Bab 29

4 1 0
                                    

Jasmine dikejutkan dengan bunyi beep yang berdesing. Tombol dipulas. Baru sahaja dia hendak mencapai tudung sarung, sosok Carrie sudah muncul di hadapannya. Tubuh cantik gadis muda itu hanya bersarungkan seluar ketat berwarna hitam serta kemeja t yang juga berwarna hitam melekap pada badannya. Rambut berwarna brunette yang ditocang tinggi berhayun-hayun di udara. Cap tersarung di kepala milik gadis muda itu.

"Turunlah." Ujarnya sepatah, dengan riak acuh tak acuh. Jasmine tidak mengangguk. Tetapi dia terus menyarungkan tudung berwarna kelabu muda. Hoodie yang dikenakan berwarna biru tua. Sekilas, Carrie merasa sesuatu yang agak bingit di hatinya. Dia tidak suka untuk mengakui bahawa Jasmine merupakan gadis yang begitu cantik untuk dipandang sesiapa. Andai diberikan peluang, dia begitu ingin memusnahkan wajah itu.

Jasmine dan Carrie menuruni tangga. Beberapa waktu kemudian mereka akhirnya tiba di garaj lalu segera menaiki kereta BMW mewah kepunyaan Hazrael. Dipandu Farid.

Canggung, Jasmine hanya mendiamkan diri di sebelah Carrie yang duduk berdekatan dengannya di tempat duduk penumpang.

Carrie menyedari sesuatu di dalam genggaman Jasmine. Sebuah telefon pintar. Hairan dan curiga, dia segera mencuba merampas telefon tersebut tetapi Jasmine menepis. Farid yang sedang memandu terkejut.

"Carrie! Apa kau buat tu?!"

Carrie mengerutkan dahi. Setelah melihat lebih jelas, barulah dia sedar. Telefon itu milik Hazrael.

"Farid! Aku rasa betina ni curi telefon tuan muda!" Dia mengutarakan tuduhan yang menyebabkan Jasmine dengan penuh amarah membidas.

"Aku tak terfikir pun buat benda tu! Ni tuan kau yang bagi aku! Aku jaga sampai aku jumpa dia!" Jasmine menjawab lantang. Carrie terdiam seketika. Berani sungguh Jasmine, fikirnya. Gadis tersebut memang terlihat tidak setanding saiznya tetapi keberanian serta kelantangan suara gadis itu begitu memberangsangkan.

Farid senyum, manis. "Tuan muda bagi adik? Wah." Jasmine kehairanan melihat wajah Farid yang bertentangan dengan ekspresi Carrie. Lelaki itu tersenyum-senyum, seperti kegirangan.

Carrie mendengus, memandang ke luar.

Pedih terasa pada hatinya.

. . .

Hampir 7 jam berlalu. Akhirnya Hazrael dan George berjaya mendarat di Moscow dengan selamat. Ketibaan mereka disambut beberapa individu dengan baju serba hitam. Bahkan terdapat juga beberapa kumpulan polis yang mengawasi kawasan tersebut.

Apabila sudah memasuki sebuah limousin mewah, Hazrael dan George dipandu menuju ke kawasan kediaman milik Frechista Herzov, rakan baik George yang merupakan pemimpin klan mafia terbesar Rusia itu, klan Vortodox.

Tidak berselang lama, mereka tiba di kawasan rumah agam yang begitu mewah. Setanding dengan kemewahan rumah agam empunya Hazrael. Saat melangkahkan kaki panjangnya keluar dari perut kereta, beberapa orang pengawal peribadi mendampingi kedua-dua sosok tubuh keturunan Xander itu. Sehinggalah mereka tiba di kawasan ruang tamu yang luas.

"George, long time no see!" Lelaki berambut putih tanda usia semakin meningkat dengan tubuh lampai memasuki ruang. Bersama seorang gadis muda di sisinya. Gadis tersebut amat cantik, refleks mata George terpacak ke arahnya.

Hazrael tidak memberi reaksi. Wajahnya sugul sahaja. Mahu menekan telefon pun, telefon pintarnya diserahkan pada Jasmine. Gadis itu tidak lekang-lekang mengunjungi mindanya tanpa diminta.

"Oh, so is this my future son-in-law? Wonderful!" Hazrael menghulurkan tangannya untuk dijabat lelaki tua bernama Franchiste Herzov itu. Gadis muda di sebelahnya tersebut melakukan hal yang sama namun tidak diendahkan.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now