Bab 17

9 1 0
                                    

"Fuck..." Suara Hazrael bergema di dalam bilik tidur mewah miliknya itu. Dinding kaca bilik yang membolehkannya memandang terus ke arah bangunan-bangunan pencakar langit yang tersergam megah tersebut menjadi mangsa hentaman tangannya.

"Why didn't I snap her fucking neck..." Nafas kasar dihembuskan. Benci dengan bayangan wajah Jasmine yang menerpa di ruang mindanya. Seandainya boleh menamatkan riwayat gadis tersebut tadi di situ, sudah pasti dia akan melakukannya.

Tetapi ada sesuatu yang menyebabkan fikiran jejaka itu diserbu kalut. Rasa benci yang membuak-buak menyebabkan dirinya enggan menghapuskan gadis itu disaat itu juga. Dia mahu gadis itu menderita.

Pada saat iris lelaki itu menangkap imej mata Jasmine yang agak sepet namun memiliki bebola mata coklat muda yang semulajadi bersaiz agak besar berbanding orang lain, terasa amarah menguasai figura tubuh. Bahasa tubuh gadis itu tidak cukup membuatkan dirinya puas hati. Dia mahu gadis itu menangis semahunya. Dia ingin hati gadis itu hancur sehancur-hancurnya.

"I'll kill you... I'll fucking kill you..." Oksigen disedut sedalam yang mungkin. Melepaskan uraian nafas lain yang bersarang di dada. Bibir merah gelap tersebut mengepit rokok yang dinyalakan dengan pemetik api logam berbentuk naga. Diteliti sebentar ukiran naga yang begitu menarik. Nafas dihembuskan. Asap rokok menggebu-gebu memenuhi ruang.

Rasa sesal masih ada. Terimbas kembali wajah gadis itu yang hanya menunduk apabila diperintahkan untuk menjamah makanan haiwan peliharaan Hazrael iaitu Josh, Doberman hitam miliknya. Tangannya dikepalkan menahan amarah.

Jasmine hanya mengangguk apabila disuruh untuk memakan hidangan di atas meja. Walhal sudah jelas makanan tersebut sepatutnya diberikan kepada haiwan, bukanlah manusia. Hazrael geram dengan keupayaan Jasmine. Gadis itu lebih kental daripada anggapannya.

Asap tebal yang keluar dari mulut jejaka itu menghamburkan zarah-zarah udara. Dada yang berombak kencang dek amarah yang hanya disimpan akhirnya reda.

. . .

Jasmine memeluk bantal kecil. Matanya dipejam erat. Tangisan kecil terutus daripada bibir merahnya. Dihempap rasa amarah yang tidak terbendung.

"Auntie..." Suaranya bergetar. Rindu dengan sosok tua yang selalu ada melegakan perasannya. Teringat pada kedua rakan yang begitu teruja menantikan kepulangannya. Air mata jatuh lagi. Menitik pada tilam yang meninggalkan tanda basah.

Jari-jemari gadis itu mengelap setiap air mata yang merenik jatuh. Tetapi esakan tidak mahu berhenti. Mengapakah dirinya terperangkap dalam belenggu gila ini? Apakah kesalahan dirinya sehingga harus menjadi mangsa kegilaan individu-individu tanpa hati perut?

Bibirnya dikemam. Pelukan pada bantal semakin dieratkan. Mengenang nasib dirinya yang dipaksa menjamah makanan haiwan. Rasa malu, benci, takut, semuanya menghambat bahunya. Hatinya yang masih berdarah terasa semakin sakit ibarat luka yang disimbah dengan garam. Tangisan kecilnya berubah menjadi esakan. Mata sudah bengkak akibat cecair emosi tidak segan-segan sering pecah dek kerana keperitan hati.

Bilik kosong yang hanya berisikan katil sederhana besar berserta almari pakaian itu dililau sekilas. Terdapat tingkap yang boleh menjadi satu-satunya penyelamatnya. Tanpa berfikir panjang, kakinya terus menghayunkan diri ke jendela itu. Dibuka perlahan-lahan.

Ketinggian bangunan rumah agam tersebut menyebabkan dahi Jasmine berkerut. Dihempap pula hatinya dengan rasa fobia terhadap ketinggian. Takut. Seribu anggapan negatif menguasai minda. Bimbang sekiranya dirinya terjatuh begitu kuat sehingga kehilangan nyawa...

Mrs. Hazrael: His BelongingWhere stories live. Discover now