Bab 32

3 1 0
                                    

"Gray?" Suara Hazrael menuruni anak tangga menyebabkan Gray yang sedang ligat memerhatikan segenap ruang tamu mewah itu terhenti. Keningnya bertaut. Seumur hidupnya, tidak pernah dia melihat Hazrael mempunyai riak sebegitu. Lebih-lebih lagi suara sepupunya tersebut sama sekali tidak terdengar kosong.

"Whoa! You look somewhat... well, in a good mood." Teguran Gray tidak diendahkan. Hazrael bersuara garau, "Fucking straight to the point."

Okey, sama sahaja rupanya. Ingatkan lelaki itu benar-benar 'good mood'' tadi. Ternyata masih tiada perubahan.

"Markas. Shanying Shin serang markas di Malaysia. Bastian dah tangkap pengkhianat yang dedahkan koordinat markas. We're waiting for your next instruction." Panjang lebar Gray menerangkan perihal serangan markas operasi mereka. Baru hampir sehari Hazrael lepas tangan, sudah terjadi sesuatu. Jelas menunjukkan Sebastian yang begitu tidak bersungguh-sungguh ketika diberi amanah oleh abangnya.

Bullshit, gerutu Hazrael.

"Hahahahaha!" Tawa seorang gadis begitu kuat kedengaran sehingga mencecah telinga kedua jejaka dengan wajah serius mereka di ruang tamu. Gray tentulah terkejut bukan kepalang. Matanya membesar secara automatik memandang wajah Hazrael yang masih bersahaja.

"Hoi. Was it just my ear or this house is fucking haunted now, Rael?" Iris mata Gray menangkap ekspresi kosong yang dipaparkan Hazrael. Sinis tawa lawan bicaranya itu. Sengihan yang menampakkan gigi taring Hazrael dibalas dengan wajah yang keliru. Setahu Gray, sepupu merangkap ketua klannya ini bukanlah seorang 'kaki perempuan'. Berbeza jauh dengan adiknya, Sebastian.

"Go to Vion's place. He'll get you to Shanying Shin's main headquarters. 7 hours from now and you should be done." Hazrael berdiri diikuti Gray. Masih tertanya-tanya tentang perihal suara itu tadi. Tetapi sudah diberikan arahan, lebih baik dia laksanakan. Sudah arif dengan sifat Hazrael yang begitu mengambil berat akan masa sesuatu 'kerja' dilakukan anak-anak buahnya.

"Alright. Cau."

Gray berjalan membelakangi Hazrael. Kendatipun masih tersisa sedikit rasa ingin tahu tentang kebenaran mengenai suara perempuan yang terdengar tadi, dia tidak berani mempersoalkan hal tersebut. Bimbang sekiranya amukan Hazrael muncul di sana. Tidak pasal-pasal dia harus menemui ajal lebih awal nanti.

. . .

"Kau tengok apa sampai ketawa kuat sangat, Naura?" Suara garau yang memasuki ruang bilik tidur mewah kepunyaan Hazrael mengejutkan sekujur tubuh Jasmine yang sejak tadi tertawa memandang skrin telefon. Apabila menyedari kehadiran Hazrael, segera dia meletakkan kembali telefon pintar itu. Sengih bak kerang busuk.

"Naura."

Serak suara milik lelaki itu membuatkan Jasmine sedikit tertegun. Menyesal sebab terlepas ketawa sebentar tadi. Sudahlah suara ketawanya sangat nyaring serta kuat, habislah dia.

Terpaksa, gadis itu menundukkan wajah. "A-- Aku rakam muka aku sendiri."

Hazrael mendekati tubuh gadis itu lalu memandang anak matanya dengan lembut. Jasmine terdongak sebentar, melopong. Namun segera dia alihkan pandangan.

"Did you deleted it, Naura?" Soal Hazrael perlahan. Jasmine menggeleng kepala sambil matanya meliar mencuba mengelak daripada bertembung dengan suaminya tersebut. Hazrael ketawa perlahan, perasan akan perubahan warna kulit wajah gadis tersebut.

"Your face is flushing crimson. Ah, little pea..." Sambil menggeleng, Hazrael menaikkan jari-jemarinya untuk menggenggam dagu Jasmine. Tidak terlalu kuat tetapi tidak pula boleh dikatakan mudah untuk dileraikan.

Mrs. Hazrael: His BelongingDove le storie prendono vita. Scoprilo ora