Bab 27

9 1 0
                                    

Jasmine meraupkan tangan ke wajah, mengaminkan doa yang baharu sahaja dia panjatkan ke yang Maha Esa. Wajah cantik itu terlihat lebih kurus. Jauh berbanding sebelum ini.

Hari tersebut, Hazrael begitu dingin kepadanya. Tidak berbicara sama sekali. Bahkan mengherdik pun tidak. Dia hanya melintasi Jasmine yang tadinya baru habis mengambil wuduk dari bilik air. Wajah lelaki itu terlihat lebih tegang berbanding hari-hari lain Jasmine sering melihatnya.

Gadis itu hanya dapat berkomunikasi dengan Helena, yang meminta Jasmine untuk menjamah makanan yang disediakan. Syukurlah, bukan makanan anjing lagi yang dihidangkan untuknya. Sebaliknya, makanan yang disediakan merupakan sup sayur serta beberapa hidangan sampingan lainnya.

Subuh itu, Hazrael tidak turun ke ruang makan untuk bersarapan. Tetapi Jasmine tidak mempersoalkan keberadaannya terhadap sesiapa mahupun Helena. Biarlah, fikirnya. Harinya sedikit lebih baik sekiranya lelaki gila tersebut tidak muncul di hadapannya.

"Yo, sister-in-law!" Suara seorang jejaka bergema di sudut ruang. Beberapa pelayan lain yang berkostum sama seperti Helena beransur pergi setelah diarahkan. Termasuk Helena sendiri. Menyedari hal itu, Jasmine membatukan diri. Sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang boleh menimpa dirinya saat itu.

Panggilan dengan nada mesra daripada Sebastian tersebut tidak diacuhkan. Tetapi adik kepada Hazrael tersebut malah tertawa besar melihat reaksi Jasmine yang memandang ke tepi penuh riak benci. Menarik sebuah kerusi kaca bertentangan dengan tempat duduk Jasmine, Sebastian melabuhkan dirinya lalu memandang wajah gadis muda itu.

"Hazrael nak pergi Rusia hari ni. Dia tengah bersiap tu. Dia pesan untuk aku bawa kau jalan-jalan. Nak?" Sebastian tersengih sinis ketika melihat reaksi pantas Jasmine apabila mendengar kalimah terakhir daripada ucapannya.

"Hmm, senyap je. Tak nak lah ni, kan?" Sebastian memuncungkan bibir, wajah mulus putih pucat tersebut membuatkan Jasmine jengkel. Lelaki ini tidak ubah seperti abangnya juga.

"Aku nak." Jasmine menjawab, perlahan. Sebastian senyum lebar, tangannya meraupkan rambut cantik yang terjatuh ke dahi.

"Ha? Nak? Nak apa?"

Terkelu lidah Jasmine. Sungguh, Sebastian tidak ada bezanya dengan Hazrael. Keduanya bersifat begitu menjengkelkan!

Memerhatikan wajah Jasmine yang hanya muram, Sebastian sinis menyindir. "Oh, nak abang aku yang bawa jalan?"

Jasmine membutangkan mata. Gila!

"Aku nak keluar dari rumah ni, dengan siapa pun aku tak kisah! Bawa aku keluar dari rumah ni!" Jasmine mengerutkan dahi, benci. Protes terhadap perlakuan orang-orang dalam rumah agam tersebut terhadapnya. Seolah dia hanyalah haiwan peliharaan.

"Oh yeah? Alright, calm down sweetie. We'll walk, okay? Man, you're so feisty... It's turning me on~"  Sebastian senyum suka. Wajahnya menyeringai sahaja, tetapi ada gambaran nafsu yang seolah terpancar daripada kedua-dua iris matanya. Perlahan, Sebastian berdiri lalu berjalan mahu mendekati Jasmine.

"Jangan dekatlah, setan! Jijik aku!" Jasmine berteriak marah, bangun daripada tempat duduknya. Tetapi Sebastian terlebih dahulu menahan gadis itu.

Jasmine tersengguk-sengguk, tangannya ligat mencuba melabuhkan beberapa tumbukan ke dada Sebastian yang sudah terhidang dek kerana tidak mengenakan singlet disebalik kemeja t yang terbuka butangnya.

"Rael tak sentuh kau lagi, eh? Hmm. Biar aku lah. Nanti sampai ke mati kau masih tak disentuh, mana seronok, kan? Why waste the opportunity ---"

Bunyi derap tapak kasut mendiamkan Jasmine dan Sebastian. Hazrael yang disertai Carrie dan Farid keluar dari dalam lif rumah agam tersebut. Refleks Jasmine segera meninju bahu Sebastian yang masih berbalut akibat luka tembakan. Apabila sudah terlihat ruang untuk melarikan diri, Jasmine segera berlari keluar.

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now