Bab 25

10 1 0
                                    

"Zamri, makanlah dulu nak." Suara empunya tubuh tua iaitu Makcik Peah berdengung di gegendang telinga anak lelakinya itu, Zamri. Sudah beberapa hari sejak menghilangnya Jasmine, anaknya itu pun turut terlihat seperti 'hilang' juga.

"Ya, umi. Nanti Zam makan." Perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari sang ibu, Zamri membalas. Tangannya masih kukuh menggengam telefon bimbit. Masih menunggu kalau ada sebarang berita berkenaan Jasmine. Foto gadis itu dimuat naik ke laman sosialnya, meminta sebarang respon sekiranya ada yang melihat keberadaan gadis yatim piatu tersebut.

Hampa, sudah hampir 48 jam sejak muatnaik tersebut disebarkan, masih tiada sebarang berita.

Fikiran lelaki itu menerpa kembali ke kenangan bersama gadis muda dengan senyuman manisnya itu. Jasmine. Sejujurnya, dia memiliki bait-bait perasaan yang tidak pernah dapat dia ungkapkan. Kekangan usia. Dia begitu risau sekiranya dia mencurahkan hasrat itu, Jasmine akan menolaknya mentah-mentah.

Manakan tidak, Farhana yang merupakan adiknya sendiri lebih tua berbanding Jasmine.

"Haih, manalah perginya kau ni..."

. . .

Pukul 7:55 malam. Kawasan rumah agam milik Hazrael itu diterangi lampu panel solar yang memiliki intensiti cahaya cukup tinggi - sehingga mata Jasmine harus dikecilkan sedikit ketika dia melihat keluar melalui jendela bilik kecil tempatnya dijadikan 'tahanan' tersebut.

Bosan. Sungguh bosan, fikirnya. Serabut otaknya memikirkan jalan keluar. Andai harus menunggu lebih lama lagi, apa yang akan dia peroleh? Sudahlah sekarang dia sudah bergelar isteri orang, apakah lagi yang boleh dia rancang dalam benak yang semakin kusut?

Stres. Tidak tahu apakah sudah yang menimpa dirinya tersebut.

"Ya Allah, aku dah jadi macam kucing peliharaan pun ada. Haih..." Mengeluh, Jasmine mengepalkan tangannya. Benar-benar buntu sudah otaknya.

Beep!

Bunyi tanda seseorang mengakses pintu tersebut berdesing di telinga. Jasmine bingkas menutup jendela, lalu segera duduk di atas tilam empuk yang menjadi tempatnya menakung air mata.

"Naura." Hazrael masuk, kaki panjangnya mendekati sang gadis yang sudah terlihat cuak saat menyedari kehadirannya. Jasmine melihat ke samping, enggan memandang lelaki itu. Andai sahaja dia berpeluang untuk mencekik lelaki ini sehingga hilang nafas, memang pasti akan dibuatnya!

Gadis itu diteliti. Sungguh putih kulitnya, pucat tetapi wajahnya memiliki keunikan tersendiri. Seolah mengenakan pemerah pipi, kulit Jasmine agak kemerah-merahan pada bahagian pipinya. Berkerut dahi gadis itu ketika sudah tidak tahan dipandang lama oleh jejaka yang sudah bergelar suaminya.

"Apa tengok-tengok?" Dia menyoal, suaranya sedikit pecah. Malu sendiri. 'Haih, kenapalah aku tak testing suara dulu tadi!' Benak gadis itu mengutuskan kata penuh sesal.

"Come over here, sit next to me." Hazrael duduk di sudut katil, wajahnya sugul. Jasmine dipanggilnya. Pasti, wajah gadis muda itu sudah tentu berkerut tanda amarah. Suka-suka hati lelaki gila mahu memanggil-manggil dirinya!

Jasmine menggeleng tidak mahu. "Mimpilah kau!" Dia mengengsot menjauhi tubuh lelaki itu. Dihambat rasa bersalah. Bolehkah dia berbuat demikian sedangkan itu suaminya? Tapi, ah, bukan atas kemahuannya!

"Jangan paksa aku buat benda yang kau tak akan suka, Naura." Hazrael masih tajam memandangnya. Iris kelabu itu diumpamakan bagai jarum. Tajam meniti mata sang isteri.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now