang?

Pergelangan tangan Jasmine digenggam tangan besar lelaki itu. Dia membisikkan sesuatu dengan perlahan ke telinga gadis yang berlapikkan tudung bawal tersebut.

"Don't make any trouble. Otherwise, this will be the 'toughest' honeymoon you'll ever have." Perkataan 'toughest' sengaja ditekan. Gadis Melayu-Cina yang mengerutkan keningnya tersebut hanya mampu mengeluh. Anggukan kepalanya mendapat balasan senyum daripada sang suami.

Suami paksa.

"Sir, can Carrie and I drive back to the main headquarters? Gray ada mesej. Dia perlukan Carrie." Setelah mencapai pintu masuk utama resort itu, Farid bersuara selepas telefonnya berdering sebentar. Hazrael mengangguk lalu memandang wajah Carrie berserta Farid. Mengisyaratkan sesuatu.

Akhirnya, Farid serta Carrie berlalu pergi. Hanya saja, Carrie terlihat lebih sugul berbanding sebelumnya.

Jasmine hanya memperhatikan sahaja kendatipun sebenarnya fikirannya melayang.

Terfikir akan auntie. Terfikir akan kedua-dua rakannya. Semester akhir yang akan bermula kurang daripada 4 minggu lagi.

Rindu...

"Naura." Setelah beberapa kali Hazrael memanggil gadis itu, akhirnya dia tersedar daripada lamunan. Dengan sedikit geram, dia memandang wajah Hazrael. Kerana lelaki inilah dia harus terpisah dengan mereka-mereka yang dia kasihi.

"Ya, kenapa?" Jawab gadis itu kembali.

"What kind of things are you thinking? Termenung nampak." Jari lelaki tampan tersebut naik mencuit hidung kecil Jasmine. Alamatnya gadis itu merasa agak malu. Gilalah lelaki ini! Bukan mereka berdua sahaja di situ!

Beberapa pasangan lain juga ada disana! Namun, hanya Jasmine sahaja yang agak berbeza. Manakan tidak, wajahnya jelas melambangkan identiti yang berbangsa Cina. Tudung yang menutup auratnya juga membezakan dia dengan wanita-wanita di sana. Kesemua mereka mengenakan pakaian yang agak terdedah.

Tanpa Jasmine sedari, dia menarik lengan Hazrael dengan sedikit kuat tatkala mata seorang wanita berdress merah muda menikam iris kelabu suaminya itu.

Malu, segera dia mengalihkan pandangan apabila Hazrael menoleh ke arahnya sejurus Jasmine menarik lengan jejaka itu tadi. 'Allahuakbar, aku ni dah kenapa?' Gerutu gadis tersebut di dalam hati.

"Don't you worry, lil pea. Tak tergoda pun. Kau lagi seductive." Terangkat wajah gadis itu untuk segera menentang anak mata Hazrael. Minta penampar ke apa?! Buang tabiat dah agaknya lelaki ni!

"Dahlah kau!" Wajah merah merona itu memandang ke tepi. Hazrael tersengih lalu mengusap bahu gadis tersebut. Seorang pekerja perempuan lalu menunjukkan jalan untuk bilik mereka berdua. Beg bagasi Jasmine diangkat oleh seorang lagi pekerja lelaki yang turut mengiringi mereka.

Sedar akan kelakuan Jasmine yang sepertinya resah dengan 'honeymoon' mereka itu, Hazrael akhirnya mendedahkan niat sebenar kedatangan mereka.

"Don't worry. I brought you here because I have a task in hand. Tapi kalau Naura nak honeymoon betul-betul pun boleh juga ---"

Cubitan gadis tersebut hinggap ke lengan kekar Hazrael. Anehnya, dia tidak bereaksi sama sekali. Bukan biasa-biasa cubitan Jasmine itu. Berbisa. Mungkin tidak berkesan terhadap otot pejal lelaki tersebut.

Jujur, gadis itu sedikit sebanyak merasa kecewa. Yalah, dah berharap dapat honeymoon. Walaupun di mulut dia hanya menidakkan hal itu, tetapi sebenarnya... Ah, sudahlah. Mahu dibicarakan takut terpicu ke arah perasaan yang tidak sepatutnya. Dia tidak mahu merasakan hal itu, bahkan mahu menolaknya jauh-jauh. Sejujurnya rasa kasih pada Hazrael sedikit sebanyak sudah mulai mengisi ruangan hati. Hanya saja dia masih tidak dapat melupakan semuanya.

Kisah mereka berasaskan dendam dan benci.

Itu yang akan sentiasa Jasmine tegakkan di dalam hatinya. Tidak akan terubah.

— Bab 33 selesai.








Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now