Bab 23

4 1 0
                                    

Tepat pukul 1:30 tengahari, Jasmine keluar terkial-kial di dalam bilik tempatnya mendirikan solat di dalam rumah agam itu. Baru sahaja hendak melangkahkan kaki dengan niat mahu ke tandas, tiba-tiba sahaja Carrie sudah berada di hadapannya.

"Sir asked you to come down. Now." Tegas suara gadis itu membuatkan Jasmine hanya mengangguk. Segera dia mengikuti jejak Carrie menaiki lif yang tersedia. Sungguh, rumah tersebut begitu kaya dengan kemewahan tetapi begitu jauh dari kata kebahagiaan.

Sedikit pun senyuman bahagia tidak pernah menghiasi wajah Jasmine sepanjang menginjakkan kaki disini.

"Sir. Here she is." Suara perlahan seorang lelaki bertubuh tegap mengisi kesunyian suasana. Farid. Lelaki itu berdiri sedia di sebelah Hazrael yang sibuk memandang skrin telefon pintarnya.

"Mhm. Take her now. I'll arrive soon." Hazrael memandang wajah Jasmine sebentar. Lelaki itu hanya menatapnya dengan kosong. Jasmine tetap membatukan diri. Tidak mahu dipandang mahupun memandang lelaki aneh tersebut.

Carrie dan Farid lalu bersama-sama mengiringi Jasmine menuju ke Lamborghini Gallardo milik Hazrael. Berwarna hitam dengan tingkap gelapnya.

"Masuk!" Carrie menolak tubuh Jasmine, kasar. Farid memandang wajah Carrie, ingin protes terhadap tindakan wanita muda tersebut. Tetapi tidak diberi peluang oleh Carrie kerana segera dia melabuhkan punggung di tempat duduk pemandu. Farid dimintanya jangan berlengah.

Dengan sekali gerakan pada batang gear, kereta tersebut memecut laju keluar dari kawasan rumah agam tersebut. Jasmine berdiam diri walhal dia menyedari Farid sejak tadi hanya mengamatinya.

Fikirannya melayang kembali kepada perbualannya bersama Farid tengahari tadi.

"Tuan Hazrael tidak seburuk yang adik fikir."

"Dia perlukan bantuan."

"Tuan Hazrael tak kejam, dik. Tidak sekejam yang adik fikirkan."

"Dia manusia."

Cih. Jasmine mendecit sinis. Manusia konon. Lebih tepat jika dipanggil manusia tidak berhati perut.

Rasa lapar yang ditahan sejak pagi tadi akhirnya berakhir jua apabila Helena datang ke biliknya dengan sekotak set makanan segera yang diberikan oleh Farid. Begitu menderita rasanya menahan lapar akibat enggan menjamah 'sarapan' yang dihidangkan Hazrael.

Makanan anjingnya.

Beberapa waktu kemudian, Carrie menghentikan kereta betul-betul di hadapan sebuah butik. Aneh, fikir Jasmine. Pintu kereta dibuka, dan Farid diarahkan oleh Carrie untuk terus mengawasi gerak-geri Jasmine.

Selang beberapa minit selepas itu, tubuh langsing Carrie yang tersembunyi di sebalik pakaian serba hitamnya kembali memasuki perut kereta. Kali ini dia kembali dengan sesuatu. Bungkusan beg kertas yang dihumban ke arah Jasmine.

"Nah, baju kahwin kau." Carrie berbicara, kasar tetapi tidak begitu tinggi nadanya. Jasmine mengerutkan kening tanda amarah.

"Apa kau cakap ni?" Dibalas semula intonasi tinggi Carrie tersebut. Carrie menjelingnya sahaja. Farid yang berdiam diri memandang wajah Jasmine.

"Adik tak tau lagi ke? Tuan Hazrael akan kahwin dengan adik s- sekarang juga." Lelaki itu bersuara perlahan, tetapi cukup kedengaran. Merentap rasa amarah yang memanaskan sekujur tubuh Jasmine. Fikirnya ayat lelaki gila tadi hanyalah sekadar untuk menimbulkan kemarahannya sahaja!

"Apa?! Aku, kahwin dengan dia? Tak mungkinlah! Aku benci lelaki gila tu! Mustahillah aku nak kahwin dengan dia!" Jasmine mengerutkan dahi. Beg kertas yang berisi baju gaun berwarna putih di genggamannya dicengkam kuat. "Allahuakbar, tuan kau tu dah gila ke apa?!"

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now