Bab 26

12 1 0
                                    

Sudah beberapa jam berlalu. Malam semakin larut, menelan kelamnya saat-saat yang berdetik. Namun begitu, mata Hazrael masih segar belum ditelan kantuk sama sekali.

Matanya masih memandang wajah gadis yang kini berada dalam dakapan. Erat. Gadis itu tertidur lena. Tiada lagi ekspresi kemarahan pada wajahnya. Hanya raut tenang yang disertai hamburan nafas perlahan.

Hazrael benci melihat ketenangan itu.

Tetapi, di satu sudut lain dalam jiwanya, ketenangan itu jugalah yang menyedapkan hatinya.

"Shh.. Shh." Jasmine terdengar merintih-rintih dalam tidurnya. Hazrael bersuara perlahan, tangannya masih mengelus perlahan rambut Jasmine yang sudah di alam mimpi itu. Iris kelabunya menangkap semua pergerakan gadis itu - tidak melepaskan satu pun.

"Fuck... If just you're not part of him..." Hazrael memandang wajah Jasmine, ditenung dalam-dalam. Dia merasa---

Kosong. Tiada perasaan yang dapat menggambarkan rentak hatinya saat itu. Sedih? Tidak. Kesal? Tidak. Marah? Tidak. Tiada.

Kelongsong itulah yang mengunci jiwanya tetap terkurung di dalam sangkar keegoan.

Jasmine direnung lagi. Lama, cukup lama. Tiba-tiba sahaja tangan lelaki itu hendak mencekik leher gadis tersebut -- tetapi tidak berselang lama, sekujur tubuhnya membatu. Kening tebal yang menjadi penghias wajah tampan itu bertaut. Tidak tahu apakah gejolak hati yang melanda diri sendiri.

"Sorry, mister! Muscle memory! Tak sengaja tendang punya!" Tawa Hazrael menjadi pengisi bilik yang hening tersebut. Mengenang Jasmine yang berseragam sukan sekolah, dengan beg sekolah berwarna hitam berserta wajah mungilnya yang terlihat begitu berbeza dengan apa yang dilihatnya sekarang.

Wajah gadis itu dahulu begitu ceria.

Yang sekarang terhidang di matanya hanyalah wajah muram yang sentiasa sugul penuh dengan derita dan rasa takut yang tidak tergambarkan. Decit kecil menjadi bunyi yang diutuskan dari bibir merah gelap jejaka itu lagi.

Bukankah itu kemahuannya? Melihat Jasmine kehilangan jati diri, perlahan-lahan berubah menjadi tidak berakal. Ya, itu keinginannya. Dia mahu menyaksikan sendiri Jasmine meronta-ronta seperti dirinya suatu masa dahulu.

"Huff..." Sedutan perlahan diambil dari dahi milik Jasmine. Hazrael melekapkan hidung pada dahi empunya gadis tersebut. Bibirnya pula menyentuh batang hidung mungil kepunyaan gadis muda itu.

Sungguh disayangkan, fikirnya. 'Kalau pun aku simpan kau, papa akan bunuh kau juga.'

Detik menghitung hari selama 2 bulan sudah pun dimulakan. Naura Jasmine Ying, deritaku akan menjadi deritamu.

. . .

Jasmine menggosok-gosok matanya. Kabur sedikit. Tangan kanannya cuba digerakkan, tetapi gagal kerana ditahan sesuatu yang berat. Lengan kekar milik Hazrael yang sudah tertidur lena. Lelaki itu menahan tangan kanannya yang ditaruhkan di atas pinggang milik jejaka tersebut.

Posisi tidur mereka sungguh canggung! Jasmine menolak sedikit tubuh Hazrael tetapi berat lelaki itu sungguh bukanlah beban yang boleh ditolak gadis tersebut. Upayanya untuk menarik tangan sendiri daripada genggaman Hazrael sahaja pun turut gagal.

Wajah Hazrael diteliti. Tampan. Tiada cacat celanya. Bukankah itu yang diinginkan Jasmine? Seseorang yang memiliki mata cantik, bertubuh sasa dan tinggi, bersuara serak dan garau?

Dia sudah mendapatkan lelaki idamannya. Tetapi, apa gunanya jika yang diperolehi adalah versi terburuk dari segenap sudut sifat?

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now