Bab 31

2 1 0
                                    

Seusai gadis itu mandi, dia masuk ke dalam bilik tempat Hazrael berbaring. Sudah tertidur.

Bibir bawahnya digigit. 'Jam berapa pula dah solat subuh dekat sini?' Fikir Jasmine, sambil tangannya meramas-ramas wajah yang begitu cerah tanpa cela.

Dia mendekati Hazrael yang berbaring dengan posisi terlentang. Tampan sungguh wajah itu. Dengan tubuh yang sempurna, kekar dan sasa. Jasmine senyum sedikit.

Sedar akan hal tersebut, dia segera menggeleng kepala berkali-kali. 'Aku ni dah kenapa? Ya Allah, jauhkanlah aku daripada perasaan itu.' Jasmine merungut-rungut sendiri. Dia tidak mahu mengagumi lelaki itu tetapi rasa itu datang sendiri tanpa diundang!

Suara dengkuran halus milik Hazrael menyapa telinga. Jasmine mengeluh perlahan. Terpaksalah dia harus duduk di sebelah lelaki itu sehingga dia terjaga. Hendak tidur, matanya segar. Malahan semakin segar selepas sudah mandi.

"Naura." Lelaki itu tiba-tiba sahaja bersuara. Terkejut Jasmine dibuatnya.

"Ya Allah, kau ni buat aku terkejut je lah! Kalau ya pun nak panggil, janganlah tiba-tiba macam tu!" Jasmine menggeleng dengan kening yang bertaut. Hazrael pun satu. Matanya masih bertutup tetapi tanpa sebarang amaran dia tiba-tiba sahaja bersuara. Kalut Jasmine jadinya kerana tersentak daripada lamunan panjang merenung wajah jejaka itu.

Iris kelabu itu menikam mata Jasmine. Hazrael bangun perlahan-lahan dari tempat tidurnya.

"Kenapa bawa luggage lagi? Aku tak suruh pun, Naura." Tegas suara itu tidak menggerunkan Jasmine sama sekali. Gadis bertubuh agak kecil tersebut menggulingkan mata.

"Suka hati akulah." Dia membalas. Bimbang jika dia tidak dapat berbaju nanti. Bukan dia tidak tahu sifat Hazrael yang begitu kejam tersebut. Oleh hal yang demikian dia membawa sebuah bagasi penuh baju-bajunya. Sediakan payung sebelum hujan.

Hazrael memerhatikan baju bercorak kucing berwarna biru tua yang dikenakan Jasmine. Comel sahaja wajah gadis itu dengan tuala berbalut di kepalanya.

"Um, Hazr-"

"Call me mister." Hazrael memotong.

"Haih, yalah. Misterrr." Panjang bunyi mister menyebabkan Hazrael senyum sinis. Pandai sudah gadis itu bergurau dengannya. Jasmine menjeling wajah lelaki itu.

"Kenapa mister bawa aku ikut datang sini?" Gadis itu menyoal. Hazrael berdiam diri sahaja. Dia lalu memandang ke hadapan dan matanya turun melihat wajah keliru gadis itu. Tersenyum sinis.

"Kenapa, nak balik?" Soal Hazrael kembali. Jasmine mengerutkan dahi. Soalan berbalas soalan, haih memang nak kena betullah lelaki ini.

"Tak- Taklah. Aish, maksud aku kan... Kenapa mister bawa aku sekali? Tak faham bahasalah!" Dia menjerkah, geram dengan sikap lelaki itu yang sengaja menguji kesabarannya.

"Mungkin kau nak bagitau passcode tu dekat sini." Hazrael selamba menjawab. Jasmine mengerutkan dahi.

"Aku tak tahulah dah berapa kali aku beritahu---"

"Ya, ya. Kau tak tahu passcode tu." Hazrael membidas. Dia senyum nakal melihat wajah tidak puas hati milik Jasmine. Amarah gadis itu mulai tercabar lagi. Kesabarannya menipis.

Jasmine diam. Entah apa yang lelaki ini mahu darinya.

"Aku bawa kau sebab aku nak, Naura." Lelaki itu menjawab soalan Jasmine. Mendengar jawapan Hazrael, Jasmine mengeluh berat. Ya Allah, serasa hendak menghentam kepala lelaki ini di penjuru katil. Biar normal hendaknya.

"Come." Belum sempat Jasmine bereaksi, tubuhnya dicempung erat oleh Hazrael. Tersentak gadis itu sehingga teriakan kecil terutus di bibirnya.

"Allahuakbar! K- Kau ni-"

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now