Bab 24

7 1 0
                                    

"Ya Allah... Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini. Andai menjadi isteri lelaki ini adalah takdirku, aku berserah kepada-Mu, ya Allah. Engkau berikanlah aku kekuatan. Engkau berikanlah aku petunjuk ya Allah. Apa lagi yang harus hamba lakukan, ya Allah..." Esakan kecil terutus di hujung bibir Jasmine. Tangannya ditadah memohon doa dari yang Maha Esa. Hamparan sejadah menjadi tempat dia mengadukan semua rasa sakit yang dideritainya. Rindu, pada auntie, Atirah, Hazif... rindu pada kehidupannya sebelum menjadi tahanan di rumah agam ini.

Usai membaca dua lembar al-Quran kecilnya, Jasmine melipat sejadah dan telekung lalu dimasukkan kembali ke dalam beg berwarna hitam miliknya. Selepas itu, dia berjalan mendekati beg berisi buku-buku. Rindu dengan suasana kehidupan normal sebelum ini. Sepi yang dia rasakan saat terkurung di dalam bilik kecil ini, tuhan sahaja yang tahu.

Beep!

Bunyi deringan sepintas tanda tombol pintu automatik tersebut berjaya diakses masuk menjengah telinga Jasmine. Segera dia pakaikan kembali telekung pada kepala kerana tidak sempat meraih tudung sarungnya.

Terdiam apabila melihat sosok tubuh yang masuk ke dalam bilik tersebut tidak lain hanyalah Hazrael. Lelaki tersebut terlihat agak tegang. Pantas kakinya dihayunkan menuju tempat Jasmine bersimpuh.

"W- woi-!" Teriakan Jasmine tidak dihiraukan. Tangan Hazrael pantas merangkul pinggang gadis itu. Begitu kuat sehingga berkerut dahi Jasmine menahan sakit.

Tubuhnya diletakkan di atas riba Hazrael. Tiada ucapan daripada mulut lelaki itu. Hanya wajah yang tegang tanpa ekspresi. Menyedari perkara itu, Jasmine mencuba berkomunikasi dengannya.

"Kau k- kau ni dah kenapa?!"

Hazrael diam sahaja. Tanpa fikir panjang dia menyembamkan wajah ke ceruk leher Jasmine. Rontaan gadis itu meminta dilepaskan jatuh ke telinga yang dibisukan. Jasmine rasa amat benci dengan lelaki itu. Tetapi, apa lagi yang harus menjadi alasannya untuk menolak lelaki tersebut selain daripada kebencian?

Lelaki tersebut sudah menjadi mahramnya.

Sunyi. 5 minit berlalu. Hazrael membatu, kepalanya masih tersandar pada ceruk leher Jasmine. Genggamannya kuat pada pinggang gadis itu. Jasmine termengah-mengah. Keliru dan rasa bersalah. Ingin menampar wajah lelaki itu tetapi bukankah dia adalah isteri kepada Hazrael? Tetapi, ah sudahlah! Bukannya lelaki itu menjadi suami atas kemahuannya!

Pak!

Satu tamparan singgah ke pipi lelaki itu.

"Shit, it hurts... S- It fucking hurts..."

Entah itu rasa bersalah atau sekadar naluri sejati manusia milik Jasmine, hatinya terasa lirih mendengar suara Hazrael. Serak meskipun perlahan, tetapi nadanya seperti merintih.

"A- Aku minta maaf." Jasmine bersuara perlahan. Tidak, dia bukanlah syaitan seperti Hazrael. Dia mempunyai perasaan. Tidak seperti lelaki itu yang hanya sesuka hati menjadikannya seperti dadu kecil yang dimainkan sesuka hati.

Tiada respon daripada Hazrael. Tetapi dada lelaki itu berombak kencang. Seperti ada sesuatu yang mengganggu pernafasannya. Menyedari perkara tersebut, Jasmine dengan berat hati menyentuh kepala Hazrael. Mencuba mengangkat kepala lelaki itu daripada terus tersembam pada lehernya. Tetapi tangan Hazrael terlebih dahulu
pantas menghentikan gerakan tangan Jasmine.

"W- Woi..." Tidak tahu mahu berbuat apa lagi, Jasmine terdiam. Tangan Hazrael yang menahan tangannya tersebut dialihkan. Jasmine tidak dapat menerima hakikat tersebut. Dia menjadi objek yang dapat disentuh oleh lelaki yang paling dibencinya itu.

Deburan nafas yang kencang tadi, beransur lega. Jasmine masih mengeraskan diri. Tidak mahu bergerak sama sekali. Hazrael yang sejak tadi tidak berganjak diperhatikan. Tertidur barangkali.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now