Bab 5

11 1 0
                                    

"Eh, bapanya. Dompet siapa pula ni?" Suara Makcik Peah menjengah gegendang telinga milik Pakcik Aslan. Rasa risau tiba-tiba sahaja menggebu saat matanya tertumpu ke arah dompet kecil berwarna hitam itu.

"Ya Allah, bapanya! Ada gambar Ying dekat dalam dompet ni. Mungkin tercicir tadi!" Risih suara Makcik Peah membuatkan Zamri yang berada di kaunter bayaran restoran itu ikut sama terkejut. Usai menyuakan wang baki serta secebis senyuman kepada seorang pelanggan, dia ikut bersama ayahnya mendekati sang ibu.

"Eh, yalah. Tertinggallah ni. Alah, mak ni buat panik je. Nanti dia sedar dia ambillah tu." Jawab Zamri, ombak ketakutan yang menerpa perasaannya itu beransur pudar. Begitu juga Pakcik Aslan. Ada benarnya ucapan anak sulungnya itu. Kalau terlupa sekalipun, nanti boleh sahaja dikirimkan kepada Farhana. Dia pasti mahu mengunjungi kediaman Jasmine.

Ketika suasana mulai berubah lebih menenangkan bagi Zamri dan Pakcik Aslan, raut wajah Makcik Peah masih berkerut. 'Betullah cakap Zam tu,' fikirnya.

Walaupun masih bersarang sedikit perasaan risau dalam hati.

. . .

Jasmine mengerdipkan mata. Muncung pistol dihalakan ke arahnya. Adrian yang sudah bersedia menarik picu pistol, tersengih selamba. Tugasnya sebagai shooter kali ini dianggap sungguh mudah. Tidak perlu menggunakan sebarang gerakan pantas. Tinggal tarik, siap.

"Kenapa kamu semua ni? Buat takut sajalah. Prank pun ada batasnya." Jasmine mengerutkan kening sambil bercekak pinggang.

Takut sedikit, kerana benda ni terasa nyata. Mungkin beginilah perasaan orang-orang yang terkena prank serupa sebelum ini. Sudah tahu itu dibuat-buat tapi rasa takut masih menggerutu di dalam hati!

"Prank is it, kid?"  Hazrael berbicara dengan wajah merendahkan sosok gadis di hadapannya. Jasmine menelan air liur. Alahai, hensem mamat ni! Takut terliur, malu nanti. Viral satu negara, habislah. Dahlah tengah pakai baju sukan sekolah, ada name tag sekali pula tu.

"Mister, nanti dah habis record bagi nama channel ya. Saya follow." Ketawa kecil Jasmine merentap telinga Hazrael. Matanya yang meneliti wajah gadis di sebalik lindungan kaca mata itu masih mengamati setiap bahasa tubuh gadis ini. Tidak mencurigakan, bahkan terlihat agak naif.

Jasmine senyum, beg sekolahnya yang tadi terhenyak diambil kembali dari jalan tar itu. "Seronok ah, dapat masuk YouTube!" Bisik hatinya. Ditenung wajah Farid. Mungkin lelaki ini kebetulan bekerja sebagai influencer media sosial juga. Padanlah dengan muka.

"Dah habis record ke, mister?" Jasmine berseloroh lagi. Hening. Tiada balasan daripada Hazrael. Sebaliknya, lelaki itu terus membelakanginya. Sentap Jasmine diperlakukan begitu.

Memang tak mahu aku follow channel kau!

"S-- Sir." Bryan yang masih tidak berpuas hati dengan reaksi tuan muda mereka itu mendekati Hazrael. "Why don't we finish her here, she is literally the child of our enemy---"

Bang!

Darah menitis jatuh ke bumi.

Mata Jasmine terbuka luas, mulutnya menganga, tenggelam dalam perasaan terkejut dan takut yang membuak-buak. Bukan... Ini bukan lagi prank.

Jasad Bryan yang terhenyak ke tanah memegang perutnya yang dibolosi oleh peluru pistol milik Hazrael itu terbatuk-batuk sambil mengerang. Beberapa orang lelaki lain segera mendekati lalu memapahnya.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now